Tundukkan Playboy Itu (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tundukkan Playboy Itu
12717539 10153438729251167 688547793932921053 n.jpg
Genre Drama
Cinta
Komedi
Pengarah Keoi Haji Khalid
Dibintangi Hafidz Roshdi
Uqasha Senrose
Mawar Rashid
Alif Satar
Lagu pembukaan Tak Ada Cinta Sepertimu "nyanyian" Siti Nordiana ft. Alif Aziz
Lagu penutup Tak Ada Cinta Sepertimu "nyanyian" Siti Nordiana ft. Alif Aziz
Negara asal  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Bilangan musim 2
Bilangan episod 30 episod
Penerbitan
Tempoh siaran Isnin - Khamis, 6:58 petang (Mula Ditayangkan: 17 Februari 2016)
Syarikat penerbitan A-Ten Aliance (M) Sdn. Bhd.
Syarikat pengedaran Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asal TV3
Siaran asal 17 Februari 2016 – 7 April 2016

Tundukan Playboy Itu ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan di Slot Akasia TV3 bermula pada 17 Februari 2016 dan berakhir pada 7 April 2016. Dibintangi oleh Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi sebagai pelakon utamanya.

Sebelum ini, tajuk drama ditukar kepada Tundukkan Harraz Naufal berbeza dengan tajuk Novel. Tidak lama kemudian, pihak produksi mengubah kembali tajuk seperti pada novel iaitu Tundukkan Playboy Itu. Dari sebuah novel hasil karya Anjell. Anjell juga adalah penulis novel Suamiku Paling Sweet yang bakal disiarkan di Slot Akasia pada November 2016 lakonan Mawar Rashid, Syafiq Kyle dan Nik Adam Mika. Novel pertama beliau, Eksperimen Cinta yang telah diadaptasikan ke drama yang menggunakan tajuk sama dengan novel iaitu Eksperimen Cinta lakonan Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad. Drama ini juga merupakan salah satu drama terakhir yang diarahkan oleh Keoi Khalid sebelum meninggal dunia pada 19 Mei 2016.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Bila cinta disalah definisi sebagai nafsu, Harraz Naufal (Hafidz Roshdi) hanya melihat wanita sebagai subjek mainan. Lahir dari keluarga berada, Harraz hanya mengikut kata hati dan suka berfoya-foya. Sebut sahaja tentang Harraz, semua tahu dia seorang ‘playboy’ dan menjadi dambaan ramai wanita. Namun bertemu dengan Nurin Arissa (Uqasha Senrose) bagaikan membuka sisi hatinya yang lain. Dalam masa yang sama dia terpaut dengan pandangan wanita misteri yang merupakan seorang model yang mengenakan niqab.

Plot[sunting | sunting sumber]

Tundukkan Playboy Itu mengisahkan Harraz Naufal seorang jejaka kaya yang suka bermain cinta dan membuang masa dengan hiburan. Perangainya pula sukar difahami sama ada sebagai seorang majikan mahupun sebagai seorang anak. Adakalanya dia manja, adakalanya juga dia seorang yang panas baran. Sikapnya berubah-ubah dan sukar untuk difahami. Walaubagaimanapun dia seorang yang bertanggungjawab apabila menerajui syarikat selaku Ketua Pegawai Eksekutif Harraz Holding. Dia sentiasa tepat pada masa dan berusaha menjayakan syarikatnya.

Tan Sri Mukhriz (Ridzuan Hashim) dan Puan Sri Rosell (Maria Farida) sebagai ibu bapa Harraz yakin bahawa sudah tiba masanya untuk seseorang yang istimewa hadir dalam hidup Harraz bagi menundukkan sikap playboy anak lelakinya itu.

Tan Sri Mukhriz bertemu Suffian (Mahmud Ali Bashah) rakan lamanya. Di dalam pertemuan itu, Tan Sri Mukhriz bertemu Nurin Arissa, anak Suffian yang dirasakannya mempunyai sesuatu yang istimewa. Nurin yang baru tamat pengajian sarjana dalam bidang arkitek ditawarkan untuk bekerja di syarikat Harraz. Nurin yang memang menunggu peluang kerja bersedia untuk ditemuduga Harraz namun kecewa apabila Harraz meletakkan syarat untuk dia membuka tudung sebelum diterima bekerja atas alasan syarikatnya bertaraf antarabangsa. Nurin tetap dengan pendiriannya dan walau berat hati dia menolak syarat Harraz.

Tan Sri Mukhriz yang cuba membela Nurin memaksa Harraz untuk menerima Nurin sebagai arkitek baru di syarikat mereka. Harraz terpaksa akur dan dalam masa yang sama makin marah pada ayahnya dan semakin membenci Nurin. Ada saja cubaan Harraz untuk menyusahkan Nurin di tempat kerja. Berbeza pula dengan Farhan (Alif Satar), sepupu Harraz. Dia bagaikan jatuh cinta pandang pertama apabila melihat Nurin. Hanya Farhan sahaja yang membantu Nurin dalam pekerjaannya sambil merahsiakan hubungan persaudaraannya bersama Harraz.

Semakin lama Nurin berkhidmat di syarikat itu, Harraz mula menyedari bahawa Nurin sememangnya pekerja yang cekap dan berkebolehan. Hati Harraz mula berubah namun dia tidak faham akan apa yang dialaminya kerana gadis bertudung sememangnya bukan citarasa Harraz.

Pada suatu hari, Nurin terpaksa membantu rakannya, Nashrain Lee (Ben Asri) seorang pereka fesyen yang kekurangan seorang model. Nurin memakai persalinan muslimah beserta niqab yang menutup sebahagian wajahnya. Majlis pertunjukkan fesyen itu turut dihadiri Harraz. Bagaikan magis, seiring Nurin melangkah ke pentas peragaan, Harraz terpaut dengan panahan mata Nurin tanpa menyedari bahawa itu sememangnya Nurin. Sejak dari itu, Harraz berusaha mengenali dan menjejaki model tersebut. Dalam waktu yang sama hubungan Nurin dan Harraz semakin akrab dan berita itu tidak disenangi Elfira (Mawar Rashid) yang memburu cinta Harraz.

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dah akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Uqasha Senrose memegang watak sebagai Nurin Areesa dalam drama ini.

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

  • Navilya Husna sebagai Intan
  • Ridzuan Hashim sebagai Tan Sri Mukhriz
  • Ziha Salleh sebagai Suliza
  • Faradiella Mokhtar sebagai Doktor Ida
  • Marissa Yasmin Sebagai Datin Maria
  • Maria Farida sebagai Puan Sri Rosell
  • Wan Raja Sebagai Abdul Haqq
  • Shaza Sebagai Eva
  • Fariz Zoren Sebagai Eriq
  • Nazmi Nordin Sebagai Ash
  • Amylia Sebagai wana
  • Alex Faisal Sebagai Aidil

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Penyanyi Masa
1. "Tak Ada Cinta Sepertimu"   Siti Nordiana dan Aliff Aziz 4:41

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Mohamad Hafizi Mohd Said (2016-05-19). "Pengarah drama 'Tundukkan Playboy Itu' meninggal dunia". Sinar Harian. Dicapai pada 2016-05-20. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 6:58 petang
Sebelumnya Tundukkan Playboy Itu (drama) Berikutnya
Cinta Si Wedding Planner Duda Terlajak Laris