Pergi ke kandungan

Twenty One Pilots

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Twenty One Pilots
Dun dan Joseph membuat persembahan di Southside Festival di Jerman, 2022
Maklumat latar belakang
AsalColumbus, Ohio, A.S.
Genre
Alat muzikUkulele, piano, drum kit (en) Terjemah, suara, pensintesis dan Alat perkusi Sunting nilai ini di Wikidata
Tahun aktif2009–kini
Diskografi
Senarai karya terkenal Karya terkenal
The Line (mul) Terjemah
The Line (mul) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Syarikat rakaman
Anggota semasa
Bekas anggota
  • Chris Salih
  • Nick Thomas
Pautan berkaitan
Tapak sesawangtwentyonepilots.com
Pautan lainIMDB: nm5809539 Facebook: twentyonepilots Twitter: twentyonepilots Instagram: twentyonepilots Youtube: UCBQZwaNPFfJ1gZ1fLZpAEGw Youtube: twentyonepilots TikTok: twentyonepilots Souncloud: twentyonepilots Spotify: 3YQKmKGau1PzlVlkL1iodx Apple Music: 349736311 Deezer: 647650 Tidal: 4664877 Last fm: Twenty+One+Pilots Musicbrainz: a6c6897a-7415-4f8d-b5a5-3a5e05f3be67 Songkick: 3123851 Discogs: 3128936 Allmusic: mn0002398414 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Twenty One Pilots[a] ialah sebuah duo muzik Amerika dari Columbus, Ohio. Kumpulan ini dibentuk pada tahun 2009 oleh vokalis utamanya Tyler Joseph bersama Nick Thomas dan Chris Salih, yang kedua-duanya meninggalkan kumpulan ini pada tahun 2011. Sejak pemergian mereka, Twenty One Pilots terdiri daripada Tyler Joseph dan pemain dram Josh Dun. Duo ini paling dikenali dengan single mereka "Stressed Out", "Ride", dan "Heathens", yang mencapai kejayaan komersial sekitar tahun 2015 dan 2016. Duo ini menerima Anugerah Grammy untuk Persembahan Pop Duo/Kumpulan Terbaik di Anugerah Grammy Tahunan ke-59 untuk "Stressed Out".

Kumpulan ini melancarkan sendiri dua buah album, Twenty One Pilots (2009) dan Regional at Best (2011), sebelum ditandatangani oleh syarikat rakaman Fueled by Ramen pada tahun 2012. Album pertama mereka di bawah label tersebut, Vessel (2013), menjadi album kedua dalam sejarah yang setiap runut menerima sekurang-kurangnya satu pensijilan emas.

Duo ini mencapai kejayaan bulusan dengan album keempat mereka, Blurryface (2015), yang menghasilkan hit-hit single "Stressed Out" dan "Ride" dan menjadi album pertama yang mana setiap runut menerima sekurang-kurangnya satu pensijilan emas daripada Persatuan Industri Rakaman Amerika. Pelancaran "Heathens" juga menjadikan kumpulan ini artis alternatif pertama dalam sejarah yang mempunyai dua single lima teratas pada masa yang serentak dalam Billboard Hot 100 dan artis rock ketiga dalam sejarah yang mempunyai dua single secara serentak berada dalam carta lima teratas Billboard Hot 100, menyertai taraf the Beatles dan Elvis Presley.

Duo ini telah melancarkan empat lagi album studio, Trench (2018), Scaled and Icy (2021), Clancy (2024), dan Breach (2025). Mereka juga telah mengumpul 12 lagu nombor satu di carta Alternative Airplay, menyamai Foo Fighters untuk tempat kelima terbanyak.[2][3]

