Tundukkan Playboy Itu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tundukkan Playboy Itu
Umum
PengarangAnjell
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik
Penerbitan
PenerbitPenulisan 2U
Tarikh penerbitan
Mei 2015
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman734
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670246970

Tundukkan Playboy Itu ialah sebuah novel 2015 oleh penulis novel Malaysia, Anjell, diterbitkan pada Mei 2015 oleh Penulisan 2U.[1][2] Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2016.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - Harraz Naufal. Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - Nurin Areesa. Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat. “Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – Puan Sri Rosell. Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

Adaptasi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tundukkan Playboy Itu telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia pada 17 Februari 2016 di TV3, dibintangi oleh Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose sebagai pelakon utama.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Anjell (2015). Tundukkan Playboy Itu. Penulisan 2U. ISBN 9789670246970.
  2. ^ Tundukkan Playboy Itu by Anjell Goodreads. Dicapai pada 1 Februari 2017.
  3. ^ "Percubaan lelaki-lelaki 'Tundukkan Playboy Itu'". Kosmo!. 2016-02-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-18. Dicapai pada 2016-05-20.