Tujuh Pengajaiban Sekolah Fudo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

"Tujuh Pengajaiban Sekolah Fudo" merupakan khabar angin yang terdapat dalam cerita detektif rekaan iaitu Penyiasat Remaja dalam episod 7 Kes Pembunuhan Ajaib di Sekolah.

"Tujuh Pengajaiban Sekolah Fudo" merupakan kumpulan sumpahan yang dikatakan berlaku di bangunan lama Sekolah Menengah Tinggi Fudo yang terletak di bahagian utara yang melibatkan misteri kehilangan dan kematian. Kisah-kisah begini sering digembar-gemburkan di sekolah-sekolah serata dunia.

Templat:Spoiler

Tujuh Keajaiban[sunting | sunting sumber]

  1. 13 Tangga Syaitan : Seorang pelajar sedang mencari rakannya di bangunan usang sekolah tersebut. Sedang dia menuruni tangga, anak tangga yang mempunyai 12 telah dikira menjadi 13. Disebabkan pelik, dia melihat ke bawah dan mendapati rakannya terbaring dan telah mati.
  2. Makmal Biologi yang Tak Dapat Dibuka : Pada suatu senja, semasa sekolah itu baru ditubuhkan, lampu di makmal biologi telah rosak. Seorang guru telah meminta seorang pelajar wanita untuk menukar lampu tersebut dengan diterangi nyalaan lilin. Ketika membuka keluar mentol, meja yang dinaiki telah hilang keseimbangan lalu terjatuh dan skaf pelajar tersebut tersangkut pada pemegang lampu. Pelajar tersebut ditemui mati tergantung dengan diterangi nyalaan lilin. Peristiwa aneh berlaku beberapa lama kemudian apabia Makmal Biologi tersebut terputus bekalan elektrik, guru yang bertugas di bilik itu telah menyalakan lilin dan ternampak bayangan pelajar perempuan tersebut terawang-awang seperti keadaan ketika dia mati. Apabila bekalan elektrik kembali pulih, bayangan tersebut terus lenyap.
  3. Bilik yang mempunyai Tangan Berterbangan : Di bilik percetakan yang lama, seorang pelajar lelaki telah terpotong tangannya secara tidak sengaja dengan mesin pemotong kertas. Dia telah dikejarkan ke hospital tetapi mati ketika dalam perjalanan. Pihak seklah dan polis telah mencari sisa tangan yang terpotong itu tetapi tidak ditemui. Sejak itu, orang boleh mendengar suara seorang budak menangis kesakitan dan melihat tangan yang berterbangan.
  4. Pokok Ginkgo : Terdapat seorang pelajar yang sering dibuli dan akhirnya tergantung pada pokok Ginkgo dengan tanda manji yang terukur pada batangnya. Dikatakan sejak itu, badan yang tergantung sering kelihatan di waktu malam.
  5. Dewi Bijaksana : Seorang pelajar lelaki telah dihempap oleh patung dewi di penjuru kawasan sekolah dan sejak itu, badan yang hancur itu dikatakan kelihatan berlumuran darah pada waktu malam.
  6. Perigi Berdarah : Seorang pelajar perempuan telah terjatuh ke dalam perigi dan perigi itu kemudiannya dipenuhi darah.
  7. Pantulan Berdarah : Dahulu ada pelajar muzik yang telah terlanggar tingkap kaca di Bilik Alatan Muzik dan mati serta-merta. Selepas itu, dikatakan terdapat bayangan tubuh yang berdara yang dipantulkan pada kaca tingkap.

Kebenaran di sebalik Tujuh Keajaiban[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler

Sebenarnya, semua ini rekaan seorang guru seklah tersebut yang dahulu pernah menjadi saintis bagi syarikat dadah. Dahulu, pihak syarikat tersbeut telah menggunakan enam oang sukarelawan sebagai subjek eksperimen tetapi eksperimen mereka gagal dan mengundang maut. Disebabkan panik, para penyelidik telah membuat keputusan untuk menyembunyikan mayat tersebut, tetapi bangunan penyelidikan itu kemudiannya ditukarkan menjadi tapak Sekolah Menengah Fudo. Maka, mereka meletakkan mayat itu di beberapa tempat di dalam bangunan sekolah dan menyebarkan kisah seram agar guru dan pelajar menjauhi kawasan berkenaan. Seorang ahli telah dihantar ke sekolah tersebut untuk memastikan mayat-mayat itu tidak dijumpai.

Keajaiaban yang terakhir iaitu keajaiaban ketujuh direka sepuluh tahun sebelum satu siri kes pembunuhan berlaku dalam cerita ini iaitu seorang pelajar perempuan yang telah mengetahui terlalu banyak maklumat mengenai hal ini telah dibunuh oleh guru tersebut. Seperti sebelumnya, mayatnya ditanam di dalam dinding sekolah dan satu cerita seram diwujudkan.

Tujub keajaiban kemudiannya bangkit semula apabila bangunan lama hendak dirobohkan. Akibat takut yang mayat-mayat tersebut ditemui, guru tersebut menghantar surat ugutan kepada pengetuadengan nama "Ahli Sihir Selepas seklah". Malangnya, Persatuan Pengajian Misteri yang diketuai oleh Ruiko Sakuragi, memutuskan untuk menyiasat tujuh keajaiban tersebut. Pada satu malam, Ruiko telah tinggal di sekolah semalaman untuk mencari lebih maklumat tentang tujuh misteri tersebut. Walau bagaimanapun, gempa bumi berlaku dan mayat pelajar perempuan tersebut terdedah oleh dinding yang pecah. Guru itu, yang juga penasihat Persatuan Pengajian Misteri, menyaksikannya lalu takut akan rahsia terbongkar, dia membunuh Ruiko dan memasukan semula mayat itu ke dalam dinding. Disebabkan lubang yang mendedakan mayat terlalu besar, dia menggantikannya dengan poster. Ahli persatuan yang lain, yang hendak menanggalkan poster tersebut telah dibunuh juga olehnya.

Kindaichi kemudiannya mendapati yang asalnya hanya terdapat 6 keajaiban. Lagipun, pembunuhan tidak berlaku di tempat seperti yang tertera dalam keajaiban dan pembunuh pula tidak meletakkan mangsa betul-betul di tempat seperti yang diceritakan dalam keajaiban tersebut. Ini disebabkan guru itu akan risau jika pihak polis menyiasat lebih tentang temapt yang mayat-mayat asalnya disembunyikan.