Sultan Sallehuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tunku Mahmud Sallehuddin)
Lompat ke: pandu arah, cari
Sultan Mahmud Sallehuddin
Sultan Kedah ke-29
Pemerintahan 12 September 2017 – kini
Pertabalan 22 Oktober 2018
Pemasyhuran 12 September 2017/
21 Zulhijah 1438H
Didahului oleh Sultan Abdul Halim
Pewaris raja Tunku Sarafuddin Badlishah
Menteri Besar Ahmad Bashah Md Hanipah
Mukhriz Mahathir
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah
Pemegangan 21 Mei 2014 – 12 Disember 2016
Didahului oleh Tunku Annuar
Diikuti oleh Terbubar
Raja Muda Kedah ke-19
Pemasyhuran 15 Disember 2016
Didahului oleh Tunku Abdul Malik
Diikuti oleh Tunku Sarafuddin Badlishah
Keputeraan Tunku Sallehuddin ibni Tunku Badlishah
(1942-04-30) 30 April 1942 (umur 76)
Alor Setar, Kedah, Tanah Melayu British Inggeris
Pasangan Tuanku Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff
Anakanda
Butiran
Kerabat Kedah
Ayahanda Sultan Badlishah
Bonda Tengku Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman
Agama Islam

Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah (diputerakan pada 30 April 1942) ialah Sultan Kedah yang ke-29.[1] Baginda telah diangkat sebagai Sultan Kedah, Malaysia pada 12 September tahun 2017.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sultan Sallehuddin diputerakan pada 30 April 1942, pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.[3] Bonda baginda, Tengku Asma merupakan puteri kedua Sultan Terengganu, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Baginda diputerakan di istana kerabat diraja Kedah, Istana Anak Bukit pada zaman penjajahan British. Baginda diputerakan dengan nama Tunku Mahmud Sallehuddin dan dibesarkan di Istana Anak Bukit.

Tunku Sallehuddin ialah anakanda kesembilan daripada 14 adik-beradik dan paduka putera keenam daripada 7 orang putera.[4] Ayahandanya Almarhum Sultan Badlishah (1894-1958), Sultan Kedah ke-26 dan ibundanya ialah Sultanah  Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman (1911-1994) yang merupakan anak perempuan Sultan Terengganu, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

Saudara kandungnya ialah Almarhum Tunku Tan Sri Annuar, Tunku Tan Sri Abdul Hamid Thani, Tunku Dato' Seri Hosnah, Tunku Dato' Bisharah, Tunku Dato' Badriatul Jamal, Dato' Tunku Kamaliah dan Dato' Hajjah Tunku Nafisah manakala saudara tiri dari ayahanda yang sama ialah mantan Sultan Kedah dan Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-5 dan 14, Tuanku Abdul Halim dan Almarhum Tunku Abdul Malik.

Tunku Sallehuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan meneruskan pengajian di Kolej Sultan Abdul Hamid.[5] Baginda berkelulusan pendidikan tinggi daripada College of Military Engineering Poona di India.

Sultan Mahmud Sallehuddin diangkat sebagai Sultan Kedah pada 12 September 2017 selepas kemangkatan Sultan Abdul Halim pada 11 September 2017.

Kerjaya tentera[sunting | sunting sumber]

Kerjaya tentera Tunku Sallehuddin bermula dengan menjalani latihan kadet di Akademi Ketenteraan India di Dehradun, India, dari 23 Julai 1962 sehingga 30 Jun 1963. Baginda ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 23 Oktober 1963. Pada 12 Februari 1964, baginda ditugaskan sebagai leftenan dan ditempatkan dengan Batalion ke-2 Rejimen Melayu Diraja di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Baginda kemudian dipromosikan ke pangkat Kolonel.

Sepanjang perkhidmatan, Tunku Sallehuddin telah terlibat dalam beberapa operasi keselamatan di kawasan sempadan Thailand.

Pewaris takhta[sunting | sunting sumber]

Tunku Temenggong Kedah[sunting | sunting sumber]

Tunku Sallehuddin telah diisytiharkan sebagai Tunku Temenggong pada 28 November 1981. Baginda menjadi salah satu anggota Jemaah Pemangku Sultan yang memerintah Kedah apabila kakanda sulung baginda, Sultan Abdul Halim berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong dari Disember 2011 hingga Disember 2016.

