Twice

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Twice
180717 열린음악회 트와이스 02.jpg
Latar belakang
Berasal dariKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2015 (2015)–sekarang
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
JYP Nation
Laman sesawang
Ahli

Twice (Hangul트와이스; Bahasa Jepun: トゥワイス) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh JYP Entertainment melalui rancangan realiti Sixteen pada tahun 2015. Kumpulan ini terdiri daripada sembilan orang ahli: Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu. Kumpulan ini membuat debut pada 20 Oktober 2015 menerusi album mini, The Story Begins.[1]

Twice mula dikenali pada tahun 2016 menerusi lagu "Cheer Up" yang menduduki tempat pertama di dalam Carta Digital Gaon. Lagu ini juga memenangi Lagu Terbaik Tahunan di Anugerah Muzik Melon dan Anugerah Muzik Asia Mnet. Lagu "TT" dari album mini, Twicecoaster: Lane 1 menduduki tempat pertama selama empat minggu berturut-turut. Album mini tersebut merupakan merupakan album kumpulan K-pop wanita yang paling laris pada tahun 2016 dengan 350,852 salinan terjual. Kumpulan ini membuat debut rasmi di Jepun pada 28 Jun 2017 di bawah Warner Music Japan menerusi pengeluaran album kompilasi #Twice.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

2013–2015: Pra-debut: Permulaan latihan dan SIXTEEN dan debut dengan The Story Begins[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Disember 2013, JYP Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan menubuhkan sebuah kumpulan wanita baru semasa separuh pertama tahun 2014 yang merupakan kumpulan wanita pertama daripada label rakaman ini sejak miss A pada tahun 2010.[2] Pada 27 Februari 2014, pelatih JYP, Lena dan Cecilia telah disahkan sebagai ahli kumpulan ini manakala desas-desus ahli lain termasuk Nayeon, Jeongyeon, Jisoo (tukar nama kepada Jihyo) dan Minyoung.[3][4] Selepas Cecilia meninggalkan label rakaman ini, pelatih JYP, Sana menggantikan tempat beliau. Lena meninggalkan label rakaman ini ketika 6mix hampir membuat debut mereka sekaligus membatalkan rancangan tersebut.

Pada 11 Februari 2015, Park Jin-young mengumumkan bahawa ahli kumpulan wanita tujuh ahli JYP yang akan datang akan ditentukan melalui pertandingan Sixteen yang disiarkan menerusi saluran Mnet pada tahun itu.[5] Pertandingan ini bermula pada 5 Mei dan berakhir dengan Nayeon, Sana, Dahyun, Chaeyoung, Mina, Jihyo dan Jeongyeon diumumkan sebagai ahli Twice. Park kemudiannya mengumumkan bahawa dia akan menambah saiz kumpulan ini daripada tujuh ahli kepada sembilan dengan menambah Tzuyu dan Momo.

Pada 7 Oktober 2015, JYP Entertainment melancarkan laman sesawang rasmi Twice dan mengumumkan melalui SNS bahawa kumpulan ini akan membuat debut menerusi album mini, The Story Begins dan lagu "Like Ooh-Ahh". Video muzik lagu dan album ini dikeluarkan pada 20 Oktober. Kumpulan ini mengadakan persembahan secara langsung pada hari yang sama dimana mereka mempersembahkan kesemua lagu daripada album mini tersebut. Video muzik lagu ini mencapai 50 juta tontonan dalam tempoh lima bulan sejak debut mereka dan menjadi salah satu daripada video muzik debut paling banyak ditonton untuk mana-mana kumpulan K-pop.[6] Pada 27 Disember, kumpulan ini mempersembahkan versi remix lagu single mereka "Like Ooh-Ahh" di SBS Gayo Daejeon. Ia merupakan kehadiran pertama Twice dalam program muzik akhir tahun.

