Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tunku Ismail Idris
Tunku Mahkota Johor
Pasangan Che Puan Khaleeda Bustaman (k. 2014)
Nama penuh
Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail[1][2]
Keluarga diraja Istana Besar Johor Bahru[3]
Ayahanda Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj
Bonda Raja Zarith Sofia binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Afifurlah
Kelahiran 30 Jun 1984 (30 tahun)
Johor Bahru, Johor
Gelaran hormat bagi
Tunku Ismail Idris
Lambang peribadi TMJ.JPG
Bendera tunku mahkota johor.gif
Gaya panggilan Duli Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tunku

Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail[4] (dilahirkan pada 30 Jun 1984 (30 tahun))[1] merupakan Tunku Mahkota Johor. Beliau merupakan putera kepada Kerabat Diraja Johor (sebelah ayahanda) dan Kerabat Diraja Perak (sebelah bonda). Tunku Ismail pernah berkhidmat sebagai pegawai Tentera India dan kini sebagai pengerusi Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

Tunku Ismail merupakan putera sulung Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Ismail dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.[1] Beliau merupakan cucunda kepada Sultan Johor yang sebelumnya iaitu Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail dan juga Sultan Perak yang sebelumnya, iaitu Almarhum Sultan Idris Shah II.

Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda pada 8 April 2006 oleh datukdanya, Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, sebagai pewaris kedua yang bakal menaiki takhta kesultanan Johor (kini pewaris takhta utama setelah kemangkatan Sultan Iskandar).[1][5] Tunku Ismail naik pangkat sebagai Tunku Mahkota Johor pada 26 Januari 2010.[6]

Johor Darul Takzim FC[sunting | sunting sumber]

Tunku Ismail telah mengambil alih Persatuan Bola Sepak Johor dan telah membuat perubahan besar terhadap bola sepak johor ke arah yang lebih profesional.

Rujukan[sunting | sunting sumber]