Tunjuk perasaan Iran 2025–2026
| 2025–2026 Iranian protests | |||
|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Sebahagian daripada protes terhadap Republik Islam dan krisis ekonomi Iran | |||
| Tarikh | 28 Disember 2025 –Kini (1 bulan dan 13 hari) | ||
| Lokasi | |||
| Punca | Isu politik
Isu sistemik/ideologis
Krisis ekonomi
* Kenaikan harga makanan dan keperluan asas
| ||
| Matlamat | |||
| Kaedah |
| ||
| Status | Sedang berlangsung | ||
| Pihak terlibat | |||
| |||
| Tokoh dan pemimpin utama | |||
| |||
| Bilangan | |||
| |||
| Korban | |||
| |||
| Aksi protes awalnya berfokus pada masalah ekonomi, tetapi kemudian berkembang ke seruan untuk menggulingkan kerajaan Republik Islam. | |||
Bermula pada 28 Disember 2025, demonstrasi besar-besaran meletus di beberapa bandar di Iran akibat rasa tidak puas hati atas kerajaan dan krisis ekonomi yang semakin teruk. Aksi protes awalnya tercetus akibat kekecewan terhadap masalah ekonomi seperti peningkatan inflasi, penyusutan rial Iran , kenaikan harga makanan. Namun, kemudian berkembang ke seruan untuk menggulingkan kerajaan Republik Islam.[18]Dimulai dari pemilik kedai dan peniaga bazar di Tehran, ia akhirnya merebak ke universiti, dan menarik ramai pelajar untuk turun demonstrasi.
Para demonstran menyuarakan slogan-slogan anti-pemerintah seperti "Matilah Diktator", "Pahlavi akan kembali", dan "Hidup Shah" mencerminkan tuntutan ekonomi sekaligus politik[19] [20] Gerakan ini dengan cepat menjadi tunjuk perasaan dan pergolakan awam terbesar di Iran sejak protes 2022–2023 berikutan kematian Mahsa Amini . [21] [22] [23]
Gelombang protes dicetuskan oleh keadaan ekonomi yang semakin buruk. Inflasi telah melonjak kepada 48.6% pada Oktober 2025 dan 42.2% pada Disember,sekali gus membebankan bajet isi rumah. [21] Menjelang 29 Disember, rial jatuh ke paras terendah iaitu 1.45 juta bagi setiap dolar AS, menyebabkan kenaikan mendadak harga makanan dan barangan keperluan. [24] [21] Krisis ekonomi, yang telah berkembang selama beberapa tahun, diburukkan lagi oleh Perang Dua Belas Hari 2025 dengan Israel dan sekatan yang dilakukan oleh PBB [21]
Pada mulanya tunjuk perasaan tertumpu di daerah komersial Tehran, kemudian ia merebak ke bandar-bandar utama seperti Isfahan, Shiraz, dan Mashhad . [21] Di Tehran, protes tertumpu di sekitar Grand Bazaar, di mana para pedagang mengadakan mogok menuntut campur tangan kerajaan, manakala rakaman yang dikongsi di media sosial menunjukkan pasukan keselamatan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan. [21] Apabila demonstrasi semakin besar, penunjuk perasaan di beberapa bandar melaungkan perubahan politik, termasuk seruan untuk "kebebasan" dan penentangan yang jelas terhadap kerajaan. [25] Sehingga 4 Januari, sekurang-kurangnya 31 penunjuk perasaan terbunuh.
