Tukana (buruj)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tucana
Buruj
Tucana
Nama LatinTucana
SingkatanTuc[1]
GenitifTucanae
Sebutan/tukana/,
genitif /tukane/
SimbolismeTukan
Pencerapan
(Epok J2000)
22j 08.45m hingga 01j 24.82m[2]
Keserongan−56.31° hingga −75.35°[2]
SukuanSQ1
KeluargaBayer
Keluasan295 darjah persegi (ke-48)
Bintang
Bintang utama3
17
Bintang dengan planet
5
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
1
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
2[note 1]
Bintang paling terang
α Tuc (2.87m)
Bintang terhampirLHS 1208
(26.55 tc, 8.14 pc)
Objek
Objek MessierTiada
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +25° dan −90°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan November.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Burung Tukang, Burung Tukan, Tukan, atau Tucana (Tuc) ialah sebuah buruj bintang di langit selatan, dinamai sempena tukana, burung dari Amerika Selatan. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada dua belas buah buruj yang dicipta pada hujung abad keenam belas oleh Petrus Plancius daripada pencerapan oleh Pieter Dirkszoon Keyser dan Frederick de Houtman. Tucana pertama kali muncul pada sebuah glob samawi bergaris tengah 35 cm (14 in) yang diterbitkan pada 1598 di Amsterdam oleh Plancius dan Jodocus Hondius dan digambarkan dalam atlas bintang oleh Johann Bayer, Uranometria, pada 1603. Penjelajah dan ahli astronomi Perancis, Nicolas Louis de Lacaille, memberi bintang-bintangnya designasi Bayer pada 1756. Buruj-buruj Tucana (Burung Tukang), Grus (Keria), Phoenix (Feniks) dan Pavo (Merak) yang secara kolektif dikenali sebagai "Burung-burung Selatan".

Tucana bukan buruj yang prominen kerana semua bintangnya bermagnitud ketiga atau lebih malap; yang terbesar ialah Alpha Tucanae dengan magnitud visual ketara sebanyak 2.87. Beta Tucanae ialah satu sistem bintang dengan enam buah bintang anggota, sementara Kappa ialah satu sistem kembar empat. Lima sistem bintang telah ditemui mempunyai planet luar suria sehingga tarikh ini. Buruj ini mengandungi 47 Tucanae, salah sebuah gugusan globul di langit, dan kebanyakan Awan Magellan Kecil.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ini ialah Zeta Tucanae dan LHS 1208.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Russell, Henry Norris (October 1922). "The New International Symbols for the Constellations". Popular Astronomy. 30: 469. Bibcode:1922PA.....30..469R.
  2. ^ a b "Tucana, constellation boundary". The Constellations. International Astronomical Union. Dicapai pada 1 February 2012.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "jasc45_215" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "aj120_4_1648" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Teks kutipan[sunting | sunting sumber]

  • Levy, David H. (2005). Deep Sky Objects. Prometheus Books. ISBN 1-59102-361-0.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Bintang dalam Tucana

Koordinat: Peta langit 00h 00m 00s, −65° 00′ 00″