Pergi ke kandungan

Turki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Turki
ريڤوبليك توركي‎
Türkiye Cumhuriyeti
Jata (Tidak rasmi) Turki
Jata (Tidak rasmi)
Cogan kata: "Yurtta Barış, Dünyada Barış" (Tidak rasmi)
"Keamanan di negara, keamanan di dunia"
Lagu kebangsaan: İstiklâl Marşı (Turki)
"Perarakan kemerdekaan"
Ibu negaraAnkara
Bandar terbesarİstanbul
Bahasa rasmiBahasa Turki
Agama
(2019)
PemerintahRepublik
• Presiden
Recep Tayyip Erdoğan
Peralihan 
19 Mei 1919
23 April 1920
• Deklarasi Republik
29 Oktober 1923
Populasi
• Perkiraan Disember 2022
Neutral increase 85,279,553[1] (ke-17)
111[1]/km2 (287.5/sq mi) (ke-83)
KDNK (PPP)2023
• Jumlah
▲ USD3.613 trilion[2] (ke-11)
• Per kapita
▲ USD41,887[2] (ke-46)
KDNK (nominal)2023
• Jumlah
▲ USD1.154 trilion[2] (ke-17)
• Per kapita
▲ USD13,383[2] (ke-65)
Gini (2019)▬ 41.9[3]
sederhana
HDI (2021)▲ 0.838[4]
sangat tinggi (ke-)
Mata wangLira Turki4 (TRY)
Zon waktuUTC+2 (EET)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (EEST)
Kod panggilan+90
Kod ISO 3166TR
DPT internet.tr
1 "Yurtta sulh, cihanda sulh" (bahasa turki asal).
2 Perjanjian Lausanne (1923).
3 Kedudukan berdasarkan anggaran tahun 2005.
4 Lira Turki menggantika Lira baru Turki (Yeni Türk Lirası - YTL) pada 1 Januari 2009.

Turki (Jawi: ‏توركي‎‎, Turki: Türkiye[nota 1]) atau nama rasminya Republik Turki (Turki: Türkiye Cumhuriyeti[nota 2]) ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak dalam kawasan Balkan barat laut benua Eropah. Turki bersempadan dengan 8 negara iaitu Bulgaria di barat laut; Yunani di barat; Georgia, Armenia dan Azerbaijan di timur laut; Iran di timur; dan Iraq dan Syria di tenggara. Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam di utara, Laut Aegea di barat, dan Laut Mediterranean di selatan. Turki juga menempatkan Laut Marmara yang dipergunakan oleh para ahli geografi untuk menandakan sempadan antara Eropah dan Asia lalu menjadikan Turki suatu negara rentas benua.[5]

Kawasan yang terdiri daripada Turki moden telah melihat kelahiran peradaban-peradaban utama, termasuk Empayar Byzantium dan Empayar Uthmaniyah dua-duanya berpusat di kota Kustantiniyah mendului Istanbul moden. Disebabkan oleh lokasinya yang strategik menyaksikan persilangan dua buah benua, budaya Turki merupakan campuran budaya Timur dan Barat yang unik yang sering diperihalkan sebagai jambatan antara dua buah peradaban. Dengan kewujudan kawasan yang kuat dari Adriatik ke China di dalam jalur tanah di antara Rusia dan India, Turki telah memperoleh kepentingan strategik yang semakin bertumbuh.[6][7]

Turki ialah sebuah republik berperlembagaan yang demokratik, sekular, dan satuan. Sistem politiknya diasaskan pada tahun 1923 di bawah pimpinan Mustafa Kemal Atatürk selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah, akibat Perang Dunia I. Sejak itu, Turki telah beransur-ansur bergabung dengan Barat sementara menjalin hubungan dengan dunia Timur. Negara ini ialah salah satu ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,[8] Pertubuhan Persidangan Islam (OIC),[9] Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan,[10] dan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah,[11] serta negara ahli Majlis Eropah sejak tahun 1949,[12] dan NATO sejak tahun 1952.[13] Sejak tahun 2005, Turki adalah satu-satunya negara Islam pertama yang berunding menyertai Kesatuan Eropah, setelah merupakan ahli bersekutu sejak tahun 1963.[14] Turki juga merupakan ahli negara perindustrian G20 yang mempertemukan 20 buah ekonomi yang terbesar di dunia.

Nama negara ini dalam bahasa Turki iaitu Türkiye hasil penasaban etnonim Türk menggunakan akhiran abstrak –iye yang bermaksud "pemilik", "tanah" atau "perihal" (meminjam –iyya bahasa Arab serupa dengan akhiran –ia dalam bahasa-bahasa Yunani dan Latin). Catatan terawal istilah "Türk" atau "Türük" sebagai autonim terkandung dalam catatan tulisan-tulisan Orkhon oleh kaum Göktürk (Turki Samawi) dari Asia Tengah (c. abad ke-8 M). Tu–kin dijadikan bukti seawal tahun 177 SM sebagai nama berian orang Cina kepada penduduk kawasan selatan Pergunungan Altai di Asia Tengah. Nama Melayu "Turki" berasal dari bahasa Latin Pertengahan iaitu Turchia (s. 1369) melalui bahasa Inggeris.[15][tiada dalam ayat yang diberikan] Nama ini ada kata seasal dalam bahasa Yunani, iaitu Tourkia yang asalnya digunakan oleh bangsa Byzantium untuk memperihalkan Hungary pada zaman pertengahan[16][17] (kerana orang Hungary dan Turki mempunyai persamaan leluhur) tetapi kemudian, mereka mula menggunakan nama ini untuk memaksudkan kawasan taklukan Seljuk di Anatolia pada ratusan tahun selepas Pertempuran Manzikert pada tahun 1071.

Penggalakkan nama "Türkiye"

[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2021, Presiden Recep Tayyip Erdoğan mengeluarkan suatu surat pekeliling mewajibkan semua barangan eksport dunia dilabelkan Made in Türkiye ("Buatan Türkiye") serta mendidik pengutamaan nama 'Türkiye' dalam perhubungan sesama badan-badan pemerintahnya;[18][19] pekeliling tersebut memberi alasan pemilihan nama Türkiye kerana nilainya "mewakili dan melambangkan budaya, ketamadunan dan nilai-nilai bangsa Turki sebaiknya". Saluran TRT World memberitakan lanjut perubahan itu juga mengelakkan kekeliruan dengan ungkapan bermaksud ayam belanda dalam bahasa Inggeris juga disebut turkey.[20]

Sejarah purba

[sunting | sunting sumber]

Semenanjung Anatolia yang merangkumi sebahagian besar wilayah Turki moden, ialah salah sebuah kawasan yang paling lama diduduki manusia tanpa henti di dunia. Petempatan-petempatan Neolitik yang terawal seperti Çatalhöyük (Neolitik Tembikar), Çayönü (Neolitik Pra-Tembikar A hingga Neolitik Tembikar), Nevalı Çori (Neolitik Pra-Tembikar B), Hacılar (Neolitik Tembikar), Göbekli Tepe (Neolitik Pra-Tembikar A) dan Mersin dianggap antara petempatan manusia yang terawal di dunia.[21]

Sebahagian tembok legenda Troy (VII) yang dikenal pasti sebagai medan pertempuran Perang Troy (sekitar 1200 SM).

Petempatan Troy bermula pada zaman Neolitik, dan berterusan hingga Zaman Besi. Sepanjang sejarah tertulis, penduduk Anatolia pernah bertutur dalam bahasa-bahasa Indo-Eropah, Semitik dan Kartvelia, antara lainnya. Sebenarnya, berdasarkan kepurbaan bahasa-bahasa Hitit dan Luwia yang tergolong sebagai Indo-Eropah, sesetengah ilmuwan mengusulkan bahawa Anatolia merupakan pusat hipotesis dari mana terpancarnya bahasa-bahasa Indo-Eropah.[22] Kaum Hattia ialah sebuah bangsa kuno yang menduduki bahagian tenggara Anatolia seawal-awal tahun 2300 SM. Kaum Hitit Indo-Eropah tiba di Anatolia lalu menyerap kaum Hattia sekitar 2000-1700 SM. Empayar besar pertama di kawasan itu diasaskan oleh kaum Hitit dari abad ke-18 hingga ke-13 SM. Bangsa Assyria pula menjajah sebahagian Turki tenggara seawal tahun 1950 SM hingga tahun 612 SM, apabila Empayar Assyria ditakluki oleh wangsa Chaldea di Babylon.[23][24] Selepas kejatuhan Hitit, satu lagi kelompok Indo-Eropah, iaitu kaum Phrygia mengambil alih tampuk penguasaan sehingga kerajaan mereka dihancurkan oleh orang Kimeria pada abad ke-7 SM.[25] Antara negeri-negeri perwaris Phrygia yang paling berkuasa ialah Lydia, Karia dan Lycia. Kaum Lydia dan Lycia bertutur dalam bahasa yang berumpun Indo-Eropah pada pangkalnya, tetapi kedua-dua bahasa itu telah dipengaruhi unsur bukan Indo_Eropah sebelum zaman Hitit dan Keyunanian.

Perpustakaan Celsus di Efesus, dari seawal tahun 135 M.

Bermula sekitar 1200 SM, pantai Anatolia banyak diduduki oleh orang Yunani Aeolia dan Ionia. Banyak sekali kota-kota terpenting yang diasaskan oleh kaum penjajah ini, seperti Miletus, Ephesus, Smyrna (kini Izmir), dan Byzantium (kemudian Kustantiniyah, kini Istanbul). Negara pertama yang ditubuhkan di Anatolia dan dipanggil Armenia oleh bangsa jiran (Hecataeus dari Miletus dan Inskripsi Behistun) merupakan negeri wangsa Orontid Armenia. Anatolia ditawan oleh Empayar Achaemenid Parsi ketika abad ke-6 dan ke-5 SM, kemudian jatuh di tangan Iskandar Agung pada 334 SM.[26] Anatolia kemudian dipecahkan kepada beberapa kerajaan keyunanian kecil (termasuk Bithynia, Cappadocia, Pergamum, dan Pontus), tetapi kesemunya ditawan pula oleh Republik Rom pada pertengahan abad pertama SM.[27] Armenia Arsakiah, negeri pertama yang memeluk agama Kristian selaku agama rasmi, mempunnyai wilayah di Anatolia.

Pada tahun 324, maharaja Rom, Constantinus I memilih Byzantium selaku ibu kota baru Empayar Rom, lalu menukar namanya kepada Rom Baru (kemudian Kustantiniyah/Istanbul). Selepas kejatuhan Empayar Rom Barat, ia menjadi ibu kota Empayar Byzantium (Empayar Rom Timur).[28]

Kaum Turk dan Empayar Uthmaniyylah

[sunting | sunting sumber]
Empayar Uthmaniyah di kemuncak kekuasaannya (ca. 1680).

Wangsa Seljuk merupakan satu cabang kelompok Turki Oğuz Kınık yang menetap di persisian dunia Islam, di utara Kaspia dan Laut Aral di Kekhaganan Yabghu di pergabungan Oğuz[29] pada abad ke-10. Pada abad ke-11, bangsa Seljuk mulai berhijrah dari tanah leluhur mereka ke arah kawasan timur Anatolia, yang kemudiannya menjadi tempat asal baru puak-puak Turkik Oğuz selepas Pertempuran Manzikert pada tahun 1071.

Kejayaan Seljuk ini membuka laluan kepada kebangkitan Kesultanan Seljuk Anatolia; yang berkembang sebagai cabang berasingan dalam Empayar Seljuk besar yang meliputi sebahagian Asia Tengah, Iran, Anatolia dan Asia Barat Daya.[30]

Pada tahun 1243, tentera Seljuk ditumpaskan oleh Mongol, sehingga menyebabkan kuasa empayar Seljuk beransur merosot. Ekoran daripada itu, salah satu kerajaan kecil Turki yang diperintah oleh Uthman I akan berkembang menjadi Empayar Uthmaniyyah dalam 200 tahun berikutnya, dan meluas di seluruh Anatolia, rantau Balkan dan Syam.[31] Pada tahun 1453, pihak Uthmaniyah melengkapkan penaklukan Empayar Byzantium dengan menawan ibu kota Kustantiniyah.

