Tugu Peringatan Lincoln

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tugu Peringatan Lincoln
Lincoln Memorial
Tugu peringatan yang dilihat dari dekat
Tugu Peringatan Lincoln is located in Bumi
Tugu Peringatan Lincoln
Tugu Peringatan Lincoln (Bumi)
Nama alternatifMemorial Lincoln
Maklumat umum
JenisTugu peringatan
Gaya seni bina
Kebangkitan semula Yunani[1] dengan gaya binaan neoklasik dan Dorik Yunani
LokasiPenghujung barat National Mall
Bandar/pekanWashington, D.C.
NegaraAmerika Syarikat
Koordinat38°53′21.4″N 77°3′0.5″W / 38.889278°N 77.050139°W / 38.889278; -77.050139Koordinat: 38°53′21.4″N 77°3′0.5″W / 38.889278°N 77.050139°W / 38.889278; -77.050139
Pecah tanah
12 Februari 1914; 110 tahun yang lalu (1914-02-12)
Pembinaan bermula1914
Disiapkan pada
1922
Reka bentuk dan seni bina
Arkitek
Laman sesawang
www.nps.gov/linc/index.htm
Tugu Peringatan Lincoln
Luas27,336 kaki persegi (2,539.6 m2)
Pelawat7,808,182 (2019)[2]
No. rujukan NRHP66000030[1]
Ditambahkan ke NRHP15 Oktober 1966

Tugu Peringatan Lincoln adalah tugu peringatan kebangsaan Amerika Syarikat (A.S.) yang dibina bagi memberi penghormatan kepada Presiden A.S. ke-16, Abraham Lincoln. Bangunan tugu tersebut terletak di hujung barat National Mall di Washington, D.C., merentasi Monumen Washington. Didedikasikan pada Mei 1922, memorial tersebut merupakan salah satu daripada beberapa tugu peringatan yang dibina bagi menghormati presiden. Tugu Peringatan Lincoln menjadi salah satu tarikan pelancong utama dan sejak 1930-an menjadi suatu pusat simbolik yang menumpukan pada hubungan kaum. Banyak ucapan-ucapan awam terkenal juga pernah diadakan di situ, termasuklah "Saya Mempunyai Impian" oleh pemimpin hak awam Martin Luther King, Jr. yang diadakan pada 28 Ogos 1963, semasa perhimpunan akhir Perarakan di Washington untuk Pekerjaan dan Kebebasan.

Bangunan berseni bina neoklasik tersebut dibina mengikut bentuk kuil Dorik Yunani. Tugu peringatan itu mengandungi ukiran patung besar Abraham Lincoln yang sedang duduk dan inskripsi dua ucapan terkenal Lincoln iaitu Ucapan Gettysburg dan ucapan pelantikan keduanya. Arkitek memorial itu ialah Henry Bacon, manakala rekaan patung, Abraham Lincoln (1920) di bahagian dalam bangunan itu pula dihasilkan oleh Daniel Chester French; di mana patung itu diukir oleh Piccirilli bersaudara.[3] Pelukis mural bahagian dalam ialah Jules Guerin dan inskripsi di atas patung pula ditulis oleh Royal Cortissoz.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Perkhidmatan Taman Negara (23 Januari 2007). "National Register Information System". Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Taman Negara.
  2. ^ "Annual Visitation Highlights". nps.gov (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Taman Negara. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  3. ^ "Lincoln Memorial National Memorial; Washington, DC" (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Taman Negara.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]