Turai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Contoh papan turai di Muzium Sarawak yang terdapat di pameran "66 Yang Terpilih" di Dewan Tun Abdul Razak, Kuching dari 24 Jan - 28 Feb 2007.

Turai merupakan sejenis tulisan kuno kaum Iban zaman dahulu. Turai (bahasa Iban) itu sendiri bermaksud lukis. Ia biasanya ditulis di atas kepingan papan oleh lemambang Iban, penyair Iban yang mengisahkan saga para dewa semasa perayaan dan mantera suci seperti pengap dan sabak.

Bentuk tulisan ini telah kekal selama 15 generasi atau lebih dengan merakamkan dengan tepat sejarah orang Iban. Sesetengah ahli leluhur ("genealogies") adalah sepanjang 25 generasi dan masih boleh dikaitkan dengan tempat sebenar dan kejadian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]