Tukang Sidin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kampung Tukang Sidin merupakan sebuah kampung yang terletak di Teluk Intan, Perak.

Sebelum 1982, pengangkutan dari Teluk Intan ke Tukang Sidin hanya melalui kereta api sahaja. Pelajar dari kampung ini yang hendak masuk asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Teluk Intan terpaksa menggunakan perkhidmatan kereta api. Jalan kecil dibina bersebelahan dengan landasan kereta api dan hanya motosikal dan basikal sahaja yang menggunakan jalan kecil ini.

Pembangunan jalan raya telah dibina sejak 1982 berhampiran dengan Taman Seri Manik, Teluk Intan.