2016–2017: Page Two, Twicecoaster: Lane 1, Twicecoaster: Lane 2, Signal, #Twice, Twicetagram dan Merry & Happy[sunting | sunting sumber]

Album mini kedua Twice, Page Two dikeluarkan pada 25 April 2016. Album ini mengandungi lagu utama "Cheer Up", sebuah buatan semula lagu Park Ji-yoon, "Precious Love" dan lagu "I'm Gonna Be A Star" yang berperanan sebagai lagu tema untuk Sixteen.[7] Twice memenangi anugerah program muzik pertama mereka menerusi lagu "Cheer Up" pada 5 Mei 2016 dalam M! Countdown, genap setahun selepas siaran asal Sixteen. Ia disusuli dengan kemenangan dalam Music Bank dan Inkigayo.[8][9] Setakat bulan Ogos, Page Two telah dilaporkan terjual sebanyak 150,000 salinan, menjadikan mereka kumpulan wanita pertama untuk mempunyai jualan album lebih daripada 100,000 salinan pada tahun 2016.[10]

Twice pada tahun 2016

Pada 23 September, Twice mengumumkan warna rasmi mereka iaitu Aprikot dan Neon Magenta.[11] Pada 19 Oktober, Twice mendedahkan lampu rasmi mereka yang diberi nama "Candy Bong", inspirasi dari lagu "Candy Boy", sebuah lagu dari album mini pertama mereka.[12] Sebagai sambutan ulang tahun pertama sejak debut Twice, kumpulan ini mendedahkan lagu baru mereka bertajuk "One in a Million" melalui Naver V Live pada 20 Oktober.[13] Twicecoaster: Lane 1 dan vdieo muzik lagu "TT" dikeluarkan pada 24 Oktober.[14][15]

Pada 11 November, video muzik "Like Ooh-Ahh" mencapai 100 juta tontonan di YouTube, menjadikan Twice kumpulan K-pop wanita keempat untuk mencapai 100 juta tontonan serta video muzik debut pertama untuk mana-mana kumpulan K-Pop untuk melakar pencapaian ini. Enam hari kemudian, video muzik "Cheer Up" mencapai 100 juta tontonan.[16][17] Pada 19 November, lagu "Cheer Up" memenangi kategori Lagu Terbaik Tahunan di Anugerah Muzik Melon ke–8. Ia disusuli dengan kemenangan di Anugerah Muzik Asia Mnet ke–18 pada 2 Disember.[18][19] Pada 19 Disember, Twice mengeluarkan edisi Krismas Twicecoaster: Lane 1.[20] Pada 3 Januari 2017, video muzik untuk lagu "TT" mencapai 100 juta tontonan sekaligus menjadikan ia video muzik dari kumpulan K-pop terpantas untuk berbuat demikian dan memecahkan rekod mereka sendiri yang dicapai menerusi lagu "Cheer Up".[21] Pada tahun yang sama, "TT" juga menjadi video muzik pertama dari sebuah kumpulan K-pop wanita untuk mencapai 200 juta tontonan.[22]

Pada 10 Januari, JYP Entertainment mengumumkan jelajah konsert solo pertama Twice. Konsert Twice 1st Tour: Twiceland The Opening berlangsung pada 17 sehingga 19 Februari di Stadium Bola Baling SK Olympic.[23] Twice mengeluarkan sebuah album istimewa pada 20 Februari bertajuk Twicecoaster: Lane 2 bersama lagu utama "Knock Knock".[24] Album ini terjual sebanyak 266,645 unit pada bulan Februari 2017.[25]

Twice membuat persembahan pada tahun 2017

Twice melancarkan laman sesawang Bahasa Jepun mereka dan saluran media sosial yang lain pada awal bulan Februari. Pada 24 Februari, mereka secara rasminya mengumumkan debut mereka di Jepun bersama sebuah album kompilasi bertajuk #Twice dijadual dikeluarkan pada 28 Jun 2017.[26] Pada 1 Mei, Twice mengesahkan pengeluaran album mini keempat mereka bertajuk Signal bersama lagu utama dengan tajuk yang sama diterbitkan oleh Park Jin-young.[27] Ini menandakan kolaborasi pertama mereka bersama Park. Album mini ini bersama video muzik lagu "Signal" dikeluarkan pada 15 Mei. Album mini ini mengandungi enam lagu termasuk "Eye Eye Eyes" yang ditulis oleh Jihyo dan Chaeyoung serta "Only You" yang ditulis oleh bekas ahli kumpulan Wonder Girls, Ha:tfelt.

