Abdul Ghafar bin Baba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tun Ghaffar Baba)


Abdul Ghafar Baba

SSM; SUMW (WP)
عبدالغفار باب
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Batu Berendam (P137)
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehMohd Ali bin Mohd Rustam
Digantikan olehMohd Ruddin Abd Ghani
Majoriti7,105
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Jasin (P124)
Dalam jawatan
1969–1999
Digantikan olehAbu Zahar bin Haji Isnin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-6
Dalam jawatan
10 Mei 1986 – 15 Oktober 1993
Didahului olehTun Musa Hitam
Digantikan olehDatuk Seri Anwar Ibrahim
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Tanjung Kling
Dalam jawatan
1959–1969
Digantikan olehAhmad Manaf
Ketua Menteri Melaka ke-2
Dalam jawatan
1 Jun 1959 – 5 Oktober 1967
Didahului olehOsman Talib
Digantikan olehTalib Karim
Butiran peribadi
LahirAbdul Ghafar bin Baba
(1925-02-18)18 Februari 1925
Negeri Sembilan Kuala Pilah, Negeri Sembilan, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia23 April 2006(2006-04-23) (umur 81)
Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Tempat persemadianMakam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur
Parti politik
Barisan Nasional
UMNO
PasanganToh Puan Asmah binti Alang (m. 2004)
Toh Puan Dayang Heryati binti Abdul Rahim (1993-2003)
Anak-anak
  • Sharani (meninggal dunia)
  • Tamrin bin Abdul Ghafar
  • Salmah
  • Zainun
  • Mohd Sofi
  • Asri
  • Rosman (meninggal dunia)
  • Hamidah
  • Sarah
  • Kartini (meninggal dunia)
  • Kartika Sri
HubunganAhmad Hamzah (menantu)
Muhammad Zahid Md Arip (cucu)
PekerjaanGuru, Ahli Parlimen, Ahli politik

Tun Abdul Ghafar bin Baba (Jawi: عبدالغفار بن باب‎; 18 Februari 1925 – 23 April 2006) merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993. Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon 'tokoh politik kampungan' yang berjiwa Melayu tulen.[perlu rujukan]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Tebat Kering, sebuah solok terpencil dikelilingi oleh hutan belukar dan kebun getah terletak di Kampung Bukit Tembun, daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. [1]Adik-beradiknya seramai 10 orang dan beliau anak ke-6. Beliau pernah menjaja ubi kayu di Melaka untuk menambah pendapatan keluarga. Ketika usia 14 tahun beliau menjadi kedi / pemungut bola golf dan dibayar 1 sen sehari dan bola tenis golongan atasan seperti Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman.

Apabila ibu bapanya ,meninggal dunia, empat adik beradik meninggalkannya sebatang kara di Kuala Pilah. Beliau tinggal bersama bapa saudaranya. Abdul Ghafar pernah makan reja-reja roti di kedai kopi seorang Cina Hailam. Kadang-kala beliau menumpang tidur di rumah kawan dan tidur di bilik darjah sahaja.

Ketika umur 34 tahun beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dan duduk semeja dengan Tuanku Abdul Rahman apabila menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Asmah binti Alang dan kemudian berkahwin dengan Dayang Heryati binti Abdul Rahim pada tahun 1992, tetapi menceraikannya pada tahun 2003. Beliau dikurniakan 11 orang anak. Antaranya ialah bekas ahli parlimen Batu Berendam , Dato Tamrin Abdul Ghafar dan anak bungsu Kartika Sri. Tiga anaknya telah meninggal dunia.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah (1931 - 1936) dan dan Sekolah Melayu Tangga Batu (1937 - 1940), Melaka. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim (1946 - 1949). Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru (1949 - 1955) sebelum beralih sepenuhnya kepada kerjaya politik (1955 - 2004).

Selaku ketua pelajar di SITC, beliau membuat tuntutan agar kebajikan pelajar diberi perhatian oleh pentadbir Inggeris, supaya elaun pelajar dinaikkan dan sebagai kakitangan kerajaan, guru pelatih hendaklah diberi subsidi Cost Of Living Allowances (COLA) dan tuntutan ini disusuli dengan mengadakan mogok secara aman.