Nama, ikonografi dan peminat

[sunting | sunting sumber]
Logo Twenty One Pilots sejak 2024

Menurut kumpulan ini, tujuan mereka menghasilkan muzik ialah "untuk membuat orang berfikir" dan menggalakkan mereka mencari kegembiraan dalam apa yang mereka percayai dalam hidup.[4] Nama dan falsafah kumpulan Twenty One Pilots berasal daripada sumber kesusasteraan.[5][6] Antara nama kumpulan yang pernah ditolak termasuk “Bicycle Thief” dan “Chill Coat”, satu permainan kata berdasarkan nama peguam kumpulan itu, Jeff Chilcoat.[7][8][9] Joseph mendapat nama dan makna kumpulan daripada membaca drama teater tahun 1947 All My Sons, oleh dramawan Amerika Arthur Miller.[9][5]

Dalam cerita itu, protagonis utama ialah seorang kontraktor pertahanan bernama Joe Keller yang membina bahagian kapal terbang untuk pesawat tentera.[6][9] Setelah mendapati sebahagiannya rosak dan akan gagal jika digunakan, dia mesti memutuskan sama ada untuk menarik balik bahagian itu atau tidak.[9][5] terpaksa memilih sama ada membelanjakan wangnya untuk membaiki bahagian rosak itu atau meneruskan penghantaran seperti biasa.[9] Walaupun dia ingin melakukan perkara yang betul, Keller takut kehilangan sumber kewangan kerana perlu menanggung keluarganya, lalu dia tetap menghantar bahagian tersebut ke Eropah semasa Perang Dunia II.[5][6] Akibat keputusannya, dua puluh satu juruterbang terkorban. Pada akhir drama, Keller membunuh diri.[5]

Joseph menjelaskan bahawa tema dilema moral dalam kisah itu, antara memilih jalan mudah atau jalan yang benar, sangat menyentuh dirinya dan mengilhamkan nama serta pembentukan kumpulan tersebut.[4][10][9] Ia menunjukkan Joseph bahawa setiap keputusan yang dibuatnya akan mempunyai hasil yang besar atau akibat yang buruk.[9] Joseph menyatakan,

"Kita sentiasa berhadapan dengan pilihan. Banyak kali, pilihan yang betul memerlukan lebih usaha, lebih masa untuk nampak hasilnya; jalannya panjang. Kita tahu untuk sampai ke tempat yang kita mahu dan melakukan apa yang kita impikan, kadang-kadang kita perlu buat perkara yang kita tak rasa nak buat. Ia perlukan kerja keras, dan nama kumpulan ini sentiasa jadi peringatan tentang hal itu."[5]

Bekas ahli Twenty One Pilots, Chris Salih, menyatakan dalam satu temu bual bahawa Mark Eshleman, rakan lama dan pengarah kreatif kumpulan itu, mencipta logo kumpulan dengan "bereksperimen dengan bentuk". Joseph mendapati susunannya mempunyai makna peribadi yang kuat dengannya.[11][12]

Logo Skeleton Clique

Fandom kumpulan ini telah digelar Skeleton Clique (Konco Rangka) atau ringkasnya The Clique, merujuk kepada penggunaan ikonografi rangka oleh kumpulan itu dalam pelbagai persembahan, grafik, dan video muzik. The Clique dilambangkan sebagai ikon rasmi kumpulan itu dengan logo kepala tengkorak dan kepala makhluk asing di atas garisan yang menyerupai kunci.[13] Pada November 2016, semasa Emotional Roadshow World Tour, stesen kereta api bawah tanah Wood Green di London dihiasi dengan karya seni berkaitan The Clique, meliputi lebih 100 panel iklan;[14] satu pameran seni awam bertajuk Artopia yang mempamerkan karya berkaitan Clique turut diadakan di Nationwide Arena sebagai sebahagian daripada siri persembahan Tour De Columbus yang menutup jelajah itu pada Jun 2017.[15]

Menurut Dun, "Kami dahulu membuat pertunjukan hardcore, pertunjukan hip hop, tiada siapa tahu di mana nak letak kami. Tapi kami anggap pertunjukan langsung sebagai cara untuk membina sesuatu daripada tiada apa."[5] Duo ini biasanya membuat persembahan dengan trek papan kekunci yang telah dirakam terlebih dahulu dan rentak yang diprogramkan, bukannya kumpulan penuh.[16] Namun, Dun turut bermain set dram secara langsung sambil mengaktifkan trek iringan rakaman tersebut.[6] Beliau sering menyelangi persembahannya dengan aksi akrobatik seperti libasan belakang.[16][6] Sementara itu, Tyler Joseph memakai topeng dan kadangkala cat badan ketika beraksi rap dan menyanyi.[16][6] Dalam beberapa persembahan, Joseph memakai kimono bunga di atas pentas. Dun menyatakan, "Kami rasa agak sempoi, baru dan berbeza memakai topeng di atas pentas, tetapi memang, orang keliru."[5]