Pada 14 Jun, Twice mengeluarkan secara digital lagu "Signal (versi Bahasa Jepun)" bersama versi pendek video muzik lagu ini. Seminggu kemudian, mereka mengeluarkan versi penuh video muzik lagu "TT" (versi Bahasa Jepun).[28] Mereka secara rasminya membuat debut di Jepun menerusi pengeluaran album #Twice pada 28 Jun. Ia mengandungi sepuluh lagu termasuk kedua-dua versi Bahasa Korea dan Jepun untuk lima lagu pertama mereka.[29] #Twice menduduki tempat kedua di dalam Carta Album Oricon dengan 136,157 salinan album terjual dalam tempoh tujuh hari selepas ia dikeluarkan. Pada bulan September, kumpulan ini mengumumkan pengeluaran lagu Bahasa Jepun pertama mereka, "One More Time" yang dikeluarkan pada 18 Oktober.[30]

Twice mengeluarkan album penuh pertama mereka, Twicetagram pada 30 Oktober bersama lagu utama bertajuk "Likey". Video muzik untuk lagu ini telah dirakam di Kanada pada awal bulan September.[31] Lagu "Likey" digubah oleh Black Eyed Pilseung dan Jeon Gun. Beberapa komposer dan penulis lagu juga mengambil bahagian dalam album ini termasuk ahli Twice dan bekas ahli Wonder Girls, Hyerim yang menggubah lagu "Look at Me".[32] Buatan semula inspirasi Krismas untuk Twicetagram bertajuk Merry & Happy bersama lagu utama, "Heart Shaker" dikeluarkan pada 11 Disember.[33]

Pada 16 November, pengumuman rasmi dibuat melalui sidang media di Tokyo bahawa kumpulan ini akan membuat debut di Kōhaku Uta Gassen ke–68, sebuah rancangan muzikal akhir tahun di Jepun yang diterbitkan oleh NHK.[34] Ia berlangsung di Dewan NHK pada 31 Disember dimana Twice mempersembahan versi Bahasa Jepun lagu "TT". Mereka merupakan artis Korea pertama untuk menghadiri acara tersebut dalam tempoh enam tahun terakhir dan kumpulan K-Pop keempat selepas TVXQ, Kara dan Girls' Generation.[35][36][37]

2018–2019: What Is Love?, Summer Night, BDZ, Yes or Yes, The Year of "Yes", Fancy You, Feel Special dan &Twice[sunting | sunting sumber]

Lagu Bahasa Jepun kedua Twice bertajuk "Candy Pop" dikeluarkan pada 7 Februari. Kumpulan ini juga melangsungkan jelajah konsert pertama mereka di Jepun bertajuk Twice Showcase Live Tour 2018 "Candy Pop" bermula pada 19 Januari di Wilayah Aichi.[38][39] Pada 9 April, kumpulan ini mengeluarkan album mini kelima mereka, What Is Love? bersama lagu dengan tajuk yang sama diterbitkan oleh Park Jin-young. Lagu Bahasa Jepun ketiga Twice, "Wake Me Up" dikeluarkan pada 16 Mei dan Twice 2nd Tour: Twiceland Zone 2 – Fantasy Park bermula di Seoul pada 18–20 Mei.[40][41][40]

Twice mempersembahkan sebuah buatan semula lagu The Jackson 5, "I Want You Back" sebagai lagu tema filem Jepun, Sensei Kunshu. Lagu ini dikeluarkan pada 15 Jun bersama video muzik.[42][43] Pada bulan Julai, sebuah buatan semula album mini What Is Love? bertajuk Summer Nights bersama lagu utama, "Dance the Night Away" dikeluarkan.

