Tunku Yaakob ibni Sultan Abdul Hamid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tunku Yaakob ibni Sultan Abdul Hamid ialah putera kepada Sultan Abdul Hamid, Sultan Kedah, serta abang kepada Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Tunku Yaakob belajar di Universiti Cambridge dalam jurusan sains pertanian.

Pada bulan Disember 1943, pihak berkuasa Thailand yang menguasai Kedah memutuskan untuk memulihkan sebahagian model pentadbiran pra-perang British selepas menyedari bahawa Pihak Berikat akan memenangi Perang Dunia II. Selepas peranan tentera di dalam pentadbiran negeri dihapuskan, Sultan Kedah dikembalikan sebagai Ketua Negeri yang memerintah dengan bantuan penasihat Thailand. Pihak berkuasa Thailand juga memulihkan pentadbiran negeri kepada Majlis Montri Sabha yang dahulu dikenali sebagai Majlis Negeri, dengan Sultan Kedah merupakan Presiden majlis tersebut. Tunku Yaakob dijadikan Naib Presiden Majlis Montri Sabha. [1]

Tunku Yaakob menjadi duta besar Malaysia di Perancis pada tahun 1965. [2]


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.