Masjid Selimiye di Edirne ialah salah sebuah mahakarya seni bina Empayar Uthmaniyyah.

Kuasa dan prestij Empayar Uthmaniyah memuncak pada abad ke-16 dan ke-17, khususnya ketika pemerintahan Sulaiman al-Qanuni. Empayar ini sering bertembung dengan Empayar Rom Suci dalam kemaraannya tanpa putus-putus ke arah Eropah Tengah melalui rantau Balkan dan bahagian selatan Komanwel Poland-Lithuania.[7] Di laut, empayar ini bersaing dengan Liga-Liga Suci yang terdiri daripada Sepanyol Habsburg, Republik Venice dan Kesatria Santo Yohanes demi menguasai Mediterranean. Di Lautan Hindi, tentera laut Uthmaniyah kerap bertembung dengan armada Portugis demi mempertahankan monopoli turun-temurun ke atas laluan-laluan perdagangan maritim antara Asia Timur dan Eropah Barat; laluan-laluan ini berdepan dengan persaingan baru dengan penemuan Tanjung Harapan oleh Portugis pada tahun 1488. Selain itu, Uthmaniyah adakalanya berperang dengan Parsi gara-gara pertikaian wilayah atau disebabkan oleh perbezaan agama pada abad ke-16 hingga ke-18.[32]

Dalam hampir dua abad mengalami kejatuhan, Empayar Uthmaniyah beransur-ansur mengecil dari segi keluasan tanah, kekuatan tentera dan kekayaan. Ia terlibat dalam Perang Dunia Pertama di sisi Kuasa Tengah dan akhirnya dikalahkan. Dalam perang ini, sekitar 1.5 juta orang Armenia diarah berpindah lalu dihapuskan dalam peristiwa Genosid Armenia.[33][34] Pembunuhan beramai-ramai secara besar-besaran turut dilakukan terhadap kelompok minoriti lain dalam empayar itu, seperti kaum Yunani dan Assyria.[35][36][37] Ekoran Gencatan Senjata Mudros pada 30 Oktober 1918, Pihak Berikat selaku pemenang memecahkan negara Uthmaniyyah melalui Perjanjian Sèvres 1920.[31]

Zaman Republik

[sunting | sunting sumber]
Mustafa Kemal Atatürk melawat Sekolah Menengah İzmir pada 1 Februari 1931

Pendudukan Kustantiniyah dan Smyrna oleh Pihak Berikat selepas Perang Dunia Pertama mencetuskan penubuhan Gerakan Kebangsaan Turki.[7] Di bawah kepimpinan Mustafa Kemal Pasha, seorang komander tentera yang tersohor ketika Pertempuran Gallipoli, lancarnay Perang Kemerdekaan Turki yang bertujuan menarik balik terma-terma Perjanjian Sèvres.[38]

Pada 18 September 1922, tentera-tentera pendudukan sudahpun diusir, dan tertubuhnya sebuah negara Turki baru. Pada 1 November, parlimen yang baru ditubuhkan secara rasminya membubarkan Kesultanan, maka berakhirnya 623 tahun di bawah pemerintahan Uthmaniyah. Perjanjian Lausanne 24 Julai 1923 membawa kepada pengakuan antarabangsa akan "Republik Turki" yang baru dibentuk sebagai negara pewaris Empayar Uthmaniyah, dan republik tersebut diisytiharkan secara rasmi pada 29 Oktober 1923, di ibu negara baru iaitu Ankara.[7]

Mustafa Kemal menjadi Presiden Turki yang pertama lalu memperkenalkan banyak pembaharuan radikal yang bertujuan menubuhkan sebuah republik sekular baru daripada tinggalan zaman silam Uthmaniyah.[7] Mengikut Undang-Undang Nama Keluarga, parlimen Turki memberi Mustafa Kemal nama keluarga kehormat "Atatürk" (Bapa Turki) pada tahun 1934.[38]

Turki kekal berkecuali sepanjang Perang Dunia Kedua tetapi bersekutu dengan Pihak Berikat sebagai tanda sokongan istiada pada 23 Februari 1945, kemudian menjadi salah satu anggota piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun yang sama.[8] Kesukaran yang dihadapi oleh Yunani selepas perang dalam meredakan pemberontakan komunis di samping tuntuan Kesatuan Soviet untuk membina pangkalan tentera di Selat Turki, menyeru Amerika Syarikat untuk mengisytiharkan Doktrin Truman pada tahun 1947, yang mengemukakan niat AS untuk menjamin keselamatan Turki dan Yunani, sehingga kedua-dua negara itu menerima sokongan tentera dan ekonomi AS.[39]

Selepas menyertai angkatan PBB dalam Perang Korea, Turki menyertai NATO pada tahun 1952, untuk menjadi benteng terhadap peluasan Soviet ke dalam rantau Mediterranean. Selepas sedekad keganasan antara kaum di pulau Cyprus dan rampasan kuasa tentera Yunani pada Julai 1974 yang menggulingkan Presiden Makarios lalu mengangkat Nikos Sampson sebagai diktator, Turki menyerang Republik Cyprus pada tahun 1974. Sembilan tahun kemudian, tertubuhnya Republik Turki Cyprus Utara yang hanya diiktiraf oleh Turki.[40]

Zaman parti tunggal berakhir pada tahun 1945, dan disusuli oleh zaman peralihan yang huru-hara ke arah demokrasi berbilang parti pada puluhan tahun berikutnya, tetapi ia disampuk oleh rampasan kuasa tentera pada tahun 1960, 1971, 1980 dan 1997.[41] Pada tahun 1984, PKK melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan Turki. Konflik yang meragut lebih 40,000 nyawa ini masih berterusan hingga hari ini.[42] Semenjak peliberalan ekonomi Turki pada 1980-an, negara ini telah menikmati pertumbuhan ekonomi yang pesat dan kestabilan politik yang lebih kukuh.[43]

Turki ialah sebuah republik berpresiden yang bersifat unitari. Perlembagaan Turki mentakrifkan republik itu sebagai sebuah negara demokratik, sekular dan sosial yang berasaskan kedaulatan undang-undang, serta menetapkan bahawa negara, wilayah dan bangsanya membentuk suatu keseluruhan yang tidak boleh dibahagi.[44] Kerangka politik semasa berpunca daripada pindaan perlembagaan yang diluluskan dalam referendum pada 16 April 2017. Pindaan tersebut menerima 51.41% undi menyokong berbanding 48.59% undi menentang,[45] dan sebahagian besar perubahan institusinya mula dilaksanakan selepas pilihan raya presiden dan parlimen pada 2018. Perubahan itu menggantikan sistem berparlimen terdahulu dengan sistem berpresiden, memansuhkan jawatan perdana menteri dan Majlis Menteri, serta memusatkan kuasa eksekutif pada jawatan presiden.[46]

Sistem pemerintahan

[sunting | sunting sumber]
Recep Tayyip Erdoğan berdiri pada upacara perasmian presiden di Ankara
Recep Tayyip Erdoğan pada upacara angkat sumpah presiden di Ankara pada 3 Jun 2023.

Presiden Republik ialah ketua negara dan pemegang kuasa eksekutif. Presiden dipilih secara langsung untuk penggal lima tahun; seseorang calon mesti memperoleh majoriti mutlak undi sah, dan jika tiada calon mencapainya pada pusingan pertama, dua calon yang memperoleh undi terbanyak bertanding pada pusingan kedua.[44] Presiden melantik dan memecat naib presiden serta menteri, melantik pegawai kanan sebagaimana diperuntukkan undang-undang, mewakili negara dalam hubungan antarabangsa dan boleh mengeluarkan dekri presiden dalam bidang kuasa eksekutif. Dekri tersebut tidak boleh mengawal selia hak asasi tertentu atau perkara yang Perlembagaan menghendaki supaya ditetapkan melalui undang-undang, dan undang-undang Parlimen mengatasi dekri presiden sekiranya berlaku percanggahan.[44]

Perlembagaan pada asasnya mengehadkan seseorang kepada dua penggal sebagai presiden. Walau bagaimanapun, jika Perhimpunan Kebangsaan Agung Turki memutuskan untuk memperbaharui pilihan raya ketika seseorang presiden sedang menjalani penggal keduanya, presiden berkenaan boleh bertanding sekali lagi.[44] Presiden semasa ialah Recep Tayyip Erdoğan. Dalam pusingan kedua pilihan raya presiden pada 28 Mei 2023, Erdoğan dipilih semula dengan 27,834,589 undi, atau 52.18% undi sah, berbanding 47.82% yang diperoleh Kemal Kılıçdaroğlu.[47] Erdoğan masih memegang jawatan tersebut pada September 2026.[48]

Bangunan Perhimpunan Kebangsaan Agung Turki di Ankara
Bangunan Perhimpunan Kebangsaan Agung Turki di Ankara.

Kuasa perundangan terletak pada Perhimpunan Kebangsaan Agung Turki (TBMM), sebuah badan ekadewan yang terdiri daripada 600 orang ahli. Pilihan raya presiden dan parlimen lazimnya diadakan pada hari yang sama setiap lima tahun.[49] TBMM menggubal, meminda dan memansuhkan undang-undang, meluluskan belanjawan dan mempunyai beberapa mekanisme pengawasan terhadap eksekutif, termasuk soalan bertulis serta siasatan parlimen sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.[44] Dalam Türkiye 2025 Report, Suruhanjaya Eropah menilai bahawa Parlimen masih mempunyai kuasa perlembagaan yang formal, tetapi keupayaannya melaksanakan pengawasan terhadap eksekutif telah menjadi lebih terbatas dalam sistem berpresiden yang sangat berpusat.[50]

Pilihan raya dan parti politik

[sunting | sunting sumber]
Peta keputusan pusingan kedua pilihan raya presiden Turki 2023 mengikut wilayah
Keputusan pusingan kedua pilihan raya presiden 2023 mengikut wilayah; warna menunjukkan calon yang memperoleh undi terbanyak dan keamatan warna menunjukkan bahagian undinya.

Perlembagaan menjamin hak warganegara berumur 18 tahun ke atas untuk mengundi, tertakluk pada pengecualian yang dinyatakan oleh Perlembagaan dan undang-undang. Pilihan raya diadakan berasaskan prinsip undi sejagat, sama rata dan rahsia, dengan pengiraan undi secara terbuka serta di bawah pentadbiran dan pengawasan badan kehakiman. Majlis Pilihan Raya Tertinggi (Yüksek Seçim Kurulu, YSK) merupakan badan tertinggi yang mengawasi proses tersebut.[44][49] Hak wanita untuk mengundi dan bertanding dalam pilihan raya parlimen diperkenalkan pada 5 Disember 1934, selepas hak serupa diberikan bagi pilihan raya perbandaran pada 1930 dan pemilihan ketua kampung serta majlis kampung pada 1933.[51]

Ahli TBMM dipilih melalui sistem perwakilan berkadar dalam daerah pilihan raya berbilang kerusi. Undang-undang pilihan raya menetapkan ambang nasional sebanyak 7% bagi parti politik, berbanding 10% sebelum pindaan pada 2022. Bagi pakatan pilihan raya, jumlah undi semua parti dalam pakatan diambil kira untuk menentukan sama ada ambang itu dilepasi, manakala pengagihan kerusi dalam sesuatu daerah pada asasnya dikira daripada undi yang diterima oleh setiap parti.[49][52]

Dalam pilihan raya parlimen pada 14 Mei 2023, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) kekal sebagai parti tunggal terbesar dengan 268 daripada 600 kerusi, manakala Parti Rakyat Republikan (CHP) memperoleh 169 kerusi. Kerusi selebihnya dimenangi oleh Parti Gerakan Nasionalis (MHP), Parti Kiri Hijau, Parti İYİ, Parti Kebajikan Semula dan Parti Pekerja Turki.[53]

Pemerhati antarabangsa secara amnya menganggap pilihan raya 2023 kompetitif tetapi mengenal pasti ketidakseimbangan dalam persekitaran pilihan raya. OSCE melalui Pejabat Institusi Demokratik dan Hak Asasi Manusia (ODIHR) menyatakan bahawa pengundi diberikan pilihan antara alternatif politik yang sebenar dan hari pengundian secara keseluruhannya diurus dengan baik. Pada masa yang sama, badan itu mendapati bahawa presiden penyandang dan parti pemerintah menikmati kelebihan yang tidak wajar, termasuk melalui liputan media yang berat sebelah, sementara sekatan terhadap kebebasan berhimpun, berpersatuan dan bersuara mengehadkan sebahagian penyertaan politik.[54]

Parti politik tertakluk pada Perlembagaan dan Undang-Undang Parti Politik. Kes yang bertujuan membubarkan sesebuah parti dibawa oleh Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Kasasi ke Mahkamah Perlembagaan Turki, yang juga boleh memutuskan pelucutan sebahagian atau keseluruhan bantuan kewangan negara sebagai ganti pembubaran dalam keadaan yang dibenarkan oleh Perlembagaan.[44][55]

Kehakiman

[sunting | sunting sumber]
Bangunan Mahkamah Perlembagaan Turki
Bangunan Mahkamah Perlembagaan Turki di Ankara.

