Tunku Sarafuddin Badlishah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tengku Sarafudin Badlishah
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Darul Aman
Raja Muda Kedah Ke-20
Pemerintahan26 November 2017 - kini
Pemasyhuran26 November 2017
Didahului olehTunku Mahmud Sallehuddin
KeputeraanTengku Sarafudin Badlishah ibni Tunku Sallehuddin
(1967-03-02)2 Mac 1967 (Umur 52 tahun, 9 bulan dan 9 hari)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
PasanganRaja Puan Muda Kedah Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Ariff (berkahwin 2003)
AnakandaYTM Tunku Zara Bahiyah
YTM Tunku Sulaiman Badlishah
Nama penuh
Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin
KerabatKedah Darul Aman
AyahandaSultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah
BondaSultanah Maliha binti Tengku Ariff
AgamaIslam

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Darul Aman Tengku Sarafudin Badlishah ibni Sultan Sallehuddin (diputerakan pada (1967-03-02)2 Mac 1967 di Alor Setar, Kedah). Baginda merupakan anakanda pertama baginda berdua dan putera sulung kepada Sultan Mahmud Sallehuddin dan Sultanah Maliha.

Keputeraan[sunting | sunting sumber]

Tengku Sarafudin Badlishah diputerakan pada 2 Mac 1967 di Alor Setor, Kedah. Baginda merupakan putera sulung kepada Sultan Sallehuddin dan Sultanah Malilha.

Tengku Sarafudin Badlishah juga merupakan cucunda Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid dan Sultanah Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Maktab Tentera Diraja dari 1979-1984.
  • Ijazah Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Brunel, Uxbrige, Middlesex, United Kingdom.
  • Barrister at Law (Inner Temple), United Kingdom dan pernah menjadi peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaysia pada 1994.[1]

Kehidupan diraja[sunting | sunting sumber]

Tengku Sarafudin Badlishah juga mempunyai seorang adinda lelaki, Tunku Laksamana Kedah, Tunku Shazuddin Badlishah, yang diputerakan pada tahun 1970.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Baginda pernah menjadi peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaysia pada 1994. Baginda turut pernah menjawat pelbagai jawatan di beberapa agensi dan syarikat antaranya pengarah perundangan dan sekretariat di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 1999. Baginda kini adalah pengarah dan juga Anggota Lembaga Pentadbir di Asiamet (M) Sdn Bhd, Pengerusi Thong Fuan Industries Berhad, selain menjadi rakan kongsi di Kamil Hashim Raj & Lim Advocates and Solicitors.

Tunku Laksamana Kedah[sunting | sunting sumber]

Baginda telah dikurniakan gelaran Tunku Laksamana Kedah pada 15 Januari 2017.[2]

Raja Muda Kedah Ke-20[sunting | sunting sumber]

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Sempena Pemasyhuran Pelantikan Raja Muda Kedah telah diadakan di Masjid Zahir pada waktu tengah hari 24 November 2017.[3] Pada 26 November 2017, Tengku Sarafudin telah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah yang ke-20 dalam majlis penuh istiadat di Istana Anak Bukit, Kedah.[4] Istiadat pemasyhuran pelantikan itu selaras dengan Perkara 28, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dengan Tengku Sarafudin menggantikan ayahandanya, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang menaiki takhta sebagai Sultan Kedah ekoran kemangkatan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah September lalu.[5] Pemasyhuran Tengku Sarafudin itu dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din, diikuti lafaz sumpah dan menandatangani watikah sumpah Raja Muda Kedah.[6] Tengku Sarafudin kemudiannya menandatangani surat sumpah yang disaksikan Ketua Hakim Syarie Kedah Datuk Syeikh Abdul Rahman Abdullah dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hashim Hamzah.[7] Tengku Sarafudin dikurniakan Keris Kebesaran sebelum paluan nobat serta sembilan das tembakan meriam dilepaskan.[8]

Perkahwinan dan anakanda[sunting | sunting sumber]

Tengku Sarafudin bertemu jodoh dengan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Ariff dan baginda berdua melangsungkan perkahwinan pada 27 Februari 2003 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu seorang puteri Tunku Zara Bahiyah yang diputerakan pada 4 April 2004 dan seorang putera Tunku Sulaiman Badlishah yang diputerakan pada 18 Disember 2009.

Gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tengku Sarafuddin Badlishah
Cogan Raja Muda Kedah
Gaya panggilan Duli Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Teramat Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 2 Mac 1967 - 15 Januari 2017 : Yang Teramat Mulia Tengku Sarafuddin Badlishah Ibni Tunku Mahmud Sallehuddin
  • 15 Januari 2017 – 12 September 2017 : Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Kedah Darul Aman Dato' Tengku Sarafuddin Badlishah ibni Tunku Mahmud Sallehuddin
  • 12 September 2017 – 26 November 2017 : Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Kedah Darul Aman Dato' Tengku Sarafuddin Badlishah ibni Sultan Sallehuddin
  • 26 November 2017 – kini : Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Darul Aman Tengku Sarafuddin Badlishah ibni Sultan Sallehuddin

Penganugerahan Kurniaan Darjah[sunting | sunting sumber]

Tengku Sarafuddin Badlishah telah dikurniakan:

  • MY-KED Order of Loyalty to the Royal House of Kedah - Knight Companion (DSDK).svg Dato' Setia Diraja Kedah Darjah Yang Mulia Setia Diraja (DSDK 21.1.2007) membawa gelaran Dato'.
  • Pingat Peringatan Jubli Emas (15.7.2008).
  • MY-KED Supreme Order of Sri Mahawangsa (DMK).svg Darjah Utama Seri Mahawangsa Yang Amat Dihormati (DMK 26.11.2017) membawa gelaran Dato' Seri Utama.[9]

Kerabat diraja[sunting | sunting sumber]

Tengku Sharafuddin Badlishah berkahwin dengan Che Puan Muda Zaheeda pada 27 Februari 2003. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang puteri dan seorang putera.[10]

Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Duli Yang Teramat Mulia
Raja Puan Muda Kedah Darul Aman Che Puan Muda Zaheeda
(1971-10-19)19 Oktober 1971 Ipoh, Perak 48 tahun, 1 bulan dan 22 hari
Yang Teramat Mulia Tunku Zara Bahiyah (2004-04-04)4 April 2004 Kedah 15 tahun, 8 bulan dan 7 hari
Yang Teramat Mulia Tunku Tunku Sulaiman (2007-12-18)18 Disember 2007 Kedah 11 tahun, 11 bulan dan 23 hari

Keturunan diraja[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tengku Sarafudin Badlishah pakar dalam bidang perundangan". Berita Harian. 26 November 2017. Dicapai 28 November 2017. 
  2. ^ "Kedah Genealogy" [Genealogi Kedah] (dalam bahasa Inggeris). Royal Ark. Dicapai 28 November 2017. 
  3. ^ "Sultan Kedah berangkat ke majlis bacaan yasin sempena pemasyhuran Raja Muda". Utusan Online. 26 November 2017. Dicapai 28 November 2017. 
  4. ^ "Tengku Sarafudin Badlishah dimasyhur Raja Muda Kedah ke-20". Berita Harian. 26 November 2017. Dicapai 28 November 2017. 
  5. ^ "Anakanda Sultan Kedah dimasyhurkan Raja Muda Kedah". Utusan Online. 26 November 2017. Dicapai 28 November 2017. 
  6. ^ "Tengku Sarafudin Badlishah dimasyhur Raja Muda Kedah". Harian Metro. 27 November 2017. Dicapai 28 November 2017. 
  7. ^ "Tengku Sarafudin Badlishah Dimasyhur Raja Muda Kedah Ke-20". mStar. 26 November 2017. Dicapai 28 November 2017. 
  8. ^ "Raja Muda Kedah ke-20 dimasyhur". Harian Metro. 26 November 2017. Dicapai 28 November 2017. 
  9. ^ "Tengku Sarafudin Badlishah dimasyhur Raja Muda Kedah". Sinar Harian. 26 November 2017. Dicapai 28 November 2017. 
  10. ^ "Tengku Sarafudin teruskan legasi Raja Muda". Utusan Online. 27 November 2017. Dicapai 28 November 2017. 
Tunku Sarafuddin Badlishah
Kerabat Diraja Kedah
Tarikh keputeraan: (1967-03-02)2 Mac 1967
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Tunku Mahmud Sallehuddin
Raja Muda Kedah
2017–kini
Pemegang jawatan kini