Tunang Pak Dukun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tunang Pak Dukun
Dibintangi olehAbdullah Chik, Rose Yatimah, Mahmud June, Shariff Medan, Dollah Sarawak
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
1960
NegaraSingapura
BahasaBahasa Melayu
(Loghat Negeri Sembilan)

Tunang Pak Dukun merupakan sebuah filem komedi Melayu terbitan Cathay Keris pada tahun 1960. Filem ini diterbitkan dalam bentuk hitam dan putih tanpa warna.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Filem ini berkisarkan percintaan sepasang kekasih yang terhalang dek kerana fahaman karut dan kepercayaan yang telah ketinggalan zaman. Pelbagai cara dilakukan oleh Karim (Abdullah Chik) untuk mendapatkan restu keluarga gadis pujaan hatinya iaitu Tijah (Rose Yatimah). Akhirnya kepercayaan itu juga yang memberikan jalan penyelesaian.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Kaparinyo
  • Pulang Merantau
  • Tunang Pak Dukun

Produksi[sunting | sunting sumber]

Filem ini agak unik kerana ia menonjolkan budaya Adat Perpatih di Negeri Sembilan yang agak jarang difilemkan pada masa itu. Lagu ‘Pulang Merantau’ juga telah menjadi popular dan dijadikan lagu adat budaya Negeri Sembilan dan ditukar tajuknya menjadi ‘Mai Jo Pulang’.