Perlembagaan menetapkan bahawa kuasa kehakiman dilaksanakan oleh mahkamah yang bebas dan tidak memihak bagi pihak negara. Hakim menjalankan tugas menurut Perlembagaan, undang-undang dan keyakinan undang-undang mereka sendiri, dan badan perundangan serta eksekutif tidak boleh mengeluarkan arahan kepada mahkamah dalam sesuatu kes.[44]

Mahkamah Perlembagaan Turki menjalankan semakan kehakiman terhadap keselarasan undang-undang, dekri presiden dan Peraturan Tetap TBMM dengan Perlembagaan. Mahkamah itu juga memutuskan permohonan individu berhubung dakwaan pelanggaran hak perlembagaan selepas saluran undang-undang biasa digunakan, membicarakan beberapa pegawai tertinggi negara dalam kapasiti sebagai Mahkamah Agung, serta menangani kes pembubaran parti politik.[55] Mahkamah Kasasi (Yargıtay) ialah mahkamah rayuan tertinggi bagi kebanyakan perkara sivil dan jenayah, manakala Majlis Negara (Danıştay) menjalankan fungsi mahkamah tertinggi bagi bidang kuasa pentadbiran.[44]

Kebebasan kehakiman merupakan salah satu isu utama dalam penilaian antarabangsa terhadap institusi Turki. Dalam laporan 2025, Suruhanjaya Eropah menilai bahawa kebebasan kehakiman telah mengalami kemerosotan dan bahawa pengaruh eksekutif masih menjejaskan sistem tersebut. Laporan itu turut menyatakan bahawa sesetengah mahkamah bawahan tidak melaksanakan keputusan Mahkamah Perlembagaan dan bahawa beberapa penghakiman Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah masih belum dilaksanakan.[50] Penilaian ini merujuk kepada pelaksanaan sistem kehakiman dalam amalan dan berbeza daripada jaminan formal mengenai kebebasan mahkamah yang termaktub dalam Perlembagaan.[44]

Hubungan luar

[sunting | sunting sumber]
Rakaman Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019, yang dihadiri Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan.

Kedudukan Turki antara Eropah, Laut Hitam, Kaukasus, Timur Tengah dan Mediterranean membentuk dasar luar yang merangkumi institusi Euro-Atlantik serta hubungan serantau yang lebih luas. Turki merupakan anggota pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1945[56] dan antara 20 negara pengasas OECD.[57] Negara itu menyertai Majlis Eropah pada 13 April 1950[58] dan NATO pada 18 Februari 1952.[59] Turki juga aktif dalam Pertubuhan Kerjasama Islam dan merupakan salah sebuah negara pengasas Pertubuhan Negara-Negara Turkik pada 2009.[60]

Hubungan dengan Eropah merupakan salah satu unsur utama dasar luar Turki sejak awal era republik. Negara itu memohon hubungan bersekutu dengan Komuniti Ekonomi Eropah pada 1959, menandatangani Perjanjian Ankara pada 1963 dan memasuki kesatuan kastam dengan Kesatuan Eropah pada 1995. Turki memohon keanggotaan penuh Komuniti Ekonomi Eropah pada 1987, diiktiraf sebagai negara calon Kesatuan Eropah (EU) pada 1999 dan memulakan rundingan penyertaan pada Oktober 2005.[61] Bagaimanapun, Majlis Kesatuan Eropah menyatakan pada Jun 2018 bahawa rundingan penyertaan telah secara berkesan terhenti; keadaan itu masih berterusan pada 2026. Walaupun demikian, EU dan Turki terus bekerjasama dalam bidang seperti perdagangan, migrasi, keselamatan, iklim dan dasar serantau.[62][61]

Hubungan Turki dengan Cyprus terus menjadi salah satu pertikaian utama dalam hubungan dengan EU. Turki tidak mengiktiraf Republik Cyprus dan sebaliknya mengiktiraf Republik Turki Cyprus Utara (RTCU). Dalam laporannya pada 2025, Suruhanjaya Eropah menyatakan bahawa Ankara terus menyokong penyelesaian dua negara bagi pulau itu, sedangkan EU menyokong penyelesaian dalam kerangka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berdasarkan resolusi Majlis Keselamatan yang berkaitan.[50] Resolusi 541 (1983) Majlis Keselamatan PBB menganggap pengisytiharan pemisahan di Cyprus utara sebagai tidak sah dari segi undang-undang dan menyeru negara-negara supaya tidak mengiktiraf mana-mana negara Cyprus selain Republik Cyprus.[63] Pertikaian Cyprus turut mempengaruhi proses penyertaan EU Turki, termasuk sekatan terhadap pembukaan atau penutupan sementara beberapa bab rundingan.[61][62]

Di luar hubungan Euro-Atlantik, dasar luar Turki semakin merangkumi penglibatan diplomatik dan keselamatan di Timur Tengah, Laut Hitam, Kaukasus Selatan dan Asia Tengah. Suruhanjaya Eropah menyifatkan dasar luar Turki dalam laporan 2025 sebagai semakin aktif dan berlapis, dengan peranan serantau yang ketara dalam isu yang melibatkan Syria, Ukraine, Gaza dan Kaukasus Selatan.[50] Hubungan dengan negara-negara berbahasa Turkik pula telah diinstitusikan melalui Pertubuhan Negara-Negara Turkik, yang diasaskan oleh Turki, Azerbaijan, Kazakhstan dan Kyrgyzstan pada 2009.[60]

António Costa, Recep Tayyip Erdoğan dan Ursula von der Leyen bertemu di Sidang Kemuncak NATO 2026 di Ankara
Presiden Majlis Eropah António Costa, Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan dan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen semasa Sidang Kemuncak NATO 2026 di Ankara.

Keanggotaan NATO kekal sebagai tunjang utama dasar keselamatan Turki. Selain menyumbang kepada kegiatan pencegahan, pertahanan dan misi perikatan, Turki menempatkan beberapa kemudahan NATO, termasuk Allied Land Command di İzmir.[64] Ankara menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak NATO 2026 pada 7–8 Julai 2026, ketika para pemimpin negara anggota membincangkan pertahanan kolektif, pelaburan pertahanan, kapasiti industri dan sokongan kepada Ukraine.[65]

Askar Tentera Darat Turki menjalani latihan tembakan semasa latihan NATO Steadfast Defender 2021
Anggota Tentera Darat Turki menjalani latihan tembakan semasa latihan NATO Steadfast Defender 2021 di Romania.

Angkatan Tentera Turki (Türk Silahlı Kuvvetleri, TSK) terdiri terutamanya daripada Tentera Darat Turki, Tentera Laut Turki dan Tentera Udara Turki, dengan Turus Am sebagai struktur pemerintahan tentera pusat. Ketiga-tiga perkhidmatan tersebut berada dalam kerangka pertahanan yang dikendalikan bersama Kementerian Pertahanan Negara.[66] Gendarmerie pula merupakan pasukan penguatkuasaan undang-undang bersenjata yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri Turki,[67] manakala Pengawal Pantai juga berada di bawah kementerian tersebut dan bertanggungjawab terhadap keselamatan, ketenteraman awam dan penguatkuasaan undang-undang di kawasan maritim dalam bidang kuasa Turki.[68]

Perlembagaan membahagikan kuasa berkaitan angkatan tentera antara Presiden dan TBMM. Presiden mewakili jawatan pemerintah tertinggi angkatan tentera bagi pihak TBMM dan mempunyai kuasa untuk memutuskan penggunaan angkatan tentera menurut Perlembagaan. TBMM pula mempunyai kuasa untuk membenarkan pengisytiharan perang serta, tertakluk pada pengecualian perlembagaan dan kewajipan perjanjian antarabangsa, penghantaran angkatan tentera Turki ke luar negara atau penempatan angkatan tentera asing di Turki.[44] Majlis Keselamatan Negara Turki berfungsi sebagai badan perlembagaan yang mengemukakan pandangan kepada Presiden mengenai dasar keselamatan negara; keanggotaannya merangkumi naib presiden, beberapa menteri utama, Ketua Turus Am serta panglima Tentera Darat, Laut dan Udara.[44]

Khidmat tentera wajib masih menjadi sebahagian daripada sistem pertahanan negara. Undang-Undang Pengerahan Tentera No. 7179 terpakai kepada semua warganegara lelaki Turki, dengan pengecualian, penangguhan dan bentuk perkhidmatan tertentu ditetapkan oleh undang-undang. Tempoh khidmat biasa ialah enam bulan bagi anggota berpangkat rendah (er dan erbaş) serta 12 bulan bagi pegawai simpanan dan pegawai tanpa tauliah simpanan.[69] Kementerian Pertahanan Negara mengesahkan bahawa tempoh enam dan 12 bulan tersebut terus digunakan dalam sistem semasa; undang-undang juga menyediakan skim khidmat berbayar (bedelli askerlik) dan beberapa pengaturan khas yang lain.[70]

Sebagai anggota NATO sejak 1952, TSK mengambil bahagian dalam struktur pertahanan kolektif, latihan bersama serta operasi dan misi perikatan. NATO menyatakan pada 2026 bahawa angkatan Turki menyumbang kepada kegiatan pencegahan dan pertahanan di seluruh wilayah perikatan serta kepada operasi dan misi di luar sempadan NATO.[59][71] Peranan ketenteraan Turki dengan itu merangkumi pertahanan wilayah negara, komitmen kepada pertahanan kolektif NATO dan penugasan luar negara yang diluluskan melalui mekanisme perlembagaan Turki.

Pembahagian pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Ibu negara Turki ialah Ankara. Perwilayahan Turki terbahagi kepada 81 wilayah untuk tujuan pentadbiran. Wilayah-wilayah ini dikumpulkan kepada tujuh kawasan untuk tujuan banci; tetapi pembahagian kawasan ini tiada tujuan pentadbiran. Setiap wilayah dibahagikan kepada daerah, iaitu sejumlah 923 daerah.

Ibu wilayah (atau daerah pusat) biasanya sama nama dengan wilayahnya, kecuali wilayah-wilayah Hatay (Antakya), Kocaeli (İzmit) and Sakarya (Adapazarı). Wilayah-wilayah yang teramai penduduknya ialah Istanbul (13 juta), Ankara (5 juta), İzmir (4 juta), Bursa (3 juta) dan Adana (2 juta). [72]

Bandaraya terbesar dan ibu negara pra-Republik, Istanbul, ialah pusat kewangan, ekonomi dan kebudayaan negara.[73] Kira-kira 75.5% penduduk Turki tinggal di kawasan bandaraya utama.[74] Keseluruhannya, 19 wilayah masing-masing diduduki lebih sejuta penduduk, manakala 20 lagi wilayah diduduki antara 500 ribu hingga sejuta penduduk. Hanya dua wilayah yang penduduknya kurang daripada 100,000.

