Tukang emas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sebuah kedai tukang emas dikerjakan orang-orang India Selatan (nama lama: orang Keling) di Aceh, Sumatera pada abad ke-20.

Seorang tukang emas atau pandai emas mahir mengerjakan, menempa serta mengemaskan emas dan logam berharga lain kepada barangan yang digunakan untuk tujuan perhiasan serta upacara adat atau agama.

Tukang emas kemudiannya sering berperanan dalam pengurusan kewangan menyimpan harta wang yang selamat dengan kelengkapan cukup terutamanya pada abad-abad pertengahan di Eropah.