Politik[sunting | sunting sumber]

Abdul Ghafar terlibat dalam politik sejak 1939 sewaktu berumur 14 tahun dengan menyertai Kesatuan Melayu Muda. KMM ditubuhkan oleh Ibrahim Yaakob (IBHY), bekas seorang guru lepasan SITC (Maktab Perguruan Sultan Idris) berasal dari Temerloh, Pahang.Kemudian aktif dalam PKMM sejak 1945 hingga 1948 iaitu selepas Perang Dunia Kedua. Pada 1948 PKMM diharamkan oleh kerajaan British.

Ghafar yang berjiwa radikal, tidak mahu aktif dalam politik akomodatif yang dibawa Dato’ Onn Jaafar, sebaliknya memilih untuk aktif dalam Persatuan Guru Melaka di mana beliau dilantik sebagai Setiausaha Kesatuan Guru-Guru Melayu Melaka.

Apabila UMNO Melaka ditubuhkan pada 1955 dan slogan 'Hidup Melayu' ditukar kepada 'Merdeka' , ramai pemimpin PKMM menyertai UMNO termasuk beliau dan Tan Sri Aishah Ghani. Catatan Tunku dalam bukunya ‘‘Political Awakening’’ penyertaan Ghafar dan ramai bekas aktivis kiri dalam UMNO cukup kritikal kerana ramai pemimpin kanan UMNO keluar UMNO dan menyertai parti IMP tajaan Onn. Abdul Ghafar dipindah sekolah sebanyak empat kali oleh Mr. Henry Gurney, pentadbir British sebagai Pengarah Pendidikan Melaka.

Beliau dilantik sebagai Setiausaha UMNO Melaka yang pertama. Waktu itu jawatan Setiausaha bukan dilantik tetapi dipilih. Terus menerus, tidak terputus walau sehari jua pun, beliau memegang jawatan dalam UMNO selama 42 tahun sehingga saya meletakkan jawatan Timbalan Presiden pada 30 Oktober 1993.[2]

Pada tahun 1953 dalam Perhimpunan Agung UMNO di Melaka meluluskan usul agar British mengadakan pilihan raya pada tahun 1954 bagi memilih 4/5 daripada 98 Ahli Dewan Perundangan Persekutuan (Legco). Namun Sir Oliver Lyttleton selaku Setiausaha Kerajaan British menolak usul itu. Tunku mengarahkan Ghafar selaku Setiausaha UMNO Melaka mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar pada 18 April 1954, di Dewan Perhimpunan Cina / Chinese Assembly Hall dan turut dihadiri Datuk Sir Tan Cheng Lock, Presiden dan wakil MCA. Satu rombongan dihantar ke London untuk melobi Ahli Parlimen di sana.

Bintang politik beliau semakin terserlah apabila memegang beberapa jawatan seperti Setiausaha UMNO Melaka, Pengerusi UMNO Melaka, Pegawai Penerangan UMNO Malaya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Presiden UMNO (1962-1987), Ketua Perhubungan UMNO Sabah (1991) , Pengerusi BN Sabah (1992), dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (1974-1993).

Pada 15 Jun 1955 Ghafar meletak jawatan sebagai guru bergaji tetap dan menyertai pilihan raya umum Malaysia yang pertama 1955 di parlimen Melaka Luar. Ghafar menang majoriti besar 23,969 undi dan ditawarkan jawatan Ketua Menteri Melaka tetapi menolak.

Pada 20 Februari 1956, Tunku memberi kepercayaan kepada Ghafar menganjur sambutan besar-besaran rombongan merdeka yang kembali dari London. Rombongan tiba 10.45 pagi di Lapangan Terbang Batu Berendam dan ke Padang Bandar Hilir Melaka di mana lebih 100,000 rakyat menanti. Tan Cheng Lock, V. T. Sambanthan dan Datuk Panglima Bukit Gantang mewakili Raja-Raja Melayu, Abdul Ghafar dan Tunku Abdul Rahman telah berucap.

Pada Persidangan UMNO tahun 1958 Abdul Ghafar dipilih Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO. Guru-guru Melayu melalui Kesatuan Persatuan Guru-Guru Melayu (KPGMS) membuat tuntutan kepada Mohamed Khir Johari selaku Menteri Pelajaran, supaya sekolah menengah aliran Melayu diwujudkan pada 1 Februari 1958, seperti yang dijanjikan pada Perhimpunan Agung UMNO 30 Januari 1957. Kesatuan guru mengecam UMNO dan kerajaan kerana tidak tegas dalam melaksanakan aspirasi bangsa Melayu ini dan mengugut akan keluar UMNO beramai-ramai pada 15 Februari 1958. Abdul Ghafar memberi alasan kekurangan guru Melayu dan kemudahan pembelajaran . Guru-guru seperti Hajah Ibu Zain, Cikgu Ahmad Arshad, Cikgu Md Nor Dahan menyokong penjelasan itu dan hanya 40 orang guru keluar UMNO.

