Tunku Aminah Maimunah Iskandariah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tunku Aminah Maimunah Iskandariah
Yang Amat Mulia Paduka Puteri Johor
Pasangan Dennis Muhammad Abdullah (k. 2017)
Nama penuh
Tunku Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim Ismail
Kerabat diraja Istana Besar Johor Bahru
Ayahanda Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj
Bonda Raja Zarith Sofia binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Afifurlah
Keputeraan (1986-04-08)8 April 1986 (Umur 31 tahun, 4 bulan dan 9 hari)
Johor Bahru, Johor

Yang Amat Mulia Tunku Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim Ismail (diputerakan pada (1986-04-08)8 April 1986 di Johor Bahru, Johor)[1] merupakan anakanda kedua baginda bongsu dan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia. Baginda mempunyai enam orang adik-beradik dan mesra disapa sebagai “Tunku Inah”. Baginda diputerakan di Johor Bahru dan mendapat pendidikan awal di Tadika Hiltop, Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan Sekolah Convent Johor Bahru. Pada tahun berikutnya, beliau telah menyambung pengajian di peringkat A-Level di Kolej Salle dan Australian International School Singapore. Hasilnya, baginda telah mendapat lulusan “Higher School Certificate”. Selain itu, baginda juga telah belajar untuk menunggang kuda ketika berumur 11 tahun serta mewarisi bakat bondanya yang suka melukis.[2]

Penglibatan dalam bidang perniagaan[sunting | sunting sumber]

Baginda juga telah mengeluarkan rangkaian set penjagaan kulit iaitu “Luvins The Royal Art of Beauty” yang dibuat khusus bagi setiap wanita tanpa mengira had umur. “Luvins” berasal daripada perkataan “Luv Ina”. Produk ini dicetuskan oleh baginda sendiri dan sebagai tanda kasih dan sayang kepada para pengguna produk tersebut. Produk ini juga telah dikilangkan di Mum Bio-Cos Manufacturing di Johor Bahru.

Baginda telah memainkan peranan sebagai pengarah dan pereka bagi Luvins serta mendapat banyak dorongan daripada kedua-dua ayahanda serta bondanya. Baginda juga menyatakan bahawa beliau amat meminati bidang perniagaan kecantikan selain daripada menjadi seorang pereka fesyen. Produk ini juga dipasarkan di spa dan salun selain daripada gedung membeli-belah. Salun rambut dan spa Luvins telah direka untuk dibina di Johor Bahru. Di samping itu, baginda juga ingin mempelbagaikan produk ini kepada barangan solekan, wangian dan syampu.[3][4]

Perkahwinan Diraja[sunting | sunting sumber]

Baginda telah melangsungkan perkahwinan pada 14 Ogos 2017 dengan pasangannya Dennis Muhammad Abdullah di Istana Besar, Johor Bahru.[5][6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://hannyliciousss.blogspot.com/2011/11/johor-royal-family.html
  2. ^ http://syukury.blogspot.com/2011/10/kisah-mawar-merah-kelapan-yang-amat.html
  3. ^ http://beautifultanjungputeri.blogspot.com/2008/01/tunku-aminah-luvins.html
  4. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0111&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_01.htm
  5. ^ Bernama (16 Julai 2017). "Tunku Tun Aminah bakal langsung perkahwinan 14 Ogos ini". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2017. Dicapai pada 18 Julai 2017. 
  6. ^ Mohd Sabran Md Sani (16 Julai 2017). "Tunku Tun Aminah nikah 14 Ogos ini". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2017. Dicapai pada 18 Julai 2017. 
  7. ^ Zulhisham Isahak (16 Julai 2017). "Perkahwinan Tunku Aminah 14 Ogos ini". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2017. Dicapai pada 18 Julai 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]