Pada 12 September, Twice mengeluarkan album studio Bahasa Jepun pertama mereka, BDZ. Lagu utama album ini dengan tajuk yang sama dikeluarkan lebih awal pada 17 Ogos.[44][45] Ia diikuti dengan lawatan konsert mereka yang diberi nama Twice 1st Arena Tour 2018 "BDZ", bermula di Chiba pada bulan 29 September 2018.[46] Album studio itu diperakui platinum oleh RIAJ; ia merupakan sijil platinum kelima berturut-turut di Jepun.[47] Twice mengeluarkan album mini keenam mereka, Yes or Yes , pada 5 November 2018 dengan single utama dengan nama yang sama.[48][49][50] Video muzik "Yes or Yes" mencapai 31.4 juta tontonan di YouTube dalam 24 jam pertama dan menjadi debut YouTube ketujuh 24 jam terbesar sepanjang masa.[51][52][53]

Twice mengeluarkan album khas bertajauk The Year of "Yes" pada 12 Disember 2018, bersama dengan single utamanya "The Best Thing I Ever Did", sebagai penerbitan semula Yes or Yes.[54] Kumpulan ini juga mengeluarkan repackage dari album BDZ dengan "Stay by My Side" lagu tema drama televisyen Jepun Shinya no Dame Koi Zukan, pada 26 Disember 2018. "Stay by My Side " dirilis sebagai single digital pada 22 Oktober 2018 bersama dengan video di belakang layar yang menunjukkan Twice merakam lagu.[55] Pada 6 Mac 2019, mereka mengeluarkan album kompilasi Jepun kedua mereka #Twice2.[56]

Twice menjadi wanita K-pop pertama yang mengadakan Japanese dome tour, yang diberi nama Twice Dome Tour 2019 "#Dreamday". Jelajah ini mengumpulkan jumlah penonton 220,000 semasa lima pertunjukan di Osaka, Tokyo dan Nagoya, dan diadakan dari Mac hingga April 2019. Semua tiket habis terjual dalam satu minit.[57][58][59] Pada 22 April 2019, mereka mengeluarkan album mini ketujuh mereka Fancy You.[60][61] Video muzik untuk "Fancy" mendapat lebih dari 42.1 juta tontonan dalam satu hari ia juga mencapai kedudukan ketujuh dalam senarai debut terbesar YouTube selama 24 jam pertama.[62] Perilisan Fancy You menjadikan Twice kumpulan wanita Korea paling laris sepanjang masa dengan sejumlah 3,750,000 salinan terjual dari dua belas keluaran Korea mereka, melepasi rekod berusia dua puluh tahun S.E.S..[63]

Twice di the 2019 Golden Disk Awards (Chaeyoung, Jihyo, Momo, Nayeon, Mina, Dahyun, Tzuyu, Jeongyeon, Sana)

Pada 12 Jun 2019, Twice mengeluarkan dua single digital jepun, "Happy Happy" dan "Breakthrough".[64][65] Pada 17 Julai 2019, JYP Entertainment mengumumkan tambahan jelajah Jepun setelah mencapai puluhan ribu peminat di Asia Tenggara dan Amerika Utara dalam Twicelights Tour.[66][67][68] Mereka mengadakan dua belas konsert di tujuh bandar Jepun dari Oktober hingga Februari 2020.[69] Pada tarikh yang sama, "Happy Happy" dikeluarkan secara fizikal dan diikuti dengan "Breakthrough" pada minggu berikutnya.[64] Kedua-dua single itu mendapat sijil platinum dari RIAJ.[70]

Twice mengeluarkan album mini kelapan mereka Feel Special pada 23 September 2019, bersama dengan video muzik untuk single utama dengan nama yang sama yang dihasilkan oleh Park Jin-young.[71][72] Single ini mendapat scored group second number one di the Billboard World Digital Song Sales. "Feel Special" juga meningkatkan populariti kumpulan itu di Amerika Utara ketika single ini muncul di Canadian Hot 100 di nombor 82 entri pertama kumpulan di carta - menjadikan Twice sebagai kumpulan wanita K-pop ketiga dan K-pop kesembilan act untuk muncul di carta.[73] Pada 30 September 2019, Twice memecahkan rekod penjualan album minggu pertama mereka sendiri dengan Feel Special.[74] Twice mengeluarkan album studio Jepun kedua mereka &Twice pada 20 November 2019 dengan Single utamanya "Fake & True" telah dikeluarkan sebelum ini sebagai single digital pada 18 Oktober 2019.[75][76][77]