Raja Muda Kedah[sunting | sunting sumber]

Pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Tunku Mahmud Sallehuddin merupakan pewaris kelima kepada tahkta singgahsana Kedah Darul Aman, di hadapan kakanda kandung baginda, Tunku Annuar. Apabila paduka nenda baginda mangkat pada tahun 1943 dan paduka ayahanda baginda mengganti sebagai Sultan Badlishah, baginda menjadi pewaris keempat menaiki takhta. Sepanjang pemerintah paduka kakanda baginda, adinda Sultan Abdul Halim dilantik menjadi Raja Muda Kedah memandangkan baginda tiada zuriat putera.[6] Ketika Tuanku Abdul Halim yang berkhidmat sebagai Yang Dipertuan Agong hampir berakhir pada 12 Disember 2016, Tunku Sallehuddin telah diisytiharkan sebagai Raja Muda Kedah pada usia 74 tahun, tidak lama setelah Tuanku Abdul Halim tiba kembali di Alor Star dalam satu majlis yang diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah. Raja Muda Kedah ketika itu yang juga kakanda tiri baginda, Tuanku Abdul Malik, telah mangkat pada 29 Oktober 2015 di Hospital Sultanah Bahiyah.[7] Pengisytiharan pemasyhuran tersebut diadakan pada istiadat menjunjung duli keberangkatan pulang Sultan Abdul Halim dan dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Datuk Bakar Din di hadapan paduka kakanda baginda.[8] Tunku Sallehuddin kemudian melafaz sumpah dan menandatangani Watikah Sumpah Raja Muda yang turut disaksikan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri iaitu Datuk Syeikh Abdul Rahman Abdullah dan Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Datuk Hashim Hamzah. Sultan Kedah pada waktu itu berkenan mengurniakan keris kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah dan istiadat itu disusuli dengan paluan nobat serta sembilan das tembakan meriam.[9]

Tunku Sallehuddin memegang beberapa kedudukan penting termasuk sebagai canselor Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya dan presiden Majlis Agama Islam Kedah.[10]

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Sultan Kedah[sunting | sunting sumber]

Sebelum pemakaman Almarhum paduka kakanda baginda, Tuanku Sallehuddin, 75 tahun telah diisytiharkan sebagai Sultan Kedah ke-29 pada 12 September 2017 bagi menggantikan kakandanya, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang mangkat pada hari sebelumnya iaitu pada 11 September 2017.[11] Pengisytiharan itu diumumkan pada 1.55 tengah hari di Istana Anak Bukit oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.[12] Perkara Sembilan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan pelantikan untuk menaiki takhta kerajaan negeri Kedah ditetapkan Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja.[13] Sejurus pengumuman itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja yang juga Ketua Istiadat, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah, mengiring Tunku Sallehuddin, untuk bersemayam di singgahsana, sebelum disusuli laungan "Daulat Tuanku" oleh hadirin sebanyak tiga kali diikuti tiupan nafiri dan bacaan doa oleh Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang.[14] Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Kedah yang baru dibuat Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja Negeri Kedah pada hari kemangkatan Almarhum paduka kakanda baginda.[15]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Sultan Sallehuddin
Panji diraja Kedah
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

  • 30 April 1942 - 13 Mei 1943: Yang Amat Mulia Tunku Mahmud Sallehuddin ibni Tunku Badlishah.
  • 13 Mei 1943 - 13 Julai 1958: Yang Teramat Mulia Tunku Mahmud Sallehuddin ibni Sultan Badlishah.
  • 13 Julai 1958 - 28 November 1981: Yang Teramat Mulia Tunku Mahmud Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.
  • 28 November 1981 – 15 Disember 2016: Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Mahmud Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah.
  • 15 Disember 2016 – 12 September 2017: Duli Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Mahmud Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah XIX.
  • 12 September 2017 – kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan al-Mu’tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku al-Haj Mahmud Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan dan Raja Pemerintah XXIX Negeri Kedah Darul Aman dan Jajahan Takluknya.
  • Jawi: کباوه دولي يڠ مها موليا توانکو سلطان محمود صالح الدين ابن المرحوم سلطان بدلي شاه، سلطان دان راج ڤمرينته يڠ ک-29 نݢري قدح دار الأمان دان جاجهن تعلوقڽ

Kurniaan[sunting | sunting sumber]

Kurniaan Kedah[sunting | sunting sumber]

Kurniaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Eponim[sunting | sunting sumber]

Paduka anakanda[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua Sultan Sallehuddin dan Sultanah Maliha dikurniakan dua orang anak.