Turki ialah sebuah negara rentas benua yang wilayahnya terletak di Eropah dan Asia. Kira-kira 3% keluasan negara terletak di Trakia Timur di Eropah, manakala selebihnya terletak di Anatolia di Asia. Wilayah Turki terbentang antara kira-kira 36° dengan 42° latitud utara serta 26° dengan 45° longitud timur, dengan keluasan kira-kira 783,600 km².[75] Trakia Timur dipisahkan daripada Anatolia oleh Selat Bosporus, Laut Marmara dan Dardanelles; rangkaian perairan ini menghubungkan Laut Hitam dengan Laut Aegia dan seterusnya Laut Mediterranean. Laut Hitam terletak di utara, Laut Aegia di barat, Laut Mediterranean di selatan dan Laut Marmara di barat laut.[76] Turki berkongsi sempadan darat dengan Yunani dan Bulgaria di barat; Georgia, Armenia, Azerbaijan melalui eksklaf Nakhchivan dan Iran di timur; serta Iraq dan Syria di selatan.[75]

Peta topografi Turki yang menunjukkan variasi ketinggian daratan, dataran tinggi dan kawasan pergunungan.
Peta topografi Turki.

Rupa bumi dan hidrografi

[sunting | sunting sumber]

Anatolia tengah didominasi oleh dataran tinggi pedalaman yang diapit oleh Pergunungan Pontus di utara dan Pergunungan Taurus di selatan. Sistem pergunungan ini mengehadkan pengaruh maritim dari Laut Hitam dan Mediterranean ke kawasan pedalaman. Secara umum, ketinggian daratan meningkat dari barat ke timur dan rupa bumi Anatolia timur jauh lebih tinggi serta bergunung-ganang berbanding bahagian tengah dan barat negara.[77][75]

Gunung Ararat yang dilitupi salji dilihat dari angkasa.
Gunung Ararat (Ağrı Dağı) dilihat dari angkasa.

Di Anatolia timur terletak Gunung Ararat (Ağrı Dağı), puncak tertinggi Turki pada ketinggian 5,137 m.[78] Kawasan tanah tinggi di timur turut menjadi tempat berpuncanya beberapa sungai besar serantau, termasuk Furat, Tigris dan Aras, yang kemudiannya mengalir merentasi sempadan Turki. Kızılırmak ialah sungai terpanjang yang berpunca dan bermuara di dalam negara, dengan panjang 1,151 km. Sebanyak 320 tasik semula jadi telah dikenal pasti di Turki; Tasik Van ialah yang terbesar dengan keluasan kira-kira 3,713 km², diikuti Tasik Tuz pada kira-kira 1,300 km².[75]

Untuk tujuan penghuraian geografi, Turki lazimnya dibahagikan kepada tujuh kawasan, iaitu Marmara, Aegia, Laut Hitam, Anatolia Tengah, Anatolia Timur, Anatolia Tenggara dan Mediterranean. Pembahagian tujuh kawasan ini ditetapkan dalam Kongres Geografi Pertama Turki pada 1941 untuk mengelompokkan wilayah negara berdasarkan ciri geografi dan bukan sebagai peringkat pentadbiran.[79]

Geologi dan seismisiti

[sunting | sunting sumber]

Dari segi tektonik plat, sebahagian besar Anatolia terletak pada blok Anatolia, di antara Plat Eurasia di utara serta Plat Arab dan Plat Afrika di selatan. Penumpuan plat-plat tersebut mendorong blok Anatolia bergerak secara relatif ke arah barat. Pergerakan ini ditampung terutamanya oleh Sesar Anatolia Utara dan Sesar Anatolia Timur, dua sistem sesar gelinciran mendatar utama yang merentasi sebahagian besar negara dan menjadi punca penting seismisiti Turki.[80]

Aktiviti tektonik ini menyebabkan gempa bumi besar berlaku berulang kali dalam sejarah moden negara. Gempa bumi İzmit (Kocaeli) pada 17 Ogos 1999 berlaku pada bahagian barat Sesar Anatolia Utara.[80] Pada 6 Februari 2023, siri gempa bumi besar di selatan Turki melibatkan Sistem Sesar Anatolia Timur serta sesar berdekatan, berhampiran kawasan pertemuan Plat Anatolia, Arab dan Afrika.[81]

Turki terletak di antara zon iklim sederhana dan subtropika. Laut yang mengelilingi negara pada tiga arah, orientasi banjaran gunung, jarak dari laut dan perubahan ketinggian menghasilkan variasi iklim yang ketara antara kawasan pantai dengan pedalaman. Menurut Meteoroloji Genel Müdürlüğü, empat corak iklim utama dapat dibezakan di negara ini, iaitu iklim kebenuaan di pedalaman, iklim Mediterranean di kawasan pantai selatan dan barat, iklim Laut Hitam di utara serta iklim Marmara yang bersifat peralihan.[82]

Pantai Laut Aegia dan Mediterranean mempunyai musim panas yang panas dan kering serta musim sejuk yang sederhana dengan kerpasan yang lebih tinggi. Pantai Laut Hitam pula lebih lembap dan menerima kerpasan sepanjang tahun, dengan jumlah yang jauh lebih tinggi di bahagian timur. Kawasan Marmara mempunyai ciri peralihan antara pengaruh Mediterranean dengan Laut Hitam. Di pedalaman, Pergunungan Pontus dan Taurus mengurangkan pengaruh laut sehingga dataran tinggi Anatolia mengalami iklim yang lebih bersifat kebenuaan, dengan musim panas yang panas dan kering serta musim sejuk yang lebih sejuk dan bersalji. Di Anatolia timur yang lebih tinggi, musim sejuk lebih panjang dan lebih dingin berbanding bahagian lain negara.[77]

Bagi tempoh normal iklim 1991–2020, purata kerpasan tahunan bagi seluruh Turki ialah 573.4 mm.[83] Taburan kerpasan bagaimanapun sangat tidak sekata. Bahagian timur pantai Laut Hitam menerima kira-kira 1,200 hingga 2,500 mm setahun, manakala kawasan sekitar Tasik Tuz di Anatolia Tengah hanya menerima kira-kira 250 hingga 300 mm setahun.[75]

Turki mempunyai ekonomi pasaran yang besar dan terpelbagai, dengan sektor perkhidmatan, perindustrian, pembinaan dan pertanian sebagai komponen utama. Negara ini merupakan salah satu daripada 20 negara pengasas Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) yang menandatangani Konvensyen OECD pada 1960, dan turut menganggotai G20.[84][85] Pada 2025, keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar Turki meningkat sebanyak 3.6%, manakala KDNK per kapita pada harga semasa berjumlah 712,200 lira Turki, bersamaan kira-kira AS$18,040.[86]

Pencakar langit Pusat Kewangan Istanbul di Ataşehir
Pusat Kewangan Istanbul di Ataşehir, Istanbul, pada 2024.

Perkembangan dan dasar ekonomi

[sunting | sunting sumber]

Pada beberapa dekad awal republik, pembangunan ekonomi Turki banyak dipacu oleh negara, termasuk melalui perusahaan milik kerajaan dan dasar penggantian import. Krisis pertukaran asing dan ketidakstabilan ekonomi pada 1970-an mendorong perubahan besar pada 1980. Program penstabilan dan pembaharuan yang dikaitkan dengan Turgut Özal, yang ketika itu mengetuai pasukan ekonomi kerajaan dan kemudian menjadi perdana menteri, meliberalisasikan pasaran pertukaran asing dan perdagangan, menggalakkan eksport serta memperluas peranan sektor swasta. Dasar ini menandakan peralihan secara beransur-ansur daripada strategi perindustrian berorientasikan penggantian import kepada ekonomi yang lebih terbuka kepada perdagangan dan modal antarabangsa.[87]

Walau bagaimanapun, pertumbuhan pada 1980-an dan 1990-an disertai inflasi kronik, ketidakseimbangan fiskal dan kelemahan sektor kewangan. Selepas beberapa episod ketidakstabilan, termasuk krisis pada 1994 dan masalah kewangan pada penghujung 2000, Turki mengalami krisis ekonomi dan perbankan yang teruk pada 2001.[88] Selepas krisis itu, kerajaan melaksanakan pembaharuan sektor perbankan, kewangan awam dan tadbir urus dengan sokongan institusi kewangan antarabangsa.[89] Rejim kadar pertukaran terapung diperkenalkan pada 22 Februari 2001, manakala pindaan kepada undang-undang Bank Pusat Republik Turki pada April tahun yang sama menetapkan kestabilan harga sebagai matlamat utamanya, memberikan kebebasan dalam pemilihan instrumen dasar monetari dan melarang pembiayaan langsung defisit kerajaan oleh bank pusat.[90]

Pertumbuhan ekonomi kekal pesat dalam kebanyakan tempoh selepas krisis 2001, tetapi ketidakseimbangan makroekonomi kembali meningkat pada awal 2020-an. Menurut OECD, dasar monetari dan fiskal yang sangat mengembang pada 2022 dan 2023 menyokong permintaan domestik tetapi turut menyumbang kepada inflasi tinggi, penyusutan nilai lira, kemerosotan rizab antarabangsa bersih dan pelebaran defisit akaun semasa. Selepas pilihan raya Mei 2023, dasar makroekonomi beralih ke arah yang lebih ketat, termasuk peningkatan kadar faedah dan langkah pengukuhan fiskal.[91] Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) menilai bahawa perubahan dasar sejak pertengahan 2023 telah mengurangkan ketidakseimbangan dan risiko krisis, walaupun inflasi masih menjadi cabaran utama.[92]

Inflasi harga pengguna tahunan mencapai 75.45% pada Mei 2024.[93] Selepas itu, kadar tersebut menurun dengan ketara tetapi kekal tinggi, pada 31.51% tahun ke tahun pada Ogos 2026.[94]

Struktur ekonomi

[sunting | sunting sumber]

Peralihan jangka panjang daripada ekonomi yang lebih bergantung pada pertanian kepada industri dan perkhidmatan dapat dilihat dalam struktur pekerjaan. Pada 2025, sektor perkhidmatan merangkumi 59.0% daripada jumlah pekerjaan, diikuti industri sebanyak 20.2%, pertanian 14.0% dan pembinaan 6.8%. Pada tahun yang sama, kadar pengangguran rasmi ialah 8.3%, manakala kadar penyertaan tenaga buruh ialah 53.5%.[95]

Pembuatan merupakan teras perdagangan barangan Turki. Pada 2025, barangan keluaran industri pembuatan membentuk 94.3% daripada jumlah eksport barangan negara. Walaupun Turki mempunyai asas pembuatan yang luas, bahagian produk berteknologi tinggi dalam eksport industri pembuatan ialah 3.8% pada tahun tersebut.[96] Industri automotif merupakan salah satu cabang pembuatan dan eksport yang penting. Pada 2025, kilang di Turki menghasilkan 1,419,464 kenderaan bermotor dan mengeksport 1,057,920 daripadanya; nilai eksport industri automotif pada tahun itu berjumlah AS$41.5 bilion menurut data persatuan industri dan pengeksport Turki.[97]

Pelancongan juga merupakan sektor perkhidmatan yang penting. Pendapatan pelancongan meningkat sebanyak 6.8% pada 2025 kepada AS$65.23 bilion. Pada tahun yang sama, Institut Statistik Turki merekodkan 63.9 juta pelawat yang meninggalkan negara selepas lawatan, termasuk kira-kira 11.2 juta warga Turki yang menetap di luar negara.[98]

Perdagangan dan pelaburan

[sunting | sunting sumber]