Pada tahun 2019, Twice menjual lebih dari satu juta album di Gaon, mencapai prestasi ini untuk tiga tahun berturut-turut.[78][79] In Japan, Twice surpassed 5 billion yen worth of record sales in 2019.[80] Kumpulan ini adalah artis asing terlaris dan menduduki tempat keempat keseluruhan dalam kategori Artist Sales Peringkat ke-52 Peringkat Tahunan Oricon.[80] di Billboard Japan, Twice juga menduduki tempat kelima dalam kategori Artis Teratas pada peringkat akhir tahun 2019.[81] Mereka menduduki tempat teratas selama tiga tahun berturut-turut.[82] Kumpulan ini juga menjadi the fifth most streamed act di Spotify di negara ini.[83][84]

2020: More & More[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Oktober 2019, kumpulan ini menambah dua perhentian dalam lawatan dunia mereka "Twicelights" di Tokyo Dome.[85][86][87] Jelajah yang disebut "Twicelights World Tour Finale" sepatutnya diadakan di Seoul pada 7 dan 8 Mac 2020 di KSPO Dome[88] tetapi akhirnya dibatalkan kerana Pandemik COVID-19.[89] Pada 24 Februari, diumumkan bahawa kumpulan ini telah menandatangani kontrak dengan Republic Records untuk promosi di Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada kerjasama JYP Entertainment dengan agensi tersebut.[90] Siri dokumentari Twice: Seize the Light ialah siri di mana kita mengikuti para anggota sepanjang perjalanan mereka bergelar sebagai seorang pelatih hingga ke lawatan dunia pertama mereka "Twicelights". Siri ini merangkumi sembilan episod dan tayangan perdana pada 29 April di YouTube Originals.[91] On April 20, it was reported that the group was preparing to release a new Korean album in June.[92] Album mini kesembilan kumpulan ini More & More dikeluarkan pada 1 Jun dengan single utama dengan nama yang sama.[93] Album mini ini mencatatkan lebih daripada 550,000 penjualan di Gaon dan menjadikannya bukan sahaja album terlaris Twice setakat ini, tetapi juga album kumpulan wanita terlaris di Korea Selatan dalam 20 tahun.[94] Album mini ini memulakan debutnya di nombor 200 di Billboard 200 dan menjadikan Twice sebagai kumpulan wanita Korea Selatan keempat yang memasuki carta, setelah Girls' Generation, 2NE1 dan Blackpink. Twice juga memasuki the Billboard Artist 100 untuk pertama kalinya, memulakan debutnya di nombor 96.[95][96]

Ahli[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Korea[sunting | sunting sumber]

Album Jepun[sunting | sunting sumber]

Konsert dan jelajah[sunting | sunting sumber]

Jelajah
  • Twice 1st Tour: Twiceland – The Opening (2017)
  • Twice Showcase Live Tour 2018 "Candy Pop" (2018)
  • Twice 2nd Tour: Twiceland Zone 2 – Fantasy Park (2018)
  • Twice Arena Tour 2018 (2018)
  • Twice World Tour 2019 "Twicelights" (2019)


