Tunjang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tunjang merupakan sebuah pekan kecil terletak kira-kira 7 kilometer dari Pekan Jitra, Kedah. Ia terletak di bawah Daerah Kubang Pasu iaitu sebuah daerah terbesar di Kedah. Ia bukanlah popular sebagai tempat pelancongan tetapi lebih dikenali sebagai pekan yang mengeluarkan "Durian Bukit Tunjang" yang popular di Utara Kedah.

Kira-kira 3 kilometer dari pekan Tunjang, terdapat sebuah kampung yang dikenali dengan "Kampung Pulau Pisang" yang pernah menjadi pusat pentadbiran kepada "Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam" satu ketika dahulu.[1]

Institusi pendidikan:

Tokoh kelahiran Tunjang:

  • Tan Sri Abdul Halim bin Ali - bekas Ketua Setiausaha Negara
  • Dato' Haji Hanafi Ramli - bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah

Di sini juga terdapat stesen kereta api Tunjang. Bagaimanapun KTM Antarabandar tidak berhenti di stesen ini.[2]

Kemudahan:

Klinik Kesihatan Tunjang [1]

Klinik Pergigian Tunjang

Rujukan[sunting | sunting sumber]