Ahli kumpulan

[sunting | sunting sumber]

Semasa

  • Tyler Joseph – vokal utama, papan kekunci, piano, pensintesis, sampel, bes, ukulele, pengaturcaraan, gitar (2009–kini)
  • Josh Dun – dram, perkusi, pengaturcaraan, trompet, papan kekunci, vokal latar (2011–kini)

Bekas

  • Chris Salih – dram, perkusi, vokal latar (2009–2011)
  • Nick Thomas – bes, gitar, papan kekunci, vokal latar (2009–2011)

Jelajah[17][18]

  • Skyler Acord – bes (2021–2023)
  • Todd Gummerman – papan kekunci, gitar, vokal latar (2021–2023)
  • Paul Meany – produksi pentas, papan kekunci, vokal latar (2021–2023)
  • Dan Geraghty – gitar (2021–2023)
  • Jesse Blum – trompet, papan kekunci (2021–2023) (penampilan lain; 2014, 2019–2020)
  • Kenyon Dixon – vokal latar (2021)
  • Danielle Withers – vokal latar (2021)

Garis masa

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

Konsert jelajah

[sunting | sunting sumber]

Sebagai kumpulan utama

[sunting | sunting sumber]

Sebagai pembuka persembahan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Digayakan dalam semua huruf kecil sebagai twenty one pilots, twenty øne piløts atau twenty | one | pilots, dan disingkatkan secara serupa (tøp atau TØP)[1]
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama AMbio
  2. ^ Greenwood, Koltan (May 6, 2020). "Twenty One Pilots are the first to achieve this chart feat in two years". Alternative Press. Diarkibkan daripada yang asal pada April 1, 2022. Dicapai pada March 7, 2024.
  3. ^ Rutherford, Kevin (July 25, 2025). "Twenty One Pilots Score 12th Alternative Airplay No. 1 With 'The Contract'". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada July 25, 2025. Dicapai pada August 19, 2025.
  4. ^ a b "About twenty one pilots". Diarkibkan daripada yang asal pada March 15, 2015. Dicapai pada February 1, 2013.
  5. ^ a b c d e f g h Lopez, Korina (February 10, 2014). "StudioA: Meet Indie Rockers Twenty One Pilots". USA Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Disember 2020. Dicapai pada February 10, 2018.
  6. ^ a b c d e f Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama BigNew
  7. ^ "Episode 09 – Chris Salih". The Twenty One Pilots Podcast on SoundCloud. Archived from the original on October 31, 2020. Retrieved January 19, 2018.
  8. ^ Toney, Jordan (August 24, 2017). "Founding Twenty One Pilots member Chris Salih opens up about band". Alternative Press. Diarkibkan daripada yang asal pada April 29, 2018. Dicapai pada October 29, 2017.
  9. ^ a b c d e f g Campbell, Jay (March 14, 2012). "Interview: Twenty One Pilots". Woub. Diarkibkan daripada yang asal pada October 20, 2014. Dicapai pada March 8, 2024.
  10. ^ Tolentino, Jia (August 24, 2016). "The Slippery Appeal of the Biggest New Band in America". The New Yorker. Diarkibkan daripada yang asal pada October 11, 2016. Dicapai pada August 25, 2016.
  11. ^ "Episode 09 – Chris Salih". The Twenty One Pilots Podcast on SoundCloud. Diarkibkan daripada yang asal pada October 31, 2020. Dicapai pada January 19, 2018.
  12. ^ Medina, John (March 7, 2012). "Get to know our locals: Twenty One Pilots". Sound Scene Press. Diarkibkan daripada yang asal pada May 22, 2012.
  13. ^ Chatterjee, Kika (June 2, 2015). "Skeleton Clique and Blurryface art". Alternative Press. Diarkibkan daripada yang asal pada September 17, 2017. Dicapai pada February 16, 2017.
  14. ^ Wilson-Taylor, James (November 9, 2016). "Twenty One Pilots Just Turned A London Tube Station Into A Clique Fan Art Gallery". Pop Buzz. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Disember 2020. Dicapai pada July 27, 2018.