Konsert
  • Twice Debut Showcase "Touchdown in Japan" (2017)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lee, Nancy. "[Video] Twice Enters Girl Group Competition with ′Like OOH-AHH′". Mwave. CJ E&M Corp. Dicapai pada 20 Oktober 2015.
  2. ^ Yoon, Seong-yeol. "[단독] JYP, 역대급미모 新걸그룹 출격..'내년 상반기·6인조'". Star News (dalam bahasa Korea). Star News. Dicapai pada 7 Julai 2015.
  3. ^ Yoon, Seong-yeol. "[단독]'선미 피처링' 리나, JYP新걸그룹 데뷔..미모·실력 겸비". Naver (dalam bahasa Korea). Star News. Dicapai pada 7 Julai 2015.
  4. ^ Kim, Jae-heun. "K-pop mogul wants severe competition for girl band". The Korea Times. The Korea Times. Dicapai pada 7 Julai 2015.
  5. ^ Yoo, Ji-hye. "[단독] Mnet-JYP 손잡았다...걸그룹 제작 프로 론칭". Naver (dalam bahasa Korea). MBN. Dicapai pada 7 Julai 2015.
  6. ^ "TWICE's music video hits 50 million". Yonhap News. Yonhap News Agency. 4 April 2016. Dicapai pada 10 April 2016.
  7. ^ Jung, Eun-jin. "Twice to move on to 'Page Two'". The Korea Herald. Herald Corporation. Dicapai pada 25 April 2015.
  8. ^ Yoon, Jun-pil. "'엠카운트다운' 트와이스, 1위 수상 "'식스틴' 첫 방송 1주년…1위 주셔서 감사"". TenAsia (dalam bahasa Korea). Korea Entertainment Media. Dicapai pada 5 Mei 2016.
  9. ^ Yoon, Jun-pil. "인기가요' 트와이스, '치어 업'으로 1위…지상파 2연속 1위". TenAsia (dalam bahasa Korea). Korea Entertainment Media. Dicapai pada 8 Mei 2016.
  10. ^ Chu, Yanchingsally. "TWICE Sells 150,000 Records!". BNT News. BNT News International. Dicapai pada 17 Ogos 2016.
  11. ^ "TWICE OFFICIAL COLORS". JYP Fan's. JYP Entertainment. Dicapai pada 2 Oktober 2016.
  12. ^ "TWICE reveal their official 'Candy Bong' light stick". SBS PopAsia. Dicapai pada 19 Oktober 2016.
  13. ^ Jeon, Won. "트와이스 사나, 1주년 기념 파티서 눈물 "옛날 생각나"". Naver (dalam bahasa Korea). My Daily. Dicapai pada 20 Oktober 2016.
  14. ^ "TWICE reveals highlights of its new EP 'TWICEcoaster: Lane 1'". Yonhap. Yonhap News Agency. Dicapai pada 24 Oktober 2016.
  15. ^ "TWICE's new EP bets on cheerful vibe". Yonhap. Yonhap News Agency. Dicapai pada 24 Oktober 2016.
  16. ^ "TWICE's music video hits 100 million views'". Yonhap. Yonhap News Agency. Dicapai pada 12 November 2016.
  17. ^ Kang, Soo-jin. "트와이스… 새로운 '넘사벽' 그룹의 출현". Naver (dalam bahasa Korea). The Kyunghyang Shinmun. Dicapai pada 23 November 2016.
  18. ^ Lee, Sang-won. "Winners from the 2016 MelOn Music Awards". Kpop Herald. Herald Corporation. Dicapai pada 8 Mac 2017.
  19. ^ Lee, Bora. "[2016 MAMA] Twice Wins the HotelsCombined Song of the Year Award". Mwave. CJ E&M enewsWorld. Dicapai pada 8 Mac 2017.
  20. ^ Cho, Hejin. "Twice to Release Special Christmas Edition Album". Mwave. CJ E&M enewsWorld. Dicapai pada 6 Disember 2016.
  21. ^ "TWICE's 'TT' music video tops 100 mln YouTube views". Yonhap News. Yonhap News Agency. Dicapai pada 3 Januari 2017.
  22. ^ "TWICE's 'TT' music video tops 200 mln YouTube views". Yonhap News Agency. 26 Mei 2017. Dicapai pada 23 Jun 2017.
  23. ^ Min, Susan. "Twice to Hold First Solo Concert Since Debut". Mwave. Mwave. Dicapai pada 10 Januari 2017.
  24. ^ "Girl group TWICE to release special album". Yonhap News. Yonhap News Agency. Dicapai pada 28 Januari 2017.
  25. ^ "2017년 02월 Album Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Industry Association. Dicapai pada 12 Mac 2017.
  26. ^ Yoon, Min-sik. "Twice to debut in Japan". K-pop Herald. Herald Corporation. Dicapai pada 24 Februari 2017.
