Tunku Soraya
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Tunku Soraya | |
---|---|
Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan | |
Raja Puan Muda Perak | |
Kemahkotaan | 20 Jun 2014 - kini |
Didahului oleh | Raja Nor Mahani |
Keputeraan | Alor Setar, Kedah, Malaysia | 30 April 1960
Pasangan | Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah (k.1986) |
Anakanda | YM Raja Nabil Imran YM Raja Idris Shah YM Raja Sarina Intan Bahiyah YM Raja Safia Azizah YM Raja Siffudin Muazzam Shah |
Kerabat | Istana Raja Di Hilir, Ipoh, Perak |
Ayahanda | Tengku Abdul Aziz Ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah |
Bonda | Tunku Hamidah Binti Sultan Badlishah |
Agama | Islam |
Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (diputerikan pada 30 April 1960) merupakan anakanda dan puteri angkat kepada Sultan Kedah ke-28, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Biografi[sunting | sunting sumber]
Duli Yang Amat Mulia Tunku Soraya diputerikan pada tahun 1960 di ibu negeri, Alor Setar, Kedah dan merupakan puteri kepada kakanda kandung Almarhum Sultan Abdul Halim iaitu Tunku Hamidah binti Almarhum Sultan Badlishah dan Tengku Abdul Aziz ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, anakanda Sultan Terengganu ke-13. Tunku Soraya mempunyai saudara kembar iaitu Tunku Sarina binti Tengku Abdul Aziz yang telah berkahwin dengan Tunku Abdul Karim bin Tunku Ziauddin al-Haj. Tunku Sarina telah mangkat pada tahun 1991 dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar. Almarhum Sultan Abdul Halim telah mengangkat kedua-dua anak saudara baginda sebagai anakanda pada tahun 1960. Setelah enam tahun, barulah Almarhumah Sultanah Hajah Bahiyah melahirkan Tunku Puteri Puteri Intan Safinaz pada 1966.[1]
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Tunku Soraya menerima pendidikan awal di St Nicholas Convent, Alor Star, Bukit Nenas Convent, Kuala Lumpur dan meneruskan bidang pengajian di Brighton Polytechnic, Brighton, Sussex, England.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Tunku Soraya merupakan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Raja Puan Muda Perak[sunting | sunting sumber]
Tunku Soraya dikurniakan gelaran Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak berikutan suaminya, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah dimasyhurkan sebagai Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak pada 20 Jun 2014.
Keluarga dan kerabat[sunting | sunting sumber]
Tunku Soraya dan Raja Iskandar Dzurkarnain melangsungkan perkahwinan di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah pada 24 Ogos 1986 dan dikurniakan 5 orang cahaya mata, tiga orang putera dan dua orang puteri.
Nama | Keputeraan | Tempat keputeraan | Umur |
---|---|---|---|
Yang Mulia Raja Nabil Imran | 3 Ogos 1987 | Kedah | 35 tahun, 7 bulan dan 27 hari |
Yang Mulia Raja Idris Shah | 18 Julai 1989 | Kedah | 33 tahun, 8 bulan dan 12 hari |
Yang Mulia Raja Sarina Intan Bahiyah | 12 Jun 1992 | Kedah | 30 tahun, 9 bulan dan 18 hari |
Yang Mulia Raja Safia Azizah | 2 Jun 1997 | Kedah | 25 tahun, 9 bulan dan 28 hari |
Yang Mulia Raja Siffudin Muazzam Shah | 18 November 2000 | Kedah | 22 tahun, 4 bulan dan 12 hari |
Penganugerahan Kurniaan darjah[sunting | sunting sumber]
Tunku Soraya telah dianugerahkan,
Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) (pada 20 Oktober 2016) membawa gelaran Tan Sri
Nama Penuh Tunku Soraya berserta gelaran rasmi ialah.
Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah DKA II, PSM, SHMS, SSDK
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Tunku Soraya Tarikh keputeraan: 30 April 1960
| ||
Kerabat diraja Malaysia | ||
---|---|---|
Gelaran pemerintah | ||
Susunan penggantian | ||
Didahului oleh Raja Nor Mahani |
Raja Puan Muda Perak 20 Jun 2014 |
Pemegang jawatan kini |