Turki mempunyai ekonomi yang sangat terintegrasi dengan pasaran Eropah dan rantaian bekalan antarabangsa. Mengikut sistem perdagangan umum, eksport barangan berjumlah AS$273.36 bilion pada 2025, manakala import berjumlah AS$365.37 bilion, menghasilkan defisit perdagangan barangan sebanyak AS$92.01 bilion.[96] Jerman merupakan pasaran eksport individu terbesar Turki pada tahun tersebut, diikuti United Kingdom, Amerika Syarikat, Itali dan Iraq.[96]

Hubungan perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU) diperkukuh melalui Kesatuan Kastam Kesatuan Eropah–Turki, yang fasa akhirnya mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1996 berdasarkan Keputusan Majlis Persatuan No. 1/95. Kesatuan kastam itu menghapuskan tarif dan sekatan kuantitatif bagi barangan perindustrian yang termasuk dalam skopnya serta menghendaki Turki menyelaraskan beberapa dasar kastam, perdagangan, persaingan dan peraturan teknikal dengan EU; ia tidak merangkumi keseluruhan perdagangan pertanian atau perdagangan perkhidmatan.[99] Pada 2025, perdagangan barangan dua hala EU–Turki melebihi €217.6 bilion. EU merupakan rakan perdagangan barangan terbesar Turki: 42.7% eksport barangan Turki dihantar ke EU dan 35.3% importnya berasal dari blok tersebut.[99]

Pelaburan langsung asing turut memainkan peranan dalam pembiayaan dan pengembangan sektor swasta. Menurut Pejabat Pelaburan dan Kewangan Turki berdasarkan data imbangan pembayaran bank pusat, aliran masuk pelaburan langsung asing berjumlah AS$13.1 bilion pada 2025, meningkat 12.2% berbanding tahun sebelumnya. Perdagangan borong dan runcit serta sektor pembuatan merupakan penerima terbesar aliran tersebut.[100]

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Menurut Sistem Pendaftaran Penduduk Berasaskan Alamat (Turki: Adrese Dayalı Nüfus Kayıt Sistemi, ADNKS) yang dikendalikan oleh Institut Statistik Turki, jumlah penduduk Turki ialah 86,092,168 orang pada 31 Disember 2025, meningkat sebanyak 427,224 orang berbanding setahun sebelumnya. Kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 5.0 bagi setiap 1,000 penduduk.[101] Sebagai perbandingan, banci pertama yang dijalankan oleh Republik Turki pada 1927 merekodkan 13,648,270 penduduk.

Struktur umur penduduk Turki, 2025[101]
Kumpulan umur Peratus
0–14 tahun
  
20.4%
15–64 tahun
  
68.5%
65 tahun ke atas
  
11.1%

Struktur umur penduduk mencerminkan proses penuaan penduduk. Pada 2025, 20.4% penduduk berumur 0 hingga 14 tahun, 68.5% berumur 15 hingga 64 tahun dan 11.1% berumur 65 tahun ke atas, berbanding masing-masing 26.4%, 66.5% dan 7.1% pada 2007. Umur median meningkat kepada 34.9 tahun pada 2025.[101][102]

Perubahan struktur umur berlaku seiring dengan penurunan kadar kesuburan jumlah (TFR), yang mencapai 1.42 anak bagi setiap wanita pada 2025. Kadar tersebut telah berada di bawah paras penggantian penduduk 2.10 anak bagi setiap wanita selama sembilan tahun berturut-turut.[103] Bagi tempoh 2023–2025, jangka hayat ketika lahir ialah 78.5 tahun, iaitu 75.9 tahun bagi lelaki dan 81.1 tahun bagi wanita.

Perubahan petunjuk kesuburan, 2001–2025[103]
Petunjuk 2001 2025
Kadar kesuburan jumlah 2.38 1.42
Kadar kelahiran kasar, bagi setiap 1,000 penduduk 20.3 10.4
Kadar kesuburan remaja, bagi setiap 1,000 wanita berumur 15–19 tahun 49 9

Tahap celik huruf turut meningkat dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Pada 2025, kadar celik huruf dalam kalangan warganegara Turki berumur enam tahun ke atas ialah 97.9%, dengan kadar 99.3% bagi lelaki dan 96.4% bagi wanita.

Kumpulan etnik

[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan Turki menggunakan istilah "Turki" dalam pengertian kewarganegaraan: Perkara 66 menetapkan bahawa setiap orang yang terikat dengan negara Turki melalui ikatan kewarganegaraan ialah orang Turki. Takrif perlembagaan ini tidak sama dengan pengertian Turki sebagai kumpulan etnik. Turki tidak menerbitkan pecahan etnik penduduk dalam banci semasa, dan maklumat rasmi terkini yang setara mengenai bahasa ibunda juga tidak tersedia. Oleh itu, anggaran saiz kumpulan etnik, khususnya kumpulan minoriti, berbeza antara sumber.

Penduduk beretnik Turki membentuk majoriti. Kurdi merupakan kumpulan minoriti etnolinguistik terbesar; kebanyakan anggaran meletakkan bahagiannya pada sekitar 15–20% penduduk, tetapi angka ini bukan hasil banci etnik rasmi. Walaupun penduduk Kurdi secara sejarah banyak tertumpu di bahagian timur dan tenggara negara, penghijrahan dalaman telah mewujudkan komuniti Kurdi yang besar di bandar-bandar di bahagian barat Turki. Kumpulan lain termasuk masyarakat Kaukasia seperti Circassia dan Abkhaz, serta Laz, Arab, Roma, Bosniak, Pomak, Albania, Armenia, Assyria, Yunani (Rum) dan Yahudi.

Kedudukan undang-undang kumpulan minoriti turut dipengaruhi oleh Perjanjian Lausanne 1923, yang memperuntukkan perlindungan terhadap minoriti bukan Islam dalam Perkara 37 hingga 44. Dalam amalan negara Turki, perlindungan minoriti di bawah perjanjian tersebut secara tradisinya dikaitkan terutamanya dengan masyarakat Armenia, Yunani Ortodoks (Rum) dan Yahudi, sedangkan kumpulan lain tidak diberikan status yang sama. Landskap demografi awal republik juga dibentuk oleh pertukaran penduduk antara Greece dan Turki. Konvensyen yang ditandatangani pada 30 Januari 1923 menetapkan pertukaran wajib antara warga Turki beragama Ortodoks Yunani dengan warga Greece beragama Islam mulai 1 Mei 1923, dengan pengecualian tertentu bagi masyarakat Yunani di Konstantinopel dan masyarakat Islam di Thrace Barat.

Pembandaran

[sunting | sunting sumber]
Taburan penduduk mengikut darjah pembandaran, 2025[101]
Jenis kawasan Peratus
Berpenduduk padat
  
67.5%
Kepadatan sederhana
  
15.8%
Berpenduduk jarang
  
16.8%

Turki mempunyai tahap pembandaran yang tinggi, tetapi statistik rasmi menggunakan beberapa takrif ruang yang berbeza. Berdasarkan pembahagian pentadbiran, 93.6% penduduk pada 2025 tinggal di pusat wilayah dan daerah, manakala 6.4% tinggal di pekan kecil dan kampung. Dalam pengelasan berasaskan darjah pembandaran yang mengambil kira kepadatan penduduk, 67.5% penduduk tinggal di kawasan berpenduduk padat, 15.8% di kawasan berkepadatan sederhana dan 16.8% di kawasan berpenduduk jarang. Perbezaan kecil daripada jumlah 100% berpunca daripada pembundaran angka rasmi.[101]

Taburan penduduk sangat tertumpu di beberapa wilayah metropolitan. Pada akhir 2025, Istanbul sahaja menempatkan 18.3% daripada penduduk negara. Lima wilayah yang paling ramai penduduk ialah:[101]

Wilayah paling ramai penduduk di Turki, 2025
Kedudukan Wilayah Penduduk
1 Istanbul 15,754,053
2 Ankara 5,910,320
3 İzmir 4,504,185
4 Bursa 3,263,011
5 Antalya 2,777,677

Pertumbuhan metropolitan ini berkait rapat dengan proses perindustrian dan penghijrahan dalaman yang sejak pertengahan abad ke-20 telah mengalihkan sebahagian besar penduduk dari kawasan luar bandar ke pusat ekonomi dan perkhidmatan utama negara.

 
Bandar terbesar di Turki
Banci 2007[104]
Ked. Wilayah Pop. Ked. Wilayah Pop.
Istanbul
Istanbul
Ankara
Ankara
1IstanbulIstanbul10,861,46311DiyarbakırDiyarbakır613,332 İzmir
İzmir
Bursa
Bursa
2AnkaraAnkara3,842,73712EskişehirEskişehir581,408
3İzmirİzmir2,644,53113ŞanlıurfaŞanlıurfa472,238
4BursaBursa1,537,040
5AdanaAdana1,506,27215SamsunSamsun459,781
6GaziantepGaziantep1,192,02316MalatyaMalatya419,212
7KonyaKonya973,79117AdapazarıSakarya382,226
8AntalyaAntalya877,94518KahramanmaraşKahramanmaraş380,805
9KayseriKayseri775,59419ErzurumErzurum361,160
10MersinMersin692,30020VanVan331,986

Kebudayaan

[sunting | sunting sumber]
Potret Orhan Pamuk
Orhan Pamuk, pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan 2006.

Kebudayaan Turki terbentuk daripada sejarah panjang Anatolia sebagai kawasan pertemuan antara Mediterranean Timur, Eropah Tenggara, Kaukasus, Timur Tengah dan Asia Tengah. Tradisi yang berkembang di wilayah ini mencerminkan warisan pelbagai tamadun Anatolia dan Mediterranean serta hubungan kebudayaan dengan masyarakat Timur dan Barat.[105][106] Selepas kedatangan masyarakat Turkik dan perkembangan kerajaan Seljuk serta Empayar Uthmaniyah, unsur Turkik, Islam dan tradisi tempatan Anatolia berinteraksi dalam bahasa, kesusasteraan, muzik, seni bina, seni hiasan dan kehidupan seharian. Hubungan Uthmaniyah dengan Balkan, Mediterranean dan dunia Islam turut memperluas pertukaran budaya tersebut.

Sejak pembaharuan Tanzimat pada abad ke-19, perubahan politik dan sosial di Empayar Uthmaniyah mempercepat penerimaan institusi dan bentuk budaya moden dari Eropah. Proses ini diteruskan, tetapi juga diubah secara mendalam, selepas penubuhan Republik Turki pada 1923. Pada zaman republik, pembentukan identiti kebangsaan, pemodenan institusi kebudayaan dan pengenalan bentuk seni moden berlaku serentak dengan pengekalan dan penafsiran semula warisan Uthmaniyah dan Anatolia.[107][108] Oleh itu, kebudayaan Turki kontemporari tidak dapat diringkaskan sebagai pertentangan mudah antara unsur "Timur" dan "Barat", sebaliknya merangkumi tradisi serantau, agama, sekular, kebangsaan dan global yang terus berubah.