Garis Masa
[sunting | sunting sumber]
Kaedah
[sunting | sunting sumber]
Mogok Nasional
[sunting | sunting sumber]Mogok di seluruh negara telah dijalankan oleh perniagaan, kedai, kafe dan pekerja . Ia turut disertai oleh kedai dalam talian dan influencer media sosial. [28] [29] [30] [31] [32]
Slogan dan simbol yang menonjol
[sunting | sunting sumber]Semasa protes, beberapa slogan dilaungkan oleh penunjuk perasaan, mencerminkan sentimen anti-kerajaan, seruan untuk pemulihan monarki, dan perpaduan dalam kalangan penunjuk perasaan. Slogan-slogan ini sering didokumentasikan dalam video dan laporan oleh saluran media berbahasa Parsi seperti Manoto dan Iran International . Kebanyakannya merujuk kepada rujukan sejarah kepada dinasti Pahlavi, manakala yang lain secara langsung menyasarkan Pemimpin Agung Ali Khamenei atau kepimpinan Republik Islam. Simbol yang berkaitan dengan protes termasuk bendera Singa dan Matahari, yang dikibarkan dalam beberapa demonstrasi sebagai tanda aspirasi monarki dan penentangan terhadap kerajaan. [26] [20] [33]
Reaksi
[sunting | sunting sumber]
Reaksi terhadap protes tersebut terdiri daripada seruan untuk dialog dan bantuan ekonomi hinggalah amaran kekerasan. Pemimpin Agung Iran, Ali Khamenei,. [34] Ketika pergolakan berterusan, Presiden Masoud Pezeshkian mengumumkan langkah-langkah reformasi ekonomi termasuk perubahan kepada subsidi pertukaran asing yang bertujuan untuk mengalihkan sokongan terus kepada pengguna. [35] Di luar negara, Presiden AS Donald Trump memberi amaran bahawa Amerika Syarikat akan campur tangan jika pihak berkuasa Iran menindas "protes aman". [36] [37] Perdana Menteri Israel , Benjamin Netanyahu, berkata Israel "mengenal pasti perjuangan rakyat Iran" dan mencadangkan protes itu boleh menandakan titik perubahan. [38]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Hukuman mati di Iran
- Penindasan politik di Republik Islam Iran
- Belanjawan Iran 2025–26
- Gangguan Internet 2025 di Iran
- Pembangkang Iran
- Projek Kemakmuran Iran
- Krisis tenaga Iran
- Krisis dalaman Iran 2025
- Pembunuhan Saghar Etemadi
- Hukuman mati semasa protes Mahsa Amini
- Belia di Iran
- Kematian semasa protes Iran 2025–2026
- Ekonomi Iran
- Inflasi makanan di Iran
- Penglibatan militia asing dalam penindasan protes di Iran
- Pembiayaan Paksi Rintangan
- Hukum hijab dan kesucian
- Senarai protes di Iran
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Mapping the ongoing protests in Iran". Faytuks Network. 2 January 2026. Dicapai pada 2 January 2026.
- ^ "Day four of Iran protests sees rallies spread and regime change calls grow". Iran International (dalam bahasa Inggeris). 2026-01-01. Dicapai pada 2026-01-02.
- ^ Parent, Deepa; Christou, William. "'No future for us': disaffected Iranians say it's now or never to topple regime". The Guardian (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Iran grinds to standstill as protesters take to the streets, crowds chant 'Death to Khamenei'". NY Post (dalam bahasa English). 31 December 2025. Dicapai pada 3 January 2026.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Iran: Uprising in Kazerun and Malekshahi; Regime Forces Open Fire, Causing Casualties". National Council of Resistance of Iran (dalam bahasa Inggeris). 2026-01-03. Dicapai pada 2026-01-04.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaHRANA_7thDay_arrest_teenagers - ^ Teller, Neville (30 June 2025). "Is there a chance for regime change in Iran? - opinion". The Jerusalem Post. Dicapai pada 5 January 2026.
- ^ https://www.scmp.com/news/world/europe/article/3338638/members-iranian-diaspora-uk-rally-london-support-protesters-iran
- ^ "Trump threatens Iran over protest crackdown as deadly unrest flares". Reuters.
- ^ "Israel's Mossad tells Iranian protesters 'We are with you'". Al Arabiya English. 31 December 2025.
- ^ "Israel's Mossad tells Iranian protesters 'We are with you'". Al Arabiya English. 31 December 2025.
- ^ "Iran claims arrest of Mossad agent as protests grow | The Jerusalem Post". The Jerusalem Post | JPost.com (dalam bahasa Inggeris). 2026-01-05. Dicapai pada 2026-01-05.
- ^ "بيان جيش رجال الطريقة النقشبندية بتأييد ودعم ثورة الشعوب الإيرانية المباركة لإسقاط نظام ملالي الدجل والشعوذة في طهران – الموقع الرسمي لجيش رجال الطريقة النقشبندية".
