Tunku Abdul Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tunku Abdul Aziz
تونکو عبدالعزيز
Senator dari Pulau Pinang
Dalam jawatan
7 Julai 2009 – 30 Mei 2012
Naib pengerusi Parti Tindakan Demokratik
Dalam jawatan
24 Ogos 2008 – 14 Mei 2012
Butiran peribadi
LahirTunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim
1934
Alor Setar, Kedah
Meninggal dunia7 Februari 2023(2023-02-07) (umur 89)
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (2009–2012)
PasanganCik Puan Elizabeth Anne Aziz
Anak-anak2

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (22 Januari 1934[1] – 7 Februari 2023) adalah seorang ahli politik, pemblog, aktivis dan ahli korporat Malaysia berketurunan Melayu. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai ahli Dewan Negara dari tahun 2009 hingga 2012. Beliau juga pernah menjadi naib pengerusi bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim adalah adalah seorang kerabat DiRaja Kedah, mempunyai pertalian darah dengan Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman, dan seorang pemimpin korporat dan NGO yang berbakat, Tunku Aziz sangat dihormati di Malaysia dan diluar negara. Beliau memulakan kerjaya perniagaannya dengan Guthrie Corporation Ltd dan kemudian dilantik sebagai penasihat Bank Negara Malaysia. Selepas itu, beliau beralih semula kepada sektor persendirian dengan menyertai Dunlop Malaysia Industries sebelum dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Sime Darby Group.

Beliau meninggalkan Malaysia pada tahun 1985 untuk menerima jawatan sebagai pengarah Sekretariat Komanwel di London sebelum pulang semula ke Malaysia pada tahun 1992 berikutan persaraannya.

Aktivisme[sunting | sunting sumber]

Tunku Aziz adalah merupakan pengasas bersama dan presiden Kuala Lumpur Society for Transparency and Integrity, the Malaysian Chapter of Transparency. Beliau juga merupakan naib presiden Transparency International. Beliau dilantik oleh Setiausaha Kehormat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan sebagai Penasihat Khas untuk Pertubuhan Pejabat Etika di PBB. Beliau merupakan pemimpin berprofil tinggi dalam aktivisme menyokong integriti dan ketelusan bersama Transparency International.[2]

Tunku Abdul Aziz banyak menulis dan bercakap mengenai isu rasuah dan integriti di dalam negeri dan peringkat antarabangsa dan menerbitkan bukunya Fighting Corruption: My Mission.

Beliau berpendapat bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) mestilah bebas, diberi kuasa menemui sesiapa saja yang disyaki terlibat dengan rasuah atau jelas hidup di luar kemampuannya. BPR mestilah mencontohi model agensi pencegah rasuah di Hong Kong. Ini akan menyebabkan orang benar-benar takut untuk melakukan rasuah.[3]

Seorang pejuang menentang perkauman, Tunku Aziz, selama berdekad lamanya menentang pengukuhan menginstitusikan sektarian dan pemisahan, dan secara aktif terlibat dalam usaha untuk membebaskan politik Malaysia dari unsur rasis.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Bersama DAP[sunting | sunting sumber]

Mesyuarat pertama CEC DAP mencapai persetujuan untuk melantik orang Melayu berwibawa sebagai naib pengerusi DAP. Beliau dipilih kerana ideologi beliau dan DAP hampir sama, dan boleh memancing penyertaan pelbagai pihak, khususnya kaum Melayu.

Tunku Abdul Aziz memilih DAP setelah memerhatikannya selama 20 tahun. Pada 23 Ogos 2008, Tunku Aziz menyertai DAP dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi parti tersebut. Pada 31 Mei 2009, Tunku Aziz mengangkat sumpah sebagai Senator Pulau Pinang dalam Senat.[4] Pada bulan Oktober 2008, beliau dilantik oleh parti DAP sebagai naib pengerusi parti itu di dalam kongres parti DAP ke-15 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Dalam pilihan raya umum 2008, gabungan politik DAP, Pakatan Rakyat berjaya menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Pada 14 Mei 2012, temu bual dengan Tunku Abdul Aziz telah disiarkan menerusi Ntv7, di mana beliau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai naib pengerusi dan keluar daripada parti. Hal ini terbit kerana berselisih pendapat secara terbuka antara beliau dengan pihak parti, dan berkeputusan supaya tidak dicalonkan semula sebagai senator mewakili Pulau Pinang, membayangkan beliau tidak dipecat daripada jawatan itu oleh DAP apabila berita tersebar bahawa penggal perkhidmatnya di Dewan Negara yang berakhir pada 30 Mei 2012, tidak adalah dilanjutkan. Kedudukan beliau tidak lagi dapat dipertahankan dan beliau tidak lagi mampu untuk berkhidmat mewakili Pulau Pinang dan parti.[5]

Bantahan terhadap Bersih 3.0[sunting | sunting sumber]

Tunku Abdul Aziz tidak bersetuju dengan pendirian parti DAP yang menyokong Perhimpunan Bersih 2012 pada 28 April bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. Pendirian beliau ialah kebanyakan himpunan bermula aman, tetapi berakhir dengan keganasan, dan ada saluran alternatif yang boleh digunakan seperti di Parlimen selagi tetapi tidak melanggar undang-undang.[6]

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng secara terbuka membidas Tunku Aziz, dengan berkata bahawa kenyataan naib presiden DAP itu telah meletakkan parti itu dalam "kedudukan yang memalukan" sedang parti itu menyokong BERSIH yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Dalam perkembangan lain, senator bekas setiausaha PKR negeri dan pengarah pilihan raya negeri, Mustafa Kamal Mohd Yusoff, juga tidak akan diperbaharui. Dr Ariffin S.M Omar dari UPNM dan Syed Shahir Syed Mohamud, aktivis Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia akan menggantikan Tunku Abdul Aziz sebagai anggota Dewan Negara.[7]

Tindakan DAP itu dianggap sebilangan pihak sebagai berlawanan dengan demokrasi. Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Setiausaha agung Pemuda MCA Datuk Chai Kim Sen mempersoalkan kekebasan bersuara dalam DAP. Pengerusi Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Senator Chiew Lian Keng menyifatkan tindakan DAP serupa dengan Adolf Hitler yang cuba menyekat semua bentuk pandangan berbeza dalam parti.[8]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 7 Februari 2023 di usia 89 tahun akibat sakit tua.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Yusof, Teh Athira (7 Februari 2023). "Tunku Abdul Aziz remembered as a jovial intellectual" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times.
  2. ^ DAP susun strategi pancing Melayu
  3. ^ Tunku Aziz: Parti perkauman tiada masa depan di M'sia
  4. ^ Tunku Aziz dilantik naib pengerusi DAP
  5. ^ Tunku Abdul Aziz keluar DAP
  6. ^ Naib pengerusi DAP bantah BERSIH di Dataran
  7. ^ Tunku Aziz digugurkan, PP namakan dua senator baru
  8. ^ Rosnah: Gugur Tunku Aziz tiada demokrasi tulen dalam DAP

Bahan rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Buku Fighting Corruption: My Mission oleh Tunku Abdul Aziz Ibrahim