Kesusasteraan, muzik dan seni persembahan

[sunting | sunting sumber]

Kesusasteraan Turki mempunyai tradisi lisan dan bertulis yang panjang. Pada zaman Uthmaniyah, kesusasteraan Divan berkembang dalam lingkungan istana dan golongan terpelajar serta berkongsi bentuk dan perbendaharaan sastera dengan tradisi Parsi dan Arab. Pada masa yang sama, tradisi rakyat berkembang melalui puisi lisan, cerita, lagu dan golongan aşık, iaitu penyair-penghibur yang lazimnya mengiringi persembahan mereka dengan alat muzik bertali seperti saz.[109]

Perubahan ketara berlaku pada abad ke-19 apabila perkembangan percetakan, penterjemahan dan hubungan intelektual dengan Eropah membantu memperkenalkan bentuk moden seperti novel, drama dan kewartawanan. Proses pembentukan kesusasteraan moden diteruskan pada zaman republik, termasuk melalui penggantian tulisan Arab Uthmaniyah dengan abjad Latin pada 1928 dan pembaharuan bahasa pada dekad-dekad berikutnya.[110] Novel Turki moden menjadi salah satu ruang utama untuk membincangkan perubahan sosial, identiti, sejarah dan hubungan antara tradisi tempatan dengan kemodenan.[111] Antara penulis Turki yang mendapat pengiktirafan antarabangsa ialah Orhan Pamuk, yang dianugerahi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada 2006; Akademi Sweden menonjolkan dalam alasan penganugerahannya cara karya Pamuk meneroka pertembungan dan persilangan budaya.[112]

Muzik Turki juga terdiri daripada pelbagai tradisi serantau dan sejarah. Muzik rakyat Anatolia berbeza mengikut wilayah, manakala tradisi muzik klasik Uthmaniyah berkembang dalam lingkungan istana, institusi keagamaan dan pusat bandar. Dalam zaman republik, pendidikan muzik Barat dan muzik klasik Eropah berkembang seiring dengan kesinambungan muzik rakyat dan klasik Turki; sejak pertengahan abad ke-20, muzik popular pula menyerap pengaruh tempatan dan antarabangsa.[113]

Sinema Turki berkembang menjadi satu lagi bidang kebudayaan yang mendapat perhatian antarabangsa. Pengarah Nuri Bilge Ceylan, misalnya, memenangi Palme d'Or di Festival Filem Cannes 2014 menerusi Winter Sleep.[114] Sejak awal abad ke-21, drama televisyen Turki (dizi) turut menjadi produk budaya transnasional yang penting dan memperoleh khalayak di luar negara, termasuk di Timur Tengah dan Amerika Latin.[115][116]

Seni bina dan seni visual

[sunting | sunting sumber]
Pintu Imperial Istana Dolmabahçe di Istanbul
Pintu Imperial Istana Dolmabahçe di Istanbul.

Warisan seni bina Turki mencerminkan perubahan pemerintahan dan kebudayaan di Anatolia selama berabad-abad. Tinggalan Yunani dan Rom, seni bina Byzantine, bangunan Seljuk dan seni bina Uthmaniyah wujud bersama di banyak kawasan. Seljuk Anatolia terkenal khususnya dengan masjid, madrasah dan karavanserai, sementara seni bina Uthmaniyah mengembangkan bentuk kompleks keagamaan dan awam yang merangkumi masjid, sekolah, tempat mandi, pasar, makam serta kemudahan kebajikan.[117]

Mimar Sinan, ketua jurubina empayar pada abad ke-16, dianggap sebagai tokoh utama zaman klasik seni bina Uthmaniyah. Antara karya terpentingnya ialah Masjid Selimiye di Edirne, yang dianggap UNESCO sebagai kemuncak karya Sinan dan salah satu ungkapan terunggul kompleks külliye Uthmaniyah; masjid dan kompleks sosial tersebut dimasukkan ke dalam Tapak Warisan Dunia pada 2011.[118]

Mulai abad ke-18 dan terutama pada abad ke-19, seni bina Uthmaniyah semakin menyerap unsur seni bina Eropah. Perubahan ini dapat dilihat pada istana dan bangunan rasmi di Istanbul, termasuk Istana Dolmabahçe dan Istana Çırağan.[119] Selepas penubuhan republik, seni bina dan seni visual moden berkait rapat dengan projek pembentukan negara dan pembinaan identiti kebangsaan. Perkembangannya kemudian menjadi semakin pelbagai, dengan modenisme, rujukan terhadap seni bina tempatan dan kecenderungan antarabangsa wujud secara serentak.[120]

Istanbul ialah pusat utama seni kontemporari negara. Biennale Istanbul, yang dianjurkan oleh Yayasan Istanbul untuk Kebudayaan dan Kesenian (İKSV) sejak 1987, menghimpunkan artis dan kurator dari Turki dan luar negara dan menjadi salah satu institusi utama yang menghubungkan dunia seni tempatan dengan rangkaian seni kontemporari antarabangsa.[121]

Warisan budaya dan masakan

[sunting | sunting sumber]
Figur Karagöz dan Hacivat
Figur Karagöz dan Hacivat dalam tradisi teater bayang-bayang Turki.

Sebahagian warisan budaya Turki diteruskan melalui tradisi lisan, upacara, kraftangan dan persembahan masyarakat. Antara unsur dari Turki yang telah dimasukkan ke dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO ialah upacara Sema Mevlevi dan seni penceritaan meddah pada 2008, tradisi penyair âşıklık dan teater bayang-bayang Karagöz pada 2009, budaya dan tradisi kopi Turki pada 2013 serta seni marmar kertas ebru pada 2014.[122] Karagöz secara tradisional menggunakan figura yang digerakkan di hadapan sumber cahaya untuk menghasilkan bayang-bayang pada layar, dengan persembahan yang menggabungkan dialog komedi, muzik, puisi dan permainan bahasa.[123]

Masakan Turki turut mencerminkan kepelbagaian geografi dan sejarah negara. Amalan pemakanan berbeza mengikut kawasan, iklim dan hasil tempatan, manakala interaksi antara Asia dan Anatolia serta tradisi dapur istana Seljuk dan Uthmaniyah turut mempengaruhi pembentukannya. Bijirin, sayur-sayuran, daging, kekacang, produk tenusu, hidangan berasaskan minyak zaitun dan pastri merupakan antara unsur yang luas penggunaannya, tetapi cara penyediaan dan hidangan tempatan berbeza dengan ketara dari satu wilayah ke wilayah yang lain.[124] Makanan dan minuman juga mempunyai fungsi sosial dalam sambutan, perayaan dan upacara keluarga. Kopi Turki, misalnya, dikaitkan dengan adat keramahan dan pergaulan serta disenaraikan UNESCO sebagai warisan budaya tidak ketara pada 2013.[125]

Bola sepak merupakan sukan yang paling popular di Turki.[126] Kelab Istanbul Galatasaray, Fenerbahçe dan Beşiktaş mempunyai antara penyokong dan rekod domestik paling menonjol. Galatasaray mencatat kejayaan terbesar sebuah kelab Turki dalam pertandingan Eropah apabila memenangi Piala UEFA dan kemudian Piala Super UEFA 2000, sekali gus menjadi kelab Turki pertama yang memenangi trofi utama UEFA.[127]

Pasukan bola sepak kebangsaan Turki mencatat pencapaian terbaiknya di Piala Dunia FIFA dengan menduduki tempat ketiga pada 2002.[128] Di Kejohanan Eropah UEFA, Turki mara ke separuh akhir pada 2008 dan suku akhir pada 2024.[129] Pada Piala Dunia FIFA 2026, negara itu kembali ke pusingan akhir selepas ketiadaan selama 24 tahun, tetapi tersingkir pada peringkat kumpulan selepas tewas kepada Australia dan Paraguay sebelum menewaskan Amerika Syarikat dalam perlawanan terakhirnya.[130] Turki dan Itali telah dipilih sebagai penganjur bersama UEFA Euro 2032, yang akan menjadi kali pertama Turki menjadi tuan rumah perlawanan pusingan akhir Kejohanan Eropah.[131]

Bola keranjang dan bola tampar juga mempunyai kedudukan penting dalam budaya sukan Turki. Pasukan bola keranjang kebangsaan Turki menjadi naib juara EuroBasket 2001, Kejohanan Dunia FIBA 2010 yang dianjurkan di Turki, dan EuroBasket 2025. Pencapaian pada 2025 menyamai rekod terbaik Turki dalam EuroBasket selepas 24 tahun.[132] Dalam bola tampar wanita, pasukan kebangsaan wanita muncul sebagai kuasa utama antarabangsa pada dekad 2020-an. Turki menjadi naib juara Kejohanan Dunia Bola Tampar Wanita FIVB 2025 selepas tewas kepada Itali dalam perlawanan akhir,[133] dan pada 6 September 2026 mempertahankan gelaran Eropah yang dimenanginya pada 2023 dengan menewaskan Itali dalam perlawanan akhir di Istanbul.[134]

Antara tradisi sukan paling tersendiri di negara ini ialah yağlı güreş, atau gusti minyak. Kırkpınar, festival gusti minyak tahunan yang diadakan di Edirne, menampilkan ahli gusti atau pehlivan yang bertanding dengan memakai seluar kulit dan menyapu minyak pada badan. UNESCO memasukkan Festival Gusti Minyak Kırkpınar ke dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan pada 2010.[135]

Turki turut mempunyai tradisi kukuh dalam angkat berat. Naim Süleymanoğlu dan Halil Mutlu masing-masing memenangi tiga pingat emas Olimpik, menjadikan mereka antara sebilangan kecil pengangkat berat yang pernah menjadi juara Olimpik sebanyak tiga kali.[136]

Dalam sukan bermotor, Grand Prix Turki mula menyertai kalendar Formula Satu di Taman Istanbul pada 2005. Perlumbaan itu kemudiannya diadakan secara berselang, dengan edisi terakhir sebelum tempoh terbaharu berlangsung pada 2020 dan 2021. Pada April 2026, Formula Satu mengumumkan bahawa Grand Prix Turki akan kembali pada 2027 menerusi perjanjian lima tahun yang menjamin perlumbaan di Taman Istanbul sehingga 2031.[137]