- ^ "Death toll rises to at least 10 in violence around Iran protests". AP News (dalam bahasa Inggeris). 3 January 2026. Dicapai pada 3 January 2026.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaHRANA_9th_day_1200_arrests - ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaJPost_IR_Mossad_agent - ^ "Iran's Pezeshkian urges unity as protests over economic woes turn deadly". Al Jazeera. 31 December 2025.
- ^ Parent, Deepa; Christou, William (2025-12-31). "'We want the mullahs gone': economic crisis sparks biggest protests in Iran since 2022". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2026-01-01.
- ^ "Protesters in Isfahan chant 'death to the dictator'". Iran International. December 30, 2025. Dicapai pada January 1, 2026.
- ^ a b "Videos show monarchist, anti-clerical slogans in Hamadan, Arak, Sabzevar". Iran International. December 31, 2025. Dicapai pada January 1, 2026. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama ":13" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d e f "Protests erupt in Iran over currency's plunge to record low". AP News (dalam bahasa Inggeris). 29 December 2025. Dicapai pada 30 December 2025. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama ":5" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Salem, Mostafa (30 December 2025). "Iran's ailing supreme leader resorts to his only playbook as crises mount and protests erupt". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 December 2025.
- ^ Barin, Mohsen (31 December 2025). "Iran's economic crisis, political discontent threaten regime". DW News. Dicapai pada 31 December 2025.
- ^ Bozorgmehr, Najmeh (29 December 2025). "Iran's currency 'turns to ash' as economy spirals". Financial Times.
- ^ Malekian, Somayeh (31 December 2025). "Iranian protests expand beyond the economy as students demand freedom, end to regime rule". ABC News. Dicapai pada 31 December 2025.
- ^ a b "Video shows monarchist flag displayed during Ramsar protest". Iran International (dalam bahasa Inggeris). 2026-01-04. Dicapai pada 2026-01-05. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama ":4" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Smith, Whitney. "Flag of Iran". Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 2025-08-29. Dicapai pada 2026-01-03.
- ^ "اعتصاب، از بازار تا فروشگاههای آنلاین؛ همزبانی حجرهها و صفحات اینستاگرامی". iranwire.com (dalam bahasa Parsi). Dicapai pada 2026-01-01.
- ^ "اعتصاب کسبه در میدان احمدآباد و خیابان یخچال اصفهان". BBC News فارسی (dalam bahasa Parsi). 2025-12-31. Dicapai pada 2026-01-01.
- ^ "چهارمین روز از اعتراضها؛ تجمعات شبانه در برخی شهرها". dw.com (dalam bahasa Parsi). Dicapai pada 2026-01-01.
- ^ فردا, رادیو (2025-12-31). "سومین روز اعتراضات در ایران؛ تجمع در دانشگاهها، پرتاب گاز اشکآور در کرمانشاه". رادیو فردا (dalam bahasa Parsi). Dicapai pada 2026-01-01.
- ^ گسترش اعتصاب و اعتراض بازاریان در شهرهای مختلف ایران (dalam bahasa Parsi). 2025-12-30. Dicapai pada 2026-01-01.
- ^ "اعتصاب، از بازار تا فروشگاههای آنلاین؛ همزبانی حجرهها و صفحات اینستاگرامی". iranwire.com (dalam bahasa Parsi). Dicapai pada 2026-01-01.
- ^ "اعتصاب، از بازار تا فروشگاههای آنلاین؛ همزبانی حجرهها و صفحات اینستاگرامی". iranwire.com (dalam bahasa Parsi). Dicapai pada 2026-01-01.
- ^ "اعتصاب کسبه در میدان احمدآباد و خیابان یخچال اصفهان". BBC News فارسی (dalam bahasa Parsi). 2025-12-31. Dicapai pada 2026-01-01.
- ^ "چهارمین روز از اعتراضها؛ تجمعات شبانه در برخی شهرها". dw.com (dalam bahasa Parsi). Dicapai pada 2026-01-01.
- ^ فردا, رادیو (2025-12-31). "سومین روز اعتراضات در ایران؛ تجمع در دانشگاهها، پرتاب گاز اشکآور در کرمانشاه". رادیو فردا (dalam bahasa Parsi). Dicapai pada 2026-01-01.
- ^ گسترش اعتصاب و اعتراض بازاریان در شهرهای مختلف ایران (dalam bahasa Parsi). 2025-12-30. Dicapai pada 2026-01-01.
Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan