Tunku Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tunku Abdul Rahman
Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor
Tunku Panglima Johor
Pemerintahan22 November 2012 - kini
Pelantikan22 November 2012
Keputeraan (1993-02-05) 5 Februari 1993 (umur 31)
Johor Bahru, Johor
Nama penuh
Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri ibni Sultan Ibrahim
Nama diraja
Tunku Abdul Rahman Al-Haj ibni Sultan Ibrahim
KerabatKerabat Diraja Johor
AyahandaSultan Ibrahim
BondaRaja Zarith Sofiah
AgamaIslam
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Sultan Johor
Perkhidmatan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)
Tahun perkhidmatan? – kini
PangkatLeftenan Kolonel

Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri Al-Haj ibni Sultan Ibrahim (diputerakan pada 5 Februari 1993 di Johor Bahru) merupakan Tunku Panglima Johor serta anakanda kelima dan putera keempat kepada DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Tunku Abdul Rahman merupakan pelumba kereta yang profesional. Beliau dan adindanya Tunku Abu Bakar sering kali mewakili Malaysia khususnya negeri Johor dengan menyertai pertandingan lumba kereta di peringkat antarabangsa.[2][3]

Pada 10 Februari 2024, Tunku Abdul Rahman bersama pasukan Triple Eight telah mencatat sejarah tersendiri apabila meraih kemenangan sulung bagi kategori GT dalam perlumbaan pusingan keempat siri Asian Le Mans itu yang berlangsung di Litar Yas Marina, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.[4]

Kerjaya ketenteraan[sunting | sunting sumber]

Tunku Abdul Rahman telah menjalani latihan asas ketenteraan selama 5 bulan bermula dari bulan Mei hingga Oktober 2009 dan ketika itu beliau berpangkat Leftenan. Beliau berkhidmat dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tunku Abdul Rahman Al-Haj
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tunku
  • 5 Februari 1993 - 23 Januari 2010: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri ibni Tunku Ibrahim Ismail
  • 23 Januari 2010 – 22 November 2012: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim
  • 22 November 2012 – kini: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://kemahkotaan.johor.gov.my/biodata/anakanda/ dicapai pada 24 April 2017
  2. ^ Saiful Affendy Sapran (20 Mei 2022.) Dua putera Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim akan menghangatkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menerusi penyertaan mereka pada siri perlumbaan GT World Challenge Asia Harian Metro.
  3. ^ Amirul Azreen (10 Mac 2019) Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, akan membuat penampilan pertama sebagai pelumba di siri Cabaran GT Dunia Blancpain Asia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang MotoMalaya.net
  4. ^ (11 Februari 2024) Agong zahir ucapan tahniah kemenangan sulung Tunku Panglima Johor Berita Harian
  5. ^ "TMJ dahului 83 penerima pingat darjah kebesaran Johor". Harian Metro. 31 Mac 2015. Dicapai pada 8 April 2018.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.