  15. ^ Sayce, Rob (June 16, 2017). "Twenty One Pilots are holding their own art show". Rock Sound. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Disember 2020. Dicapai pada October 4, 2017.
  16. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Wilson
  17. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Billboard
  18. ^ @vignettemal (March 26, 2024). ".@Skyduck64 are y'all rejoining us on this tour?" (Twit) – melalui Twitter. Acord, Skyler [@Skyduck64] (March 27, 2024). "not this time!" (Twit) – melalui Twitter.
  19. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Challenger! and Twenty One Pilots
  20. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama neufutur.com
  21. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama top40-charts.com
  22. ^ "twenty one pilots: Regional at Best Tour Part 01 (Episode 06 – Regional at Best: The Web Series)". August 26, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada December 28, 2020. Dicapai pada February 10, 2018 – melalui YouTube.
  23. ^ "Twenty One Pilots Mostly November Tour". Diarkibkan daripada yang asal pada December 28, 2020. Dicapai pada February 16, 2017.
  24. ^ "Mtv Artist To Watch Presents 'Trip For Concerts Spring 2013'". Diarkibkan daripada yang asal pada October 30, 2019. Dicapai pada October 30, 2019.
  25. ^ Arsenault, Nici (September 17, 2013). "Twenty One Pilots Expand "Trip For Concerts – Autum 2013"'". Substream Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada August 9, 2020. Dicapai pada October 30, 2019.
  26. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama self tour
  27. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama idobi tour
  28. ^ "Watch twenty one pilots have a blast at Disney World while on tour". Alternative Press. November 30, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada December 6, 2022. Dicapai pada March 5, 2024.
  29. ^ "Tour". twenty one pilots' Official Website. Diarkibkan daripada yang asal pada March 8, 2017. Dicapai pada May 9, 2016.
  30. ^ Haskoor, Michael (October 28, 2015). "Twenty One Pilots Announce Huge Arena Tour, 2016's 'Emotional Roadshow'". Music Times. Diarkibkan daripada yang asal pada December 28, 2020. Dicapai pada May 10, 2015.
  31. ^ Payne, Chris (May 9, 2016). "Twenty One Pilots Announces Emotional Roadshow World Tour: See Dates Here". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada January 3, 2017. Dicapai pada May 9, 2016.
  32. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama The Bandito Tour
  33. ^ Childers, Chad (June 16, 2021). "Twenty One Pilots Announce 2021 'Takeover Tour' Dates With Multi-Night Stops". Loudwire. Diarkibkan daripada yang asal pada October 17, 2023. Dicapai pada March 5, 2024.
  34. ^ Bowenbank, Starr (November 19, 2021). "Twenty One Pilots Announce Icy Tour Dates for 2022: Details". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada July 15, 2023. Dicapai pada March 5, 2024.
  35. ^ "twenty one pilots: Can't Help Falling In Love (Cover)". August 21, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada September 25, 2018. Dicapai pada October 15, 2018 – melalui YouTube.
  36. ^ Whitt, Cassie (May 13, 2013). "Twenty One Pilots added to Fall Out Boy arena tour". Alternative Press. Diarkibkan daripada yang asal pada August 3, 2016. Dicapai pada May 19, 2013.
  37. ^ "Twenty One Pilots Save Rock and Roll Tour Setlist". Infectious Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada February 12, 2018. Dicapai pada February 11, 2018.
  38. ^ "Paramore post behind the scenes look at the making of their self-titled album". Alternative Press. August 8, 2013. Dicapai pada March 5, 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]