Tun Fatimah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tun Fatimah adalah seorang serikandi Malaysia yang terkenal dan merupakan anakanda perempuan kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir(Perdana menteri). Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir ialah anak Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali dengan Tun Kudu. Beliau telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah selepas kesemua adik beradik lelaki beliau dihukum bunuh kerana difitnah oleh kalangan orang istana sendiri.

Tun Fatimah sudahpun berkahwin dengan Tun Ali apabila Sultan Mahmud cuba memperisterikannya. Disebabkan fitnah, Sultan Mahmud telah memerintahkan hukuman bunuh kesemua ahli keluarga Tun Fatimah termasuklah kekandanya Tun Tahir, Tun Hasan dan ayahandanya Bendahara Tun Mutahir serta suaminya Tun Ali.

Sultan Mahmud yang menyesal selepas menyedari fitnah tersebut akhirnya berkahwin Tun Fatimah. Beliau juga merupakan Permaisuri Johor pertama yang membawa gelaran Permaisuri Tun Kudu.[perlu rujukan]

Tun Fatimah melahirkan empat cahaya mata iaitu dua putera dan dua puteri, di antaranya adalah Raja Ala'uddin @ Muzzafar Shah @ Kamal Amirul Ar'Rashid ibni Sultan Mahmud Shah 1499 - 1601(Raja Muda Mahkota Melaka) dan Raja Raden Ali yang memerintah Johor sebagai Sultan Alauddin Riayat Shah II selama 36 tahun.

Tun Fatimah mempunyai beberapa orang anak:

  1. Raja Ala'uddin @ Muzzafar Shah @ Kamal Amirul Ar'Rashid ibni Sultan Mahmud Shah 1499 - 1601(Raja Muda Mahkota Melaka)
  2. Raja Raden Ali ibni Sultan Mahmud Shah 1513 - 1564(Sultan Johor ke-2)
  3. Raja Puteh binti Sultan Mahmud Shah
  4. Raja Khadijah binti Sultan Mahmud Shah

Kisahnya turut diabadikan dalam filem Tun Fatimah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]