Pada Pilihan raya umum Malaysia 1959 Ghafar bertanding di DUN Tanjung Kling, menang dengan majoriti besar 2,742 undi dan dilantik Ketua Menteri Melaka. Ketika menjadi Ketua Menteri selama dua penggal 1959- 1967. Pada 1967 Tunku melantik Ghafar sebagai Pengerusi MARA dan MARA.Abdul Ghafar meletak jawatan KM Melaka dan dipindahkan ke Pusat.

Pada tahun 1968 Ghafar dilantik Senator dan secara paksa dilantik ke dalam Kabinet selaku Menteri Tanpa Portfolio oleh Tunku, ketika dalam lawatan ke Rusia. Beliau hanya tahu apabila transit di Bangkok. Pada 11 Mei 1969 Ghafar bertanding di kawasan Parlimen Melaka Utara, menang dengan majoriti 6,811 undi .Pada 1972 dilantik Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar dalam Kabinet Tun Abdul Razak. Ketika inilah Ghafar menganjurkan beberapa siri Kongres Ekonomi Bumiputera yang melahirkan Bank Bumiputera, UDA, Pernas, dan sebagainya. Ghafar juga pernah menganjurkan Kongres Ekonomi Islam yang darinya lahir YPEIM.

Pada tahun 1983 , Mahathir Mohamad meminta beliau membantu menyelesaikan krisis UMNO dengan Istana pada 1983 iaitu apabila Perdana Menteri ingin meminda Article 66 yang menyebut bahawa setiap Rang Undang-Undang (Bill) yang diluluskan Parlimen akan berkuat kuasa selepas 15 hari setelah dipersembahkan kepada Yang diPertuan Agong. Majlis Raja-Raja yang bersidang di Kota Kinabalu menolak usul ini. Majlis Tertinggi UMNO melantik Ghafar selaku ketua perunding untuk menyelesaikan krisis itu. Rundingan diadakan di Istana Kayangan Shah Alam dan akhirnya kedua-dua pihak berkompromi dengan jangka masa memohon perkenan Raja dilanjutkan kepada 60 hari.

Sekali lagi, pada 1992 UMNO terpaksa berdepan dengan Raja-Raja Melayu apabila berlaku insiden Sultan Johor mencederakan Douglas Gomez. UMNO sekali lagi meminta Ghafar membentangkan satu usul di Parlimen mengambil ketetapan supaya insiden kezaliman Raja terhadap rakyat ini tidak berulang. Usul ini mencatat sejarah di mana disokong 100% termasuk pembangkang. Akhirnya Raja-Raja Melayu bersetuju agar Perlembagaan Persekutuan dipinda di mana Raja-Raja Melayu boleh didakwa dan dibicara dalam sebuah Mahkamah Khas.

Beliau memberi laluan jawatan TPM kepada tokoh yang lebih junior – 1972 kepada Hussien dan 1976 kepada Dr. Mahathir Mohamad.

Pada tahun 1993 berlaku pertandingan sengit dalam UMNO di antara Team Wawasan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin UMNO lain seperti Ghafar, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Sanusi Junid dan lain-lain. Ghafar berundur untuk memberi laluan kepada golongan pendesak yang dikatakan mendapat restu Presiden UMNO. Pada 15 Oktober 1993 Ghafar meletakkan jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO. UMNO menghadapi krisis pada 1997 di mana berlaku komplot untuk menggulingkan Presiden UMNO. [3]

Kawasan pilihan raya terakhir yang diwakilinya ialah kawasan Parlimen Batu Berendam di Melaka yang dimenanginya pada pilihan raya umum 1999. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka atau Ahli Parlimen Jasin selama 49 tahun berturut-turut, menerusi 11 pilihan raya umum sejak 1955 hingga 1999. Beliau memperoleh 25,559 undi mengalahkan calon PAS dan Parti Melayu Semangat 46. Kedua-dua calon pembangkang itu hilang wang pertaruhannya. Majoriti Abdul Ghafar meningkat daripada 14,000 dalam Pilihan raya umum Malaysia 1990 kepada 22,000 dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995 itu.

