Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tunku Iskandar
Duli Yang Amat Mulia Raja Muda Johor
Raja Muda Johor[1]
Pemerintahan22 November 2018 - kini
Didahului olehTunku Ismail
Keputeraan(2017-10-14)14 Oktober 2017 (umur 5 tahun, 11 bulan dan 17 hari)
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Nama penuh
Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim ibni Mejar Jeneral Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar
KerabatIstana Pasir Pelangi, Johor, Johor Bahru
AyahandaTunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim
BondaChe’ Puan Besar Khaleeda binti Bustamam
AgamaIslam

Duli Yang Amat Mulia Raja Muda Johor Tunku Iskandar Abdul Jalil Ibrahim Ibni Mejar Jeneral Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar (diputerakan pada (2017-10-14)14 Oktober 2017 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru) merupakan anakanda kedua dan putera sulung kepada pasangan DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustamam.

Keputeraan dan kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Tunku Iskandar diputerakan di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, pada 14 Oktober 2017.[2] Namanya, Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail telah diumumkan melalui kenyataan media pada hari yang sama dan namanya dipilih atas telek pandang dan limpah perkenan paduka nendanya Sultan Ibrahim serta persekutuan Jumaah Majlis Diraja Johor.[3]

Tunku Iskandar juga merupakan cucunda kedua kepada Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Tunku Iskandar mempunyai seorang kekanda perempuan iaitu YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah, yang dilahirkan pada 25 Jun 2016. Baginda juga mempunyai seorang adinda lelaki, YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim, yang dilahirkan pada 17 Julai 2019 dan seorang adinda perempuan, YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah, yang dilahirkan pada 21 April 2021.

Kerabat dan keluarga[sunting | sunting sumber]

Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor
Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim
(1984-06-30)30 Jun 1984 Johor Bahru 39 tahun, 3 bulan dan 1 hari
Yang Amat Mulia
Che' Puan Besar Khaleeda binti Bustamam
(1993-07-16)16 Julai 1993 Kuala Lumpur 30 tahun, 2 bulan dan 15 hari
Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah (2016-06-25)25 Jun 2016 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 7 tahun, 3 bulan dan 6 hari
Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim (2019-07-17)17 Julai 2019 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 4 tahun, 2 bulan dan 14 hari
Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah (2021-04-21)21 April 2021 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 2 tahun, 5 bulan dan 10 hari

Gelaran dan kehormat[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tunku Iskandar Abul Jalil Abu Bakar Ibrahim
Gaya panggilan Duli Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tunku
  • 14 Oktober 2017 - 22 November 2018 : Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail
  • 22 November 2018 - kini  : Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tunku Iskandar Abdul Jalil dilantik Raja Muda Johor
  2. ^ Mohd Fahmi Mohd Yusof (14 Oktober 2017). "TMJ sambut putera, pewaris takhta". Harian Metro. Dicapai pada 27 Januari 2018.
  3. ^ Mohd Sabran Md Sani (14 Oktober 2017). "Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim". Harian Metro. Dicapai pada 27 Januari 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]