Tupai Gading

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tupai Gading
Callosciurus prevosti.jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Mamalia
Order: Rodentia
Keluarga: Sciuridae
Genus: Callosciurus
Spesies: C. prevostii
Nama binomial
Callosciurus prevostii[1]
(Desmarest, 1822)
Callosciurus prevostii distribution.png

Tupai Gading merupakan spesies rodensia dalam keluarga Sciuridae. Ia boleh didapati di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Ia makan buah, kekacang, benih, kudup, bunga, serangga dan telur burung. Tupai ini membawa buah jauh dari pokok dan menjatuhkan benih apabila selesai makan. Benih yang jauh dari pokok mengurangkan kemungkinan dimakan haiwan lain dan berpeluang untuk bercambah dan menghasilkan pokok generasi baru. Nama sainsnya Callosciurus prevostii.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Tupai Gading boleh didapati di Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Tupai Gading adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Tupai Gading adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Jantung Tupai Gading terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sebagai mamalia, Tupai Gading berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Tupai Gading akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Tupai Gading merupakan haiwan yang dilindungi dan memerlukan lesen pemburuan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai mamalia
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z