Tunku Kurshiah binti Tunku Besar Burhanuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Tunku Kurshiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
Img queen1 2.gif
Raja Permaisuri Agong Persekutuan Tanah Melayu
Pemerintahan31 Ogos 1957 – 1 April 1960
Diikuti olehTengku Ampuan Jema'ah binti Almarhum Raja Ahmad
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan
Pemerintahan21 April 1934 – 1 April 1960
Diikuti olehTunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
Tunku Puan Besar Negeri Sembilan
Pemerintahan1 April 1960 – 2 Februari 1999
Keputeraan(1911-05-16)16 Mei 1911
Istana Baroh, Seri Menanti, Negeri Sembilan, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Tanah Melayu
Kemangkatan2 Februari 1999(1999-02-02) (umur 87)
Kuala Lumpur, Malaysia
PemakamanMakam Diraja Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan, Malaysia
PasanganTuanku Abdul Rahman ibni al-Marhum Tuanku Muhammad (k. 1929; m. 1960)
AnakandaTuanku Bahiyah
Tunku Shahariah
Nama penuh
Tunku Kurshiah binti Tunku Burhanuddin
Nama diraja
Tunku Ampuan Kurshiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
KerabatPagaruyung - Kerabat Yamtuan Raden
AyahandaTunku Besar Burhanuddin ibni Almarhum Tuanku Antah
BondaChe Puan Sharifah Alawiyah

Tuanku Kurshiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin ialah Raja Permaisuri Agong pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu. Baginda ialah permaisuri kepada Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Tunku Kurshiah diputerikan pada 16 Mei 1911 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Baginda memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti, dan mengikuti kelas bimbingan persendirian dalam bahasa Inggeris.

Seri Paduka Baginda Tuanku Kurshiah berkahwin dengan Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan dikurniakan dengan dua orang puteri, KDYMM Tuanku Bahiyah, Sultanah Kedah dan adindanya YM Tunku Shahariah. Baginda turut ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan apabila DYMM Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar pada 25 April 1957.

Pada tahun 1954, baginda dilantik sebagai Presiden Pergerakan Pandu Puteri Negeri Sembilan. Baginda juga menjadi Penaung Institut Wanita Negeri Sembilan.

Pada bulan Mei 1961, baginda menubuhkan Majlis Kebajikan Wanita Islam dan menjadi Presiden Pelopor hingga hari ini.

Pada 27 Oktober 1974, baginda dianugerahkan Pingat Emas Tun Fatimah oleh Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan atas derma kurnia baginda menaikkan taraf wanita dan kanak-kanak dalam bidang kebajikan dan pendidikan.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Tempat yang dinamakan sempena nama[sunting | sunting sumber]

Sebagai mengenang jasa baginda kepada negara, kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk menukar nama Maktab Perempuan Melayu, sebuah sekolah berasrama penuh yang ternama kepada Kolej Tunku Kurshiah sempena mengambil nama baginda. Universiti Malaya juga menamakan semula Kolej Kediaman Ketiga sebagai Kolej Tunku Kurshiah.

Beberapa tempat lain turut dinamakan sempena nama baginda, termasuklah:

  • Jalan Tunku Kurshiah di Seremban, Negeri Sembilan
  • Taman Tunku Kurshiah (taman perumahan di Seremban)
  • Tunku Kurshiah College (penamaan semula Maktab Perempuan Melayu)
  • SK Tunku Kurshiah, sekolah rendah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • SMK Tunku Kurshiah, sekolah menengah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • Universiti Malaya juga menamakan semula Kolej Kediaman Ketiga sebagai Kolej Kediaman Tunku Kurshiah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".
  2. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".