Tumen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tumen atau Tümen ("unit terdiri daripada sepulu ribu";[1] Bahasa Mongolia: Түмэн, Tümen[2]) ialah sebahagian daripada sistem desimal yang digunakan oleh orang-orang Turkic dan Mongol bagi mengatur tentera. Tumen ialah sebuah unit tentera terdiri daripada 10,000 orang tentera. Tumen diserapkan ke dalam Bahasa Mongolia daripada Bahasa Uyghur dan juga digunakan dalam bahasa Mongolia dengan makna "amat banyak".

Perkataan "Tumen" diasaskan Mete Khan bagi menmperingati bapanya, Touman.

Pentadbiran Genghis Khan[sunting | sunting sumber]

Dalam sistem ketenteraan Genghis Khan, sebuah Tumen dibina daripada unit-unit seramai 10 (Aravt), 100 (Zuut), dan 1,000 (Mingghan) orang, masing-masing dengan seorang ketua yang melapor kepada tahap yang lebih tinggi. Tumen dikira saiz yang praktikal, tidak terlampau kecil untuk berkempen secara berkesan, atau terlampau besar untuk memastikan pengangkutan dan bekalan yang cekap. Strategi ketenteraan berlandaskan penggunaan tumen sebagai asas pembinaan ketumbukan yang dapat menimbulkan serangan dan kejutan.[3]

Organisasi ketenteraan Magyar dalam Era Penaklukan[sunting | sunting sumber]

Organisasi ketenteraan yang sama digunakan oleh orang Magyar sewaktu Penaklukan Hungary. Mengikut Ahmad ibn Rustah (c. 930M), seorang pengembara dan ahli geografi Parsi, "Magyar ialah satu bangsa Hun dan raja mereka berkelana bersama 10,000 penunggang kuda dan raja ini digelar Kanda".[4]

Dalam tentera moden[sunting | sunting sumber]

Tumen ialah satu unit tentera yang masih diguna dalam Tenetra Darat Turki, terdiri daripada 6,000 sehingga 10,000 perajurit.[5] Pemerintahnya ialah seorang Tümgeneral dalam Tentera Darat dan Tentera Udara dan Tümamiral dalam Tentera Laut. ia setaraf Divisyen.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The American Heritage Dictionary of the English Language - toman
  2. ^ Vietze, Wörterbuch Mongolisch - Deutsch, VEB 1988
  3. ^ Corvisier, André. A Dictionary of Military History and the Art of War. Blackwell Publishing, 1994. page 529
  4. ^ Laszlo Gyula, The Magyars: Their Life and Civilization, (1996), pp. 41–42.
  5. ^ Sabah Newspaper Online - Turkish Armed Forces