Tumbuhan karnivor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bahagian atas Nepenthes lowii

Tumbuhan karnivor ialah tumbuhan yang mendapat sedikit atau sebahagian besar nutrien mereka (tetapi bukan tenaga) dengan memerangkap dan memakan haiwan atau protozoa, biasanya serangga dan artropod lain. Tumbuh-tumbuhan karnivor menyesuaikan diri dengan tumbuh di tempat yang terdapat banyak cahaya dan tanah yang kurang dengan nutrien, terutama nitrogen, seperti tanah berlumpur berasid dan batuan batu. Charles Darwin menulis buku tertajuk Insectivorous Plants, yang pertama seumpamanya mengenai tumbuh-tumbuhan karnivor, pada 1875.

Tumbuhan ini dipanggil karnivor kerana kebolehannya menangkap haiwan. Terdapat lebih 12 genus dalam lima famili. Ini termasuk 625 spesies yang menarik perhatian dan memerangkap mangsanya, menghasilkan enzim yang menghadam, dan menggunakan nutriennya. Selain ini terdapat lebih 300 spesies dalam sesetengah genus yang menunjukkan beberapa tetapi tidak semua ciri-ciri tersebut.

Periuk Heliamphora chimantensis merupakan contoh perangkap lubang.