Tumpuan pantai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Untuk kegunaan lain, sila lihat Tumpuan pantai (nyahkekaburan).
Tumpuan pantai Okinawa pada hari L+3, 1945.

Tumpuan pantai (beachhead) ialah sebuah garisan sementara yang diwujudkan setelah unit tentera tiba di lokasi pantai pendaratan melalui laut dan mula mempertahankan kawasan itu sementara pasukan bantuan lain datang membantu sehingga sebuah unit yang cukup besar tiba untuk memulakan kemaraan. Istilah ini kadangkala digunakan secara silih berganti (kedua-duanya betul dan salah) antara pengkalan terdepan (bridgehead) dan penempatan masuk (lodgement). Tumpuan pantai sangat penting dalam operasi seperti Operasi Neptune semasa Perang Dunia II, Perang Korea (terutama di Inchon), dan Perang Vietnam.

Walaupun banyak rujukan menyatakan bahawa Operasi Neptune merangkumi operasi tentera laut bagi menyokong Operasi Overlord, rujukan yang paling boleh dipercayai menjelaskan bahawa Overlord meliputi penubuhan penempatan masuk berskala besar di Normandy, dan Neptune pula merujuk kepada fasa pendaratan yang mewujudkan tumpuan pantai; iaitu Neptune adalah bahagian pertama Overlord. Menurut Muzium D-Day:

Angkatan tentera menggunakan nama kod bagi merujuk pada perancangan dan pelaksanaan tertentu operasi tentera. Operasi Overlord adalah nama kod bagi pencerobohan Bersekutu keatas barat laut Eropah. Fasa serangan Operasi Overlord dikenali sebagai Operasi Neptune. (...) Operasi Neptune bermula pada D-Day (6 Jun 1944) dan berakhir pada 30 Jun 1944. Pada waktu ini, pihak Bersekutu telah menubuhkan satu tapak yang kukuh di Normandy. Operasi Overlord juga bermula pada D-Day, dan berterusan sehingga tentera Bersekutu menyeberangi Sungai Seine pada 19 Ogos 1944.[1]

Sebaik sahaja serangan amfibia bermula, kemenangan boleh dicapai oleh pihak yang paling pantas mengukuhkan tumpuan pantai. Terdapat pengecualian kepada kelaziman ini dimana pasukan amfibia yang belum berkembang cepat daripada tumpuan pantai mereka bagi menubuhkan kawasan penempatan masuk sebelum askar pertahanan dapat memperkukuhkan posisi mereka. Dua contoh terkenal yang mana penyerang gagal mengembangkan tumpuan pantai mereka sebelum pihak pertahanan dapat membawa pasukan bantuan berlaku semasa pendaratan di Suvla Bay di Kempen Gallipoli dalam Perang Dunia I, dan pendaratan amfibia di Anzio (dalam Operasi Shingle) semasa Kempen Itali dalam Perang Dunia II.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "GuidedTours". Ddaymuseum.co.uk. Dicapai 2012-06-01.