Pergi ke kandungan

Tuhan sudah mati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tuhan sudah mati (Bahasa Jerman: "Gott ist tot"); juga dikenali sebagai kematian Tuhan) adalah satu kenyataan yang diambil dari ahli falsafah Jerman Friedrich Nietzsche. Pada asasnya, ia menyatakan tiada salah dan betul di dalam pertimbangan keakhlakan manusia.

Tuhan sudah mati. Tuhan kekal mati. Dan kita yang membunuh Dia. Bagaimana kita menenangkan diri kita, pembunuh daripada segala pembunuh? Apa yang paling suci dan kuat di antara segalanya yang belum dimiliki dunia telah berdarah dengan pisau kita: siapa yang akan membersihkan darah ini dari kita? Air apakah di sana yang dapat menyucikan diri kita? Apa upacara pembersihan diri, apa permainan suci yang harus kita wujudkan? Bukankah kebesaran perbuatan ini terlalu besar buat kita? Perlukah kita sendiri menjadi tuhan-tuhan hanya untuk tampil layak untuknya (pembunuhan Tuhan)? (God is dead. God remains dead. And we have killed him. How shall we comfort ourselves, the murderers of all murderers? What was holiest and mightiest of all that the world has yet owned has bled to death under our knives: who will wipe this blood off us? What water is there for us to clean ourselves? What festivals of atonement, what sacred games shall we have to invent? Is not the greatness of this deed too great for us? Must we ourselves not become gods simply to appear worthy of it?)

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Di dalam "Tuhan sudah mati", Nietzsche tidak bermaksud Tuhan hidup dan kemudian mati secara harfiah. Mungkin lebih tepat untuk mengatakan Nietzsche bermaksud "Tuhan" iaitu agama dan kerohanian tidak lagi menjadi sumber pertimbangan hidup.

Kematian Tuhan merupakan cara mengatakan bahawa manusia tidak lagi percaya kepada kewujudan Tuhan kerana mereka tidak lagi mengenali Tuhan. Mengikut Nietzsche, kematian Tuhan akan membawa tidak hanya kepada penolakan terhadap keyakinan ketuhanan tetapi juga penolakan terhadap nilai-nilai moral universal itu sendiri yang mengikat semua individu. Kehilangan landasan moral ini mengarah kepada nihilisme. Nietzsche mencari penyelesaian ini dengan menilai semula asas nilai kemanusian dan bagi Nietzsche ia adalah melihat semula asas yang lebih mendalam daripada nilai-nilai agama Kristian. Nietzsche menemuinya di dalam "keinginan untuk berkuasa" (the will to power) yang dia gambarkan sebagai "intipati realiti" (the essence of reality).

Nietzsche percaya bahawa kebanyakan orang tidak mengenali kematian ini datang daripada ketakutan atau kecemasan yang mendalam. Oleh kerana itu, ketika kematian itu mulai diakui secara luas, orang akan berputus asa dan nihilisme akan berleluasa. Ini adalah sebahagian sebab mengapa Nietzsche melihat agama Kristian itu sebagai nihilistik. Dia mungkin melihat dirinya sebagai tokoh sejarah seperti Zarathustra, Socrates atau Yesus, memberikan orientasi falsafah baru kepada generasi mendatang untuk mengatasi nihilisme yang akan datang.