Tungku kaki tiga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tungku kaki tiga

Tungku kaki tiga atau tripod adalah platform berkaki tiga yanb digunakan untuk sokongan untuk termos dan bikar. Tungku kaki tiga biasanya diperbuat daripada keluli tahan karat atau aluminium dan dibuat dengan berat yang ringan untuk dibawa masuk ke dalam makmal. Selalunya, kasa dawai diletakkan di atas tungku kaki tiga untuk meletakkan barang kaca dengan rata. Tungku kaki tiga pada umumnya cukup tinggi untuk pembakar Bunsen diletakkan di bawahnya.[1]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa reka bentuk yang berbeza. Bahagian atasnya biasanya berbentuk segi tiga atau bulatan, dan kadang-kadang ketiga-tiga kaki boleh ditanggalkan dan disesuaikan bergantung pada pilihan pengguna.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Tungku kaki tiga paling kerap digunakan di sekolah rendah dan sekolah menengah untuk eksperimen pemanasan asas.[2] Namun, tungku kaki tiga dan pembakar Bunsen telah usang oleh plat panas, yang dianggap lebih selamat kerana tidak ada kontak langsung dengan api.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Laboratory tripod". www.edulabworld.com. Dicapai pada 2017-02-17.
  2. ^ NSTA, National Science Teachers Association -. "NSTA News". www.nsta.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-02-17.
  3. ^ "Hot Plates Information | Engineering360". www.globalspec.com. Dicapai pada 2017-02-17.