  1. ↑ Lihat mengenai penggalakkannya
  2. ↑ juga: Republik Türkiye
  1. 1 2 "The Results of Address Based Population Registration System, 2022". Turkish Statistical Institute. 31 December 2022. Dicapai pada 6 February 2023.
  2. 1 2 3 4 "World Economic Outlook Database, October 2023 Edition. (Türkiye)". IMF.org. International Monetary Fund. 10 October 2023. Dicapai pada 10 October 2023.
  3. ↑ "Gini index (World Bank estimate) – Turkey". World Bank. 2019. Dicapai pada 15 November 2021.
  4. ↑ "Human Development Report 2021/2022" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 8 September 2022. Dicapai pada 8 September 2022.
  5. ↑ Universiti Sabancı (2005). "Geografi Turki". Universiti Sabancı. Dicapai pada 13 Disember 2006.
  6. ↑ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "Ataturk"
  7. 1 2 3 4 5 Jay Shaw, Stanford (1977). History of the Ottoman Empire and Modern Turkey. Cambridge University Press. ISBN 0-5212-9163-1. {{cite book}}: Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  8. 1 2 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (3 Julai 2006). "Pertumbuhan keahlian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1945-2005)". Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dicapai pada 30 Oktober 2006. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Turkey_UN" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  9. ↑ Pertubuhan Persidangan Islam (2006). "Keahlian OIC". OIC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-02-21. Dicapai pada 30 Oktober 2006.
  10. ↑ OECD (2006). "Keahlian OECD". OECD. Dicapai pada 30 Oktober 2006.
  11. ↑ Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (2005). "Negara-negara peserta OSCE". OSCE. Dicapai pada 30 Oktober 2006.
  12. ↑ Majlis Eropah (27 Oktober 2006). "Turki dan Majlis Eropah". Majlis Eropah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-02-23. Dicapai pada 30 Oktober 2006.
  13. ↑ NATO. "Yunani dan Turki menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara". NATO. Dicapai pada 30 Oktober 2006.
  14. ↑ Turkish Sekretariat Turki untuk Hal-ehwal Kesatuan Eropah. "Kronologi hubungan Turki-Kesatuan Eropah". Sekretariat Turki untuk Hal-ehwal Kesatuan Eropah. Dicapai pada 30 Oktober 2006.
  15. ↑ Harper, Douglas (2001). "Turk". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 2011-5-24. {{cite web}}: Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  16. ↑ Di sisi kanan Corona Græca dalam Mahkota Suci Hungary, terdapat gambar Raja Hungary Géza I (1074–1077), dengan tulisan dalam bahasa Yunani Byzantium: "ΓΕΩΒΙΤZΑC ΠΙΣΤΟC ΚΡΑΛΗC ΤΟΥΡΚΙΑC" (Geōvitzas pistós králēs Tourkías, yang bermaksud "Géza I, raja setia bumi Turki"). Nama Byzantium yang sezaman untuk bangsa Hungary ialah "Turki".
  17. ↑ Jenkins, Romilly James Heald (1967). De Administrando Imperio by Constantine VII Porphyrogenitus. Corpus fontium historiae Byzantinae (ed. New, revised). Washington, D.C.: Dumbarton Oaks Center for Byzantine Studies. ISBN 0884020215. Menurut Constantine Porphyrogenitus yang menulis dalam De Administrando Imperio (ca. 950 M) "Patzinakia, alam Pecheneg, terbentang ke barat sejauh Sungai Siret (ataupun kiga Pergunungan Karpatos Timur), dan jaraknya empat hari dari Tourkias (iaitu Hungary)."
  18. ↑ "Exports to be labeled 'Made in Türkiye'". Hürriyet Daily News. 6 December 2021. Dicapai pada 11 April 2022.
  19. ↑ "Genelge 2021/24 Marka Olarak Türkiye İbaresinin Kullanımı" [Surat Pekeliling Presiden No. 2021/24 mengenai Penggunaan Jenama "Türkiye"] (PDF). Resmî Gazete (dalam bahasa Turki). 4 December 2021. Dicapai pada 11 April 2022.
  20. ↑ "Why Turkey is now 'Turkiye', and why that matters". TRT World. 13 December 2021. Dicapai pada 11 April 2022.
  21. ↑ Thissen, Laurens (2001-11-23). "Time trajectories for the Neolithic of Central Anatolia" (PDF). CANeW – Central Anatolian Neolithic e-Workshop. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2007-06-05. Dicapai pada 2006-12-21. {{cite journal}}: Cite journal requires |journal= (bantuan); Unknown parameter |deadurl= ignored (|url-status= suggested) (bantuan)
  22. ↑ Balter, Michael (2004-02-27). "Search for the Indo-Europeans: Were Kurgan horsemen or Anatolian farmers responsible for creating and spreading the world's most far-flung language family?". Science. 303 (5662): 1323. doi:10.1126/science.303.5662.1323. PMID 14988549.
  23. ↑ "Ziyaret Tepe - Turkey Archaeological Dig Site". .uakron.edu. Dicapai pada 2010-09-04.
  24. ↑ "Assyrian Identity In Ancient Times And Today'" (PDF). Dicapai pada 2010-09-04.
  25. ↑ The Metropolitan Museum of Art, New York (2000). "Anatolia and the Caucasus, 2000–1000 B.C. in Timeline of Art History.". New York: The Metropolitan Museum of Art. Dicapai pada 2006-12-21. {{cite web}}: Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  26. ↑ Hooker, Richard (1999-06-06). "Ancient Greece: The Persian Wars". Washington State University, WA, United States. Dicapai pada 2006-12-22.
  27. ↑ The Metropolitan Museum of Art, New York (2000). "Anatolia and the Caucasus (Asia Minor), 1000 B.C. – 1 A.D. in Timeline of Art History.". New York: The Metropolitan Museum of Art. Dicapai pada 2006-12-21. {{cite web}}: Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  28. ↑ Daniel C. Waugh (2004). "Constantinople/Istanbul". University of Washington, Seattle, WA. Dicapai pada 2006-12-26.
  29. ↑ Wink, Andre (1990). Al Hind: The Making of the Indo Islamic World, Vol. 1, Early Medieval India and the Expansion of Islam, 7th–11th Centuries. Brill Academic Publishers. ISBN 90-04-09249-8.
  30. ↑ Mango, Cyril (2002). The Oxford History of Byzantium. Oxford University Press, USA. ISBN 0-19-814098-3.
  31. 1 2 Kinross, Patrick (1977). The Ottoman Centuries: The Rise and Fall of the Turkish Empire. Morrow. ISBN 0-6880-3093-9.
  32. ↑ Kirk, George E. (2008). A Short History of the Middle East. Brill Academic Publishers. m/s. 58. ISBN 1443725684.
  33. ↑ "FACT SHEET: ARMENIAN GENOCIDE". University of Michigan. Dicapai pada 2010-07-15.
  34. ↑ Totten, Samuel, Paul Robert Bartrop, Steven L. Jacobs (eds.) Dictionary of Genocide. Greenwood Publishing Group, 2008, p. 19. ISBN 0-313-34642-9.
  35. ↑ Bloxham, D. The great game of genocide: imperialism, nationalism, and the destruction of the Ottoman Armenians. Oxford University Press, 2005, p. 150
  36. ↑ Levene, Mark (1998). Creating a Modern "Zone of Genocide": The Impact of Nation- and State-Formation on Eastern Anatolia, 1878–1923, Holocaust and Genocide Studies, Volume 12, Number 3 Winter 1998, pp. 393–433. (abstract).
  37. ↑ Ferguson, Niall (2006). The War of the World: Twentieth-century Conflict And the Descent of the West, Penguin Press, p. 180
  38. 1 2 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "Atatürk"
  39. ↑ Huston, James A. (1988). Outposts and Allies: U.S. Army Logistics in the Cold War, 1945–1953. Susquehanna University Press. ISBN 0-9416-6484-8.
  40. ↑ "Timeline: Cyprus". British Broadcasting Corporation. 2006-12-12. Dicapai pada 2006-12-25.
  41. ↑ Hale, William Mathew (1994). Turkish Politics and the Military. Routledge, UK. ISBN 0-4150-2455-2.
  42. ↑ "Turkey's PKK peace plan delayed". BBC. 2009-11-10. Dicapai pada 2010-02-06.
  43. ↑ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "80sLiberalization"
  44. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 "Türkiye Cumhuriyeti Anayasası" (dalam bahasa Turki). Türkiye Cumhuriyeti Anayasa Mahkemesi. Dicapai pada 9 September 2026.
  45. ↑ "Anayasa Değişikliği Halkoylaması Sonuç Tutanağı" (PDF) (dalam bahasa Turki). Yüksek Seçim Kurulu. 27 April 2017. Dicapai pada 9 September 2026.
  46. ↑ "Türkiye Cumhuriyeti Anayasasında Değişiklik Yapılmasına Dair Kanun". Resmî Gazete (dalam bahasa Turki). 11 February 2017. Dicapai pada 9 September 2026.
  47. ↑ "Karar No: 2023/1269" (PDF) (dalam bahasa Turki). Yüksek Seçim Kurulu. 1 June 2023. Dicapai pada 9 September 2026.
  48. ↑ "Those concerned by Türkiye's growing strength cannot deter us" (dalam bahasa Inggeris). The Republic of Türkiye Directorate of Communications. 7 September 2026. Dicapai pada 9 September 2026.
  49. 1 2 3 "Türkiye Büyük Millet Meclisi ile İlgili Kanunlar" (PDF) (dalam bahasa Turki). Türkiye Büyük Millet Meclisi, Kanunlar ve Kararlar Başkanlığı. July 2024. Dicapai pada 9 September 2026.
  50. 1 2 3 4 Türkiye 2025 Report (PDF) (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). European Commission. 4 November 2025. SWD(2025) 756 final. Dicapai pada 9 September 2026.
  51. ↑ "Bakan Selçuk: "Kadınlarımız, Kurtuluş Savaşı'nda 15 Temmuz'da Milli İradeye ve İstikbalimize Nasıl Sahip Çıktılarsa, Bizler de Aynı Cesaretle Geleceğe Yürüyeceğiz"" (dalam bahasa Turki). T.C. Aile, Çalışma ve Sosyal Hizmetler Bakanlığı. 5 December 2019. Dicapai pada 9 September 2026.
  52. ↑ "Milletvekili Seçimi Kanunu ile Bazı Kanunlarda Değişiklik Yapılmasına Dair Kanun". Resmî Gazete (dalam bahasa Turki). 6 April 2022. Dicapai pada 9 September 2026.
  53. ↑ "Karar No: 2023/1255" (PDF) (dalam bahasa Turki). Yüksek Seçim Kurulu. 30 May 2023. Dicapai pada 9 September 2026.
  54. ↑ "Türkiye's 2023 general elections: ODIHR election observation mission final report" (dalam bahasa Inggeris). OSCE Office for Democratic Institutions and Human Rights. 29 September 2023. Dicapai pada 9 September 2026.
  55. 1 2 "6216 Sayılı Anayasa Mahkemesinin Kuruluşu ve Yargılama Usulleri Hakkında Kanun" (dalam bahasa Turki). Türkiye Cumhuriyeti Anayasa Mahkemesi. Dicapai pada 9 September 2026.
  56. ↑ "The UN in Türkiye" (dalam bahasa Inggeris). United Nations in Türkiye. Dicapai pada 9 September 2026.
  57. ↑ "Türkiye" (dalam bahasa Inggeris). OECD. Dicapai pada 9 September 2026.
  58. ↑ "Türkiye" (dalam bahasa Inggeris). Council of Europe. Dicapai pada 9 September 2026.
  59. 1 2 "Türkiye and NATO" (dalam bahasa Inggeris). NATO. Dicapai pada 9 September 2026.
  60. 1 2 "Organization of Turkic States" (dalam bahasa Inggeris). Organization of Turkic States. Dicapai pada 9 September 2026.
  61. 1 2 3 "Türkiye" (dalam bahasa Inggeris). European Commission, Directorate-General for Enlargement and Eastern Neighbourhood. Dicapai pada 9 September 2026.
  62. 1 2 "Türkiye" (dalam bahasa Inggeris). Council of the European Union. Dicapai pada 9 September 2026.
  63. ↑ "Security Council resolution 541 (1983) [Cyprus]" (dalam bahasa Inggeris). United Nations Security Council. 18 November 1983. Dicapai pada 9 September 2026 – melalui Refworld.
  64. ↑ "Notes on the host: Türkiye and NATO over the years" (dalam bahasa Inggeris). NATO. 1 July 2026. Dicapai pada 9 September 2026.
  65. ↑ "2026 NATO Summit in Ankara" (dalam bahasa Inggeris). NATO. 8 July 2026. Dicapai pada 9 September 2026.
  66. ↑ "MSB | T.C. Millî Savunma Bakanlığı" (dalam bahasa Turki). T.C. Millî Savunma Bakanlığı. Dicapai pada 9 September 2026.
  67. ↑ "Hakkımızda" (dalam bahasa Turki). Jandarma Genel Komutanlığı. Dicapai pada 9 September 2026.
  68. ↑ "Turkish Coast Guard Command" (dalam bahasa Inggeris). Turkish Coast Guard Command. Dicapai pada 9 September 2026.
