Tunku Tiara Yasmin Sofia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Tunku Tiara Yasmin Sofia
Nama lahirY.M. Tunku Tiara Yasmin Sofia binti Tunku Hassan
Juga dikenali sebagai
Quiara
Berasal dariMalaysia
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2007-kini

Tunku Tiara Yasmin Sofia ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang menaikkan nama beliau menerusi penyertaan dalam pertandingan nyanyian realiti One in a Million (musim kedua) dan Bintang Pantene, serta juga lakonan watak Zelfa dalam musim kedua siri drama web Kerana Karina yang disiarkan di gua.com.my.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Tiara adalah anak kedua kepada Y.M. Tunku Hassan bin Tunku Muhammad Archibald dan isterinya Zuraida Selamat, seorang wanita berasal dari Batu Pahat Johor. Tiara adalah anak sedara kepada penyanyi Syafinaz Selamat.Tunku tiara juga pernah bersekolah di sekolah rendah kebangsaan Limpoon 2 batu pahat johor.

One in a Million[sunting | sunting sumber]

Sepanjang perjalannya di One in a Million, Tiara menyanyi lagu-lagu berikut:

Tiara disingkirkan pada awal malam persembahan minggu ketiga pada 4 Januari 2008, mengikut format pertandingan terbabit.

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Tunku Tiara diperkenalkan ke dalam dunia lakonan oleh Darling Ngasri, seorang penerbit drama TV, melalui siri terbitan Darling yang bertajuk Nur 2, di mana beliau memegang peranan watak jahat. Selepas Nur 2, penulis skrip Jumal Yunus pula menawarkan beliau berlakon dalam drama Raya Sedondon sempena Aidilfitri. Selepas itu, beliau menerima tawaran berlakon dalam musim kedua Kerana Karina di mana beliau memegang watak Zelfa, seorang penyanyi baru yang dicemburui Karina (lakonan Marsha Londoh). “Nampaknya, selepas OIAM, rezeki saya lebih murah dalam bidang lakonan berbanding nyanyian. Saya akur dengan semua itu kerana bidang lakonan juga cabang seni yang saya minat,” katanya.[1] .Tiara juga membintangi drama Gadis Cuci mengantikan Nora Danish. Tiara juga berlakon dengan pelakon Syafiq Kyle dan Risteena Munim dalam telemovie Gangster Melur. Pada tahun 2014,Tiara bersama Dian P Ramlee ,Kilafairy ,Ben Amir ,Ungku Ismail Aziz dan Arash Mohd dalam telemovie Hajah Bakhiliah sebagai Alisya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ramlah Zainal (2008-05-17). "Rasa 'penting apabila berlakon'". Dicapai pada 2008-07-09. Unknown parameter |publihser= ignored (|publisher= suggested) (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.