Tun Mandan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tun Mandan
Poster Filem Tun Mandan arahan Salleh Ghani, 1964. Majallah Filem, vol.4, no.48, March 1964. British Library, 14632.f.2.
PengarahSalleh Ghani
PenulisHashim Hamzah (Penolong Pengarah)
DibintangiAbdullah Chik
Salmah Ahmad
Mahmud Jun
Rosmawati
SinematografiTan Chuan Lock
Disunting olehEsa Ahmad
Muzik olehM. Yatim
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
1964
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Tun Mandan merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1964. Filem Tun Mandan diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem ini merupakan filem terakhir bagi seniwati Salmah Ahmad sebelum beliau bersara dari dunia lakonan.[1]

Pengarah filem[sunting | sunting sumber]

Filem Tun Mandan diarah oleh pengarah Salleh Ghani pada 1964.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Tun Mandan (Salmah Ahmad) adalah seorang gadis Melayu yang menetap di Melaka. Kecantikan dan perwatakannya yang lemah lembut menjadi kegilaan ramai lelaki, termasuklah Hang Andak (Mahmud June). Tetapi malangnya, Tun Mandan telah ditunangkan dengan Hang Kasturi (Abdullah Chik). Andak mula menghasut Dang Bunga (Rosmawati) dan Chik Molek (Mak Enon) untuk memutuskan tali pertunangan tersebut dan dia sekali lagi menyebarkan fitnah bagi terhadap Hang Kasturi dan Dang Bunga. Hang Kasturi sebenarnya ingin menolong Dang Bunga yang lemas di dalam sungai walaupun itu hanyalah perangkap dari Dang Bunga. Dalam masa yang sama, Andak pula bingkas membawa Mandan dan ibunya menyaksikan keintiman antara Hang Kasturi dengan Dang Bunga. Mandan begitu kecewa namun Hang Kasturi berjaya memujuk hati Mandan agar tidak bersalah faham tentang peristiwa di tepi sungai tersebut. Ini menyebabkan hubungan menjadi dingin antara Mandan dan Dang Bunga. Hasutan dan muslihat dari Andak juga menyebabkan hubungan antara Chik Molek dan Chik Sembok (Minah Hashim) menjadi keruh.

Hang Kasturi bersama 4 orang saudaranya diarahkan untuk berlayar memerangi ancaman lanun di perairan Majapahit. Hang Kasturi juga tidak dapat memberi jaminan berapa lama dia akan mendiami Majapahit bergantung dari arahan Sultan Melaka. Di kesempatan ini jugalah, Andak memfitnah buat kali kedua dengan mengatakan bahawa Hang Kasturi terbunuh semasa dalam pelayaran menyebabkan Tun Mandan percaya dan menerima Andak sebagai pasangan hidupnya. Beberapa bulan kemudian, Hang Kasturi yang masih hidup pulang semula ke Melaka dan mendapati bahawa tunangnya dirampas oleh Andak. Hang Kasturi yang berang terus pergi ke rumah Andak untuk membuat perhitungan antara hidup dan mati. Berlakunya pergelutan antara Hang Kasturi dengan Andak. Ternyata Andak bukanlah lawan kepada Hang Kasturi. Kasturi yang mahir dalam ilmu pertarungan berjaya menewaskan Andak sehingga terkorban. Dalam pergelutan itu juga, Dang Bunga telah ditikam oleh Andak. Tun Mandan yang mengetahui bekas tunangnya masih hidup cuba hendak menerima Kasturi semula, tetapi malangnya kasihnya telah ditolak Hang Kasturi. Hang Kasturi meninggalkan Tun Mandan dengan membawa hatinya yang kecewa.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Salmah Ahmad sebagai Tun Mandan
  • Abdullah Chik sebagai Hang Kasturi
  • Mahmud Jun sebagai Hang Andak (Anak Orang Kaya Kampong Machap)
  • Rosmawati sebagai Dang Bunga
  • Abdullah Sani sebagai Baba
  • Chik sebagai Chik Molek (ibu kepada Tun Mandan)
  • Minah Hashim sebagai Chik Sembok (ibu kepasa Dang Bunga)
  • Ahmad B sebagai Megat Komang

Lagu[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]