  69. ↑ "Askeralma Kanunu". Resmî Gazete (dalam bahasa Turki). 26 June 2019. Dicapai pada 9 September 2026.
  70. ↑ "Yeni Askeralma Sistemi" (dalam bahasa Turki). T.C. Millî Savunma Bakanlığı. Dicapai pada 9 September 2026.
  71. ↑ "Notes on the host: Türkiye and NATO over the years" (dalam bahasa Inggeris). NATO. 1 July 2026. Dicapai pada 9 September 2026.
  72. ↑ Turkish Statistical Institute (2021). "TUIK Geographic Statistics Portal". Turkish Statistical Institute. Dicapai pada 2021-07-13.
  73. ↑ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "USLC_TRGeo"
  74. ↑ Turkish Statistical Institute (2010). "2009 Census, population living in cities". Turkish Statistical Institute. Dicapai pada 2010-01-25.
  75. 1 2 3 4 5 "Toprak Su Kaynakları" (dalam bahasa Turki). Devlet Su İşleri Genel Müdürlüğü. Dicapai pada 9 September 2026.
  76. ↑ "Nature et Géographie" (dalam bahasa Perancis). T.C. Kültür ve Turizm Bakanlığı. Dicapai pada 9 September 2026.
  77. 1 2 Sensoy, Serhat; Demircan, Mesut; Ulupınar, Yusuf. "Climate of Turkey" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Turkish State Meteorological Service. Dicapai pada 9 September 2026.
  78. ↑ "Ağrı Dağı" (dalam bahasa Turki). Ağrı Valiliği. 14 September 2020. Dicapai pada 9 September 2026.
  79. ↑ Tuncel, Metin (2011). "Birinci Coğrafya Kongresi'nde Türkiye Coğrafi Bölgelerinin isimlendirilmesi, sınırlarının tespiti ve günümüze etkileri". Türk Coğrafya Dergisi (dalam bahasa Turki) (57): 1–10. doi:10.17211/tcd.58046.
  80. 1 2 Implications for earthquake risk reduction in the United States from the Kocaeli, Turkey, earthquake of August 17, 1999 (Laporan). U.S. Geological Survey Circular. U.S. Geological Survey. 2000. doi:10.3133/cir1193. Dicapai pada 9 September 2026.
  81. ↑ Earthquake Hazards Program (6 March 2023). "Frequently Asked Questions about 2023 Earthquakes in Türkiye". U.S. Geological Survey. Dicapai pada 9 September 2026.
  82. ↑ "Türkiye İklimi" (dalam bahasa Turki). Meteoroloji Genel Müdürlüğü. Dicapai pada 9 September 2026.
  83. ↑ 2022 Yılı İklim Değerlendirmesi (PDF) (Laporan) (dalam bahasa Turki). Meteoroloji Genel Müdürlüğü. Februari 2023. Dicapai pada 9 September 2026.
  84. ↑ "Türkiye" (dalam bahasa Inggeris). Organisation for Economic Co-operation and Development. Dicapai pada 9 September 2026.
  85. ↑ "Energy on the World Stage: Two Decades of G20 Transformation" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). G20 South Africa. 2025. Dicapai pada 9 September 2026.
  86. ↑ "Quarterly Gross Domestic Product, Quarter IV: October-December, 2025" (dalam bahasa Inggeris). Turkish Statistical Institute. 2 March 2026. Dicapai pada 9 September 2026.
  87. ↑ World Bank (2014). Turkey's Transitions: Integration, Inclusion, Institutions (PDF) (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). Washington, D.C.: World Bank Group. Dicapai pada 9 September 2026.
  88. ↑ Organisation for Economic Co-operation and Development (2002). OECD Reviews of Regulatory Reform: Turkey 2002 (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). OECD Publishing. Dicapai pada 9 September 2026.
  89. ↑ "Turkey" (dalam bahasa Inggeris). International Monetary Fund. 2002. Dicapai pada 9 September 2026.
  90. ↑ "Our History" (dalam bahasa Inggeris). Central Bank of the Republic of Türkiye. Dicapai pada 9 September 2026.
  91. ↑ Organisation for Economic Co-operation and Development (10 April 2025). OECD Economic Surveys: Türkiye 2025 (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). OECD Publishing. doi:10.1787/d01c660f-en. Dicapai pada 9 September 2026.
  92. ↑ "IMF Executive Board Concludes 2025 Article IV Consultation with Türkiye" (dalam bahasa Inggeris). International Monetary Fund. 13 February 2026. Dicapai pada 9 September 2026.
  93. ↑ "Consumer Price Index, May 2024" (dalam bahasa Inggeris). Turkish Statistical Institute. 3 June 2024. Dicapai pada 9 September 2026.
  94. ↑ "Consumer Price Index, August 2026" (dalam bahasa Inggeris). Turkish Statistical Institute. 3 September 2026. Dicapai pada 9 September 2026.
  95. ↑ "Labour Force Statistics, 2025" (dalam bahasa Inggeris). Turkish Statistical Institute. 25 March 2026. Dicapai pada 9 September 2026.
  96. 1 2 3 "Foreign Trade Statistics, December 2025" (dalam bahasa Inggeris). Turkish Statistical Institute. 30 January 2026. Dicapai pada 9 September 2026.
  97. ↑ "2025 Sonuçları Açıklandı!" (dalam bahasa Turki). Otomotiv Sanayii Derneği. 19 January 2026. Dicapai pada 9 September 2026.
  98. ↑ "Tourism Statistics, Quarter IV: October-December and Annual, 2025" (dalam bahasa Inggeris). Turkish Statistical Institute. 30 January 2026. Dicapai pada 9 September 2026.
  99. 1 2 "EU trade relations with Türkiye" (dalam bahasa Inggeris). European Commission, Directorate-General for Trade and Economic Security. Dicapai pada 9 September 2026.
  100. ↑ "Türkiye Attracts USD 13.1 Billion in FDI in 2025" (dalam bahasa Inggeris). Investment and Finance Office of the Presidency of the Republic of Türkiye. 18 February 2026. Dicapai pada 9 September 2026.
  101. 1 2 3 4 5 6 "The Results of Address Based Population Registration System, 2025" (dalam bahasa Inggeris). Turkish Statistical Institute. 2026-02-09. Dicapai pada 2026-09-09.
  102. ↑ "Elderly Statistics, 2025" (dalam bahasa Inggeris). Turkish Statistical Institute. 2026. Dicapai pada 2026-09-09.
  103. 1 2 "Birth Statistics, 2025" (dalam bahasa Inggeris). Turkish Statistical Institute. 2026-05-21. Dicapai pada 2026-09-09.
  104. ↑ http://report.tuik.gov.tr/
  105. ↑ "Culture" (dalam bahasa Inggeris). Ministry of Culture and Tourism, Republic of Türkiye. Dicapai pada 9 September 2026.
  106. ↑ "Translation and Publication Grant Programme of Türkiye (TEDA)" (dalam bahasa Inggeris). Ministry of Culture and Tourism, Republic of Türkiye. Dicapai pada 9 September 2026.
  107. ↑ Kaya, Ibrahim (2004). Social Theory and Later Modernities: The Turkish Experience. Liverpool University Press. doi:10.5949/UPO9781846314094. ISBN 9780853238881.
  108. ↑ Bozdoğan, Sibel (2008). "Art and architecture in modern Turkey: the Republican period". Dalam Kasaba, Reşat (penyunting). The Cambridge History of Turkey. Jil. 4. Cambridge University Press. m/s. 419–471. doi:10.1017/CHOL9780521620963.017. ISBN 9780521620963.
  109. ↑ "Turkish Literature" (dalam bahasa Inggeris). Ministry of Culture and Tourism, Republic of Türkiye. Dicapai pada 9 September 2026.
  110. ↑ Ertürk, Nergis (2011). Grammatology and Literary Modernity in Turkey. Oxford University Press. doi:10.1093/acprof:oso/9780199746682.001.0001. ISBN 9780199746682.
  111. ↑ Göknar, Erdağ (2008). "The novel in Turkish: narrative tradition to Nobel prize". Dalam Kasaba, Reşat (penyunting). The Cambridge History of Turkey. Jil. 4. Cambridge University Press. m/s. 472–503. doi:10.1017/CHOL9780521620963.018. ISBN 9780521620963.
  112. ↑ "The Nobel Prize in Literature 2006 – Press release" (dalam bahasa Inggeris). Nobel Prize Outreach. 12 October 2006. Dicapai pada 9 September 2026.
  113. ↑ "Turkish Music Culture and Examples" (dalam bahasa Inggeris). Ministry of Culture and Tourism, Republic of Türkiye. Dicapai pada 9 September 2026.
  114. ↑ "Winter Sleep" (dalam bahasa Inggeris). Festival de Cannes. Dicapai pada 9 September 2026.
  115. ↑ Yeşil, Bilge (2024). "Promoting Turkish History and Civilization: Television Dramas and Muslim Audiences". Talking Back to the West: How Turkey Uses Counter-Hegemony to Reshape the Global Communication Order. University of Illinois Press. m/s. 114–135. doi:10.5622/illinois/9780252045899.003.0006. ISBN 9780252045899.
  116. ↑ Wagner, María Celeste; Kraidy, Marwan M. (2023). "Watching Turkish television dramas in Argentina: entangled proximities and resigned agency in global media flows". Journal of Communication. 73 (4): 304–315. doi:10.1093/joc/jqad001.
  117. ↑ Goodwin, Godfrey (1987). A History of Ottoman Architecture. Thames & Hudson. ISBN 9780500274293.
  118. ↑ "Selimiye Mosque and its Social Complex" (dalam bahasa Inggeris). UNESCO World Heritage Centre. Dicapai pada 9 September 2026.
  119. ↑ Goodwin, Godfrey (1987). A History of Ottoman Architecture. Thames & Hudson. ISBN 9780500274293.
  120. ↑ Bozdoğan, Sibel (2008). "Art and architecture in modern Turkey: the Republican period". Dalam Kasaba, Reşat (penyunting). The Cambridge History of Turkey. Jil. 4. Cambridge University Press. m/s. 419–471. doi:10.1017/CHOL9780521620963.017. ISBN 9780521620963.
  121. ↑ "History" (dalam bahasa Inggeris). Istanbul Biennial, Istanbul Foundation for Culture and Arts. Dicapai pada 9 September 2026.
  122. ↑ "Türkiye" (dalam bahasa Inggeris). UNESCO Intangible Cultural Heritage. Dicapai pada 9 September 2026.
  123. ↑ "Karagöz" (dalam bahasa Inggeris). UNESCO Intangible Cultural Heritage. Dicapai pada 9 September 2026.
  124. ↑ "Culinary Culture" (dalam bahasa Inggeris). Ministry of Culture and Tourism, Republic of Türkiye. Dicapai pada 9 September 2026.
  125. ↑ "Turkish coffee culture and tradition" (dalam bahasa Inggeris). UNESCO Intangible Cultural Heritage. Dicapai pada 9 September 2026.
  126. ↑ "The UEFA Congress held in İstanbul" (dalam bahasa Inggeris). Turkish Football Federation. Dicapai pada 9 September 2026.
  127. ↑ "2000 Super Cup: Jardel doubles up for Galatasaray" (dalam bahasa Inggeris). UEFA. Dicapai pada 9 September 2026.
  128. ↑ "World Cup winners from 1982, 1986, 1990, 1994, 1998, 2002, 2006, 2010, 2014, 2018, 2022 and 2026" (dalam bahasa Inggeris). FIFA. Dicapai pada 9 September 2026.
  129. ↑ "UEFA European Championship records: Türkiye" (dalam bahasa Inggeris). UEFA. Dicapai pada 9 September 2026.
  130. ↑ "FIFA World Cup 2026: Final tournament standings" (dalam bahasa Inggeris). FIFA. Dicapai pada 9 September 2026.
  131. ↑ "Hosts appointed for UEFA EURO 2028 and 2032" (dalam bahasa Inggeris). UEFA. 10 October 2023. Dicapai pada 9 September 2026.
  132. ↑ "Ataman named Best Coach of FIBA EuroBasket 2025" (dalam bahasa Inggeris). FIBA. Dicapai pada 9 September 2026.
  133. ↑ "Italy continue to dominate and claim the world title" (dalam bahasa Inggeris). Volleyball World. 7 September 2025. Dicapai pada 9 September 2026.
  134. ↑ "Sultans of the Net delight record crowd to retain EuroVolley crown and qualify for LA28" (dalam bahasa Inggeris). European Volleyball Confederation. 6 September 2026. Dicapai pada 9 September 2026.
  135. ↑ "Kırkpınar oil wrestling festival" (dalam bahasa Inggeris). UNESCO Intangible Cultural Heritage. Dicapai pada 9 September 2026.
  136. ↑ "IWF120y/68 – 2004: Halil Mutlu (TUR) enters a very 'exclusive' club" (dalam bahasa Inggeris). International Weightlifting Federation. 19 April 2025. Dicapai pada 9 September 2026.
  137. ↑ "Formula 1 returns to Türkiye's Istanbul Park from 2027 as part of new five-year agreement" (dalam bahasa Inggeris). Formula 1. 24 April 2026. Dicapai pada 9 September 2026.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]