Beliau merupakan antara kepimpinan UMNO yang telah berkhidmat di bawah 3 Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Mahathir Mohamad. Apabila Mahathir dilantik Perdana Menteri beliau masih berada di luar kerajaan dan hanya masuk kembali pada tahun 1986 apabila Musa Hitam meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ketua Menteri Melaka[sunting | sunting sumber]

Ghafar Baba semasa menjadi Ketua Menteri Melaka

Seawal 1959 Tun Ghafar menolak tawaran jawatan Ketua Menteri Melaka sehingga memaksa Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj mengancam untuk membiarkan negeri itu tanpa Ketua Menteri. Ghafar akhirnya akur dengan kehendak Tunku dan memegang jawatan itu selama lapan tahun (1959-1967). [4]

MARA[sunting | sunting sumber]

Ghafar Baba pernah menjadi pengerusi MARA yang pertama dari 1 September 1967 hingga 31 Oktober 1971 bagi meninggikan martabat ekonomi orang Melayu. Beliau juga merupakan pengasas Kolej MARA (1972),Institut Kemahiran Mara, Yayasan Pelajaran Mara dan ITM yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Bhd dan Kompleks Kewangan selama 10 tahun bermula 1 September 1976 hingga 1986 apabila dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Masalah kepimpinan MCA[sunting | sunting sumber]

Ghafar merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang diberi kepercayaan menerajui MCA sebagai pemangku Presiden MCA selama 10 bulan ketika parti berasaskan kaum Cina itu dilanda krisis akibat perebutan kuasa antara presidennya ketika itu, Tan Koon Swan dan bekas presiden Tan Sri Dr Neo Yee Pan.[perlu rujukan] Ketika krisis ini, Abdul Ghafar menjadi Setiausaha Agung Barisan Nasional .

Menolak jawatan Menteri[sunting | sunting sumber]

Pada 1981 menolak jawatan Menteri Pelajaran yang ditawarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.Jawatan tersebut disandang olih Sulaiman Daud.

Antara jawatan yang disandangnya ialah Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pada 1989 Tun Ghafar memangku jawatan Perdana Menteri semasa Dr. Mahathir menjalani pembedahan jantung.

Timbalan Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 1987, beliau berjaya mengalahkan Musa Hitam bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan majoriti tipis, 40 undi.

Encik Ghafar Baba dilantik oleh Dr Mahathir Mohamad menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia selepas Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1987.

Pada 1993 Tun Ghafar berundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tujuannya bagi mengelak perpecahan dalam parti dan mempertahankan kestabilan negara. Surat perletakan jawatan ditulis pada kertas Penerbangan Malaysia di bilik VIP Lapangan Terbang Subang untuk berlepas ke Korea Selatan bagi tugas rasmi.[4]

Jawatan[sunting | sunting sumber]

  • Setiausaha Kesatuan guru - guru 1949 - 1951,
  • Setiausaha UMNO Melaka 1951 - 1955
  • Pengerusi UMNO Melaka 1955 - 1973
  • Ketua Menteri Melaka 1959 - 1967
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO 1957 - 1993
  • Ketua Penerangan UMNO 1958 - 1962
  • Naib Presiden UMNO 1962 - 1987
  • Presiden de facto MCA pada tahun 1985 (MCA mengalami krisis kepimpinan pada 1985 dan 1986)
  • Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri 1986 - 1993

Beliau merupakan seorang yang rendah diri, tabah dan sentiasa berjuang demi nasib bangsa Melayu.

beliau juga merupakan penyandang paling lama Naib Presiden UMNO dalam sejarah UMNO iaitu dari

tahun 1962-1987 (25 tahun)

Garis masa sebagai Ahli Parlimen[sunting | sunting sumber]

Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun

Rohani Abdul KarimRohani Abdul KarimDouglas Uggah EmbasTan Kok WaiTan Kok WaiJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganTan Seng GiawLeo Michael ToyadTan Seng GiawMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinRafidah AzizKarpal SinghKarpal SinghAbdul Kadir Sheikh FadzirAbdullah Ahmad BadawiNajib RazakNajib RazakRais YatimRais YatimSamy VelluLeo MoggieLeo MoggieSulaiman DaudLing Liong SikRazaleigh HamzahRazaleigh HamzahRazaleigh HamzahLim Kit SiangLim Kit SiangLim Kit SiangAbdul Taib MahmudAbdul Taib MahmudGhafar BabaGhafar BabaMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir Mohamad

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi Pengerusi PGA dan ‘Lawn Tennis Association’ mulai Disember 1984, Presiden ‘Asian Tennis Circuit Council’, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Melaka, Pengerusi ‘Merdeka Scholarship Fun Committee’ dan Bekas Presiden Bulan Sabit Merah Melaka.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Tun Ghafar Baba enggan menerima sebarang gelaran datuk atau pingat daripada mana-mana sultan.[perlu rujukan] Tambahan pula Melaka tidak mempunyai sultan atau raja kecuali Yang diPertua Negeri Melaka. Sehingga akhir hayatnya beliau dipanggil Encik Ghafar sahaja.