Nama Keputeraan Perkahwinan Anakanda mereka
Tarikh Pasangan
DYTM Tunku Sarafuddin Badlishah 2 Mac 1967 2003 Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Arif YTM Tunku Zara Bahiyah
YTM Tunku Sulaiman Badlishah
YTM Tunku Shazuddin Ariff 27 April 1970 Tiada

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sultan Kedah ke-29: Tunku Sallehuddin". malaysiakini. 12 September 2017. Dicapai 18 Mac 2018. 
  2. ^ Ghazali, Adha; Iskandar, Petah Wazzan (12 September 2017). "Tunku Sallehuddin dimasyhur Sultan Kedah ke-29". Berita Harian. Dicapai 12 September 2017. 
  3. ^ "Tunku Sallehuddin proclaimed Kedah's Raja Muda" [Tunku Sallehuddin dimasyhur Raja Muda Kedah]. The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 16 Disember 2016. Dicapai 16 Disember 2016. 
  4. ^ "Tunku Sallehuddin proclaimed as Kedah Raja Muda" [Tunku Sallehuddin dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah]. Malaysia Kini (dalam bahasa Inggeris). 15 Disember 2016. Dicapai 16 Disember 2016. 
  5. ^ "Tunku Sallehuddin Dimasyhurkan Sebagai Sultan Kedah Ke-29". Siapkeli. 19 September 2017. Dicapai 18 Mac 2018. 
  6. ^ Subky Latif (19 September 2017). "Tak terfikir Tunku Sallehuddin naik takhta". Harakahdaily. Dicapai 18 Mac 2018. 
  7. ^ "Tunku Sallehuddin dimasyhurkan Raja Muda Kedah". Utusan Online. Dicapai 2017-08-28. 
  8. ^ "Tan Sri Tunku Sallehuddin Dimasyurkan Sebagai Raja Muda Kedah". mStar. 15 Disember 2016. Dicapai 18 Mac 2018. 
  9. ^ "Biodata Ringkas Tunku Mahmud Sallehuddin Sultan Badlishah". orangkedah.com. 12 September 2017. Dicapai 18 Mac 2018. 
  10. ^ "Tunku Sallehuddin, putera kesembilan Sultan Badlishah". Sinar Harian. 12 September 2017. Dicapai 18 Mac 2018. 
  11. ^ "Tunku Sallehuddin dimasyhur Sultan Kedah ke-29". Kerajaan Negeri Kedah. 12 September 2017. Dicapai 18 Mac 2018. 
  12. ^ "Tunku Sallehuddin Dimasyhur Sultan Kedah Baharu". MYNEWSHUB. 12 September 2017. Dicapai 18 Mac 2018. 
  13. ^ "Raja Muda Kedah dimasyur Sultan Kedah yang baharu". Utusan Borneo. 12 September 2017. Dicapai 18 Mac 2018. 
  14. ^ Meor Riduwan Meor Ahmad (12 September 2017). "Tunku Sallehuddin dimasyhur Sultan Kedah baru". Harian Metro. Dicapai 18 Mac 2018. 
  15. ^ Jamliah Abdullah (12 September 2017). "Tunku Sallehuddin diisytihar Sultan Kedah baharu". Utusan Online. Dicapai 18 Mac 2018. 
  16. ^ "Raja Muda of Kedah heads state awards list". The Star Online. 15 Januari 2017. Dicapai 28 September 2017. 
  17. ^ "MAJLIS PENGURNIAAN DARJAH KERABAT YANG AMAT DI HORMATI (D.K) KELANTAN KEHADAPAN KDYMM SULTAN SALLEHUDDIN IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH". Kerajaan Negeri Kelantan. 30 September 2017. Dicapai 18 Mac 2018. 
  18. ^ "MB Kelantan Dahului Penerima Darjah Kebesaran Kelantan". MYNEWSHUB. 12 November 2016. Dicapai 9 April 2018. 
  19. ^ Ifwan Tun Tuah (30 Oktober 2017). "Sultan Kedah terima darjah kebesaran Johor". Berita Harian. Dicapai 18 Mac 2018. 
  20. ^ Noorazura Abdul Rahman (4 Disember 2017). "Sultan Kedah terima darjah kebesaran Perak". Berita Harian. Dicapai 18 Mac 2018. 
  21. ^ Hafizan Taib (14 Disember 2017). "Sultan Kedah dahului senarai penerima darjah kebesaran Selangor". Selangorkini. Dicapai 18 Mac 2018. 
  22. ^ Ifwan Tun Tuah (14 Januari 2018). "Sultan Kedah dahului senarai penerima darjah kebesaran". Berita Harian. Dicapai 18 Mac 2018. 
  23. ^ Safuri Kamarudin (10 Mac 2018). "Tukar nama jadi Masjid Sultan Sallehuddin". Berita Harian. Dicapai 18 Mac 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Sultan Sallehuddin
Kerabat diraja Kedah
Tarikh keputeraan: 30 April 1942
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Sultan Kedah
2017–kini
Pemegang jawatan kini
Waris:
Tunku Sarafuddin Badlishah, Raja Muda
Gelaran Diraja
Didahului oleh
Tunku Annuar
Raja Muda Kedah
2016 – 2017
Diikuti oleh:
Tunku Sarafuddin Badlishah
Didahului oleh
Tunku Abdul Malik
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah
2014 – 2016
Kosong