Tugu Yonaguni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Struktur terbenam

Tugu Yonaguni (Bahasa Jepun: 与那国島海底地形 Yonaguni-jima Kaitei Chikei), juga dikenali sebagai Peninggalan Bawah Laut Yonaguni (与那国(島)海底遺跡 Yonaguni(-jima) Kaitei Iseki) ialah struktur batuan terbenam di seberang pesisiran pantai Yonaguni, iaitu kawasan paling selatan Kepulauan Ryukyu di Jepun. Ahli geologi marin Masaaki Kimura mendakwa bahawa struktur ini merupakan monolith buatan manusia.[1] Terdapat berbagai-bagai kontroversi tentang tempat ini, dan masih tidak diketahui sama ada tempat ini merupakan hasil semula jadi atau buatan manusia.

Laut di seberang Yonaguni merupakan kawasan penyelaman yang terkenal pada musim sejuk disebabkan oleh bilangan ikan yu Sphyrnidae yang banyak. Struktur ini telahpun menjadi tempat terkenal untuk penyelam walaupun terdapat arus yang kuat. Tugu ini diperbuat daripada batu pasir dan batu lumpur sederhana dan sangat halus daripada Kumpulan Yaeyama Miocene Bawahan yang dipercayai telah diletak kira-kira 20 juta tahun dahulu. Ciri utamanya ialah struktur segi empat tepat yang berukuran 150 m x 40 m dan mempunyai ketinggian sekitar 27 m, dengan hujung atasnya di 5m bawah paras laut.[2]

Struktur yang dipanggil "penyu"

Beberapa orang yang mengkaji struktur ini, seperti ahli geologi Robert Schoch dari Universiti Boston, menyatakan bahawa terdapat kemungkinan tinggi tempat ini ialah struktur semula jadi, yang mungkin diguna dan diubah manusia pada masa silam. Patrick D. Nunn, seorang profesor geosains laut dari Universiti Pasifik Selatan, mengkaji struktur ini secara mendalam dan mencatatkan bahawa struktur bawah air ini berterusan ke tebing slat Sanninudai di atas, dan slat ini "telah terhasil hanya daripada proses semula jadi", dan membuat kesimpulan tentang struktur bawah laut ini: "Tiada dalil untuk mengatakan bahawa struktur ini buatan manusia".[3] Permukaan selari yang rata, hujung tajam dan sudut 90 darjah pada struktur ini membuatkan beberapa orang membuat kesimpulan bahawa ciri-ciri ini terhasil daripada perbuatan manusia.[4] Bukti lain yang dikemukan oleh orang yang menyokong asal-usul buatan termasuk 2 lubang bulat pada hujung ciri Kolam Segi Tiga dan deretan lurus lubang-lubang lebih kecil yang ditafsirkan sebagai percubaan pemisahan sebahagian batu yang terbiar seperti yang dijumpai di kuari kuno.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Deep Secrets". New Scientist. Vol. 204, Issue 2736. 28 November 2009. P. 41.
  2. ^ Ancient Discoveries: Lost Cities of the Deep History Channel
  3. ^ Nunn, Patrick D. (2009). Vanished Islands and Hidden Continents of the Pacific. Honolulu: University of Hawaii Press. m/s. 127. ISBN 978-0-8248-3219-3.
  4. ^ "Japan's Mysterious Pyramids". World History. Episod SKU ID #70565. 2000-12-11. 50 minutes minit pada. History Channel. Cite has empty unknown parameters: |began=, |episodelink=, |city=, |serieslink=, |ended=, |transcripturl=, dan |seriesno= (bantuan)