Pingat darjah kebesaran yang pernah diterima oleh Tun Abdul Ghafar adalah anugerah kehormat Doktor Undang-Undang oleh Universiti Sains Malaysia pada 27 Julai 1985, anugerah ‘Bapa Perpaduan’ oleh Pemuda UMNO Kota Melaka pada tahun 1987, ‘Malaysian Institute of Management Honorary Fellowship Award’ pada tahun 1988, anugerah ‘Bapa Yang Disayangi’ oleh Persatuan Telegu Malaysia pada tahun 1990, pingat kebesaran S.S.M. yang membawa gelaran ‘Tun’ pada tahun 1995 dan anugerah ‘Tun Abdul Razak Foundation National Award’ pada 19 Mac 1998.

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba di Masjid Tanah, Melaka juga dinamakan sempena nama beliau. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Masjid Tanah. Encik Abdul Ghafar bin Baba selaku Ketua Menteri Melaka telah meletakkan batu asas pada 24 September 1962.
  • MRSM Jasin ditukar nama kepada MRSM Tun Ghafar Baba pada 27 Julai 2006 selepas beliau meninggal dunia bagi mengenang jasa beliau. Majlis penjenamaan semula itu dilakukan oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.
  • Muzium Tun Abdul Ghafar merupakan rumah asal beliau di Peringgit, Melaka.
  • Enam Felda di Melaka dinamakan semula sempena nama Tun Abdul ghafar iaitu Felda Tun Ghafar Machap, Felda Tun Ghafar Hutan Percha, Felda Tun Ghafar Menggong, Felda Tun Ghafar Kemendor, Felda Tun Ghafar Air Kangkong dan Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh. Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu pada 7 April 2007.[5]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Kehormatan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 23 April 2006, beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada jam 7:35 pagi kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang. Beliau berusia 81 tahun ketika menghembuskan nafas terakhirnya. Beliau telah dirawat 90 hari di beberapa hospital.

Jenazah beliau dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Yang di-Pertuan Agong, Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail; Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas isterinya Dayang Heryati binti Abdul Rahim.Sembahyang jenazah diketuai oleh Imam Besar Masjid Negara, Datuk Kamaruddin Zakaria dan pengkebumian diketuai oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Halim Wan Harun.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  1. Biografi mubarak Melaka : Tun Abdul Ghafar Baba : tokoh pejuang bangsa dan negarawan unggul / Mahadi Abu Hassan. : Universiti Teknikal Malaysia Melaka, 2009.
  2. Tun ghafar Baba / E-man. : Cipta Publishing, 2007.
  3. Penitianku : sebuah catatan peribadi Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba / Ghafar Baba. : National Culture and Art Department, 2006.
  4. Ghafar Baba : a biography / Alias Mohamed : Pelanduk Publications, 1993.
  5. Pendamai: Antara cabaran dan pergolakan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Permata catatan hidup Ghafar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 2012-04-24.
  2. ^ "Permata catatan hidup Ghafar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 2012-04-24.
  3. ^ Mengenang setahun pemergian Tun Ghafar Baba[pautan mati kekal]
  4. ^ a b Disanjungi kawan, dihormati lawan[pautan mati kekal]
  5. ^ Enam Felda guna nama Tun Ghafar[pautan mati kekal]
  6. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1995" (PDF).
  7. ^ "Ghafar made Tun in King's honours list". New Straits Times. 3 June 1995. m/s. 1.
  8. ^ "Late Tun Ghafar bestowed 'Datuk Seri Utama' title in conjunction with FT Day". New Straits Times. 1 Februari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2021. Dicapai pada 18 Februari 2022.


Penyandang Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Malaysia
10 Mei 1986 – 15 Oktober 1993
Penyandang Kemudian
Tun Musa Hitam
Dato' Seri Anwar Ibrahim


Penyandang Terdahulu Ketua Menteri Melaka
1 Jun 1959 – 5 Oktober 1967
Penyandang Kemudian
Osman Talib
Talib Karim