  27. ^ Min, Susan. "Twice Prepares to Release 4th Mini Album 'Signal'". Mwave. Mwave. Dicapai pada 1 Mei 2017.
  28. ^ "[JYP ENT] TWICE 'TT' MV (Japanese Ver.)". Facebook. BSPictures Co., Ltd. 21 Jun 2017. Dicapai pada 21 Jun 2017.
  29. ^ "Twice Japan Debut Best Album #Twice". Twice Japanese website (dalam bahasa Jepun). Warner Music Japan. Dicapai pada 28 Jun 2017.
  30. ^ Kelley, Caitlin. "TWICE to Release 'One More Time,' First Japanese Single, in October". Billboard. Billboard. Dicapai pada 16 September 2017.
  31. ^ Jeong, Joon-hwa. "[단독] 트와이스, 캐나다에서 신곡 M/V 촬영..컴백 임박". Naver (dalam bahasa Korea). Sports Chosun. Dicapai pada 25 September 2017.
  32. ^ "(LEAD) TWICE thrilled to release first full-length album 'Twicetagram'". Yonhap. Yonhap News Agency. Dicapai pada 30 Oktober 2016.
  33. ^ "TWICE to drop repackaged edition of 'Twicetagram' next month". Yonhap News. Yonhap News Agency. 27 November 2017. Dicapai pada 27 November 2017.
  34. ^ Smith, Alyssa. "Twice and Daichi Miura among 10 debuts at this year's 'Kohaku'". The Japan Times. The Japan Times LTD. Dicapai pada 22 November 2017.
  35. ^ "<速報>「第68回 NHK紅白歌合戦」出場歌手発表". Model Press (dalam bahasa Jepun). Model Press. Dicapai pada 16 November 2017.
  36. ^ "韓国グループから6年ぶり紅白・TWICE、選考理由は?NHKも"TTポーズ"ブーム評価<第68回NHK紅白歌合戦>". Model Press (dalam bahasa Jepun). Model Press. Dicapai pada 16 November 2017.
  37. ^ "6年ぶりの韓流"復活" ひふみんのTTポーズに「かわいい!」". Sankei (dalam bahasa Jepun). Sankei Shimbun. Dicapai pada 31 Disember 2017.
  38. ^ "TWICE to drop new Japanese single album". Yonhap News. Yonhap News Agency. Dicapai pada 14 Januari 2018.
  39. ^ "JAPAN 2nd SINGLE「Candy Pop」の先行配信スタート!". Twice Official Japanese website (dalam bahasa Jepun). Warner Music Japan. Dicapai pada 14 Januari 2018.
  40. ^ a b Hong Dam-young (25 Mac 2018). "Twice to release album on April 9". The Korea Herald. Dicapai pada 29 Mac 2018.
  41. ^ "TWICE、日本3rdシングル「Wake Me Up」を5月にリリース!ABC-MART新TVCM出演も決定". M-On! Music (dalam bahasa Jepun). 1 April 2018. Dicapai pada 1 April 2018.
  42. ^ "竹内涼真×浜辺美波「センセイ君主」TWICE歌う主題歌MV公開". Natalie.mu (dalam bahasa Jepun). 15 Jun 2018. Dicapai pada 15 Jun 2018.
  43. ^ Park Sae-jin (30 Mei 2018). "Girl band TWICE to sing remake of Jacksons 'I Want You Back'". Aju Business Daily. Dicapai pada 1 Jun 2018.
  44. ^ "TWICE to release first full-length album in Japan". Yonhap News Agency. Yonhap News. Dicapai pada September 24, 2018.
  45. ^ Herman, Tamar (August 16, 2018). "TWICE Save Happiness in Music Video for Japanese Single 'BDZ': Watch". Billboard. Billboard. Dicapai pada September 24, 2018.
  46. ^ "TWICE、今秋アルバム発売&アリーナツアー開催を発表". Billboard Japan (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada September 24, 2018.
  47. ^ Jeong, Ji-won (October 10, 2018). "'전무후무' 트와이스, 日 5연속 플래티넘 인증 획득 [공식입장]". OSEN (dalam bahasa Korea). Dicapai pada October 20, 2018 – melalui Naver.
  48. ^ Choi, Ji-won (October 11, 2018). "Twice to release third album of the year Nov. 5". The Korea Herald. Herald Corporation. Dicapai pada October 12, 2018.
  49. ^ Yim, Hyun-su (October 22, 2018). "Twice signals winter hit with new single 'Yes or Yes'". Kpop Herald. Herald Corporation. Dicapai pada October 25, 2018.
  50. ^ Herman, Tamar (November 5, 2018). "TWICE Don't Take 'No' For an Answer in 'Yes Or Yes' Video: Watch". Billboard. Billboard. Dicapai pada November 7, 2018.
  51. ^ Lee, Mina (November 10, 2018). "트와이스 'YES or YES' 음원 차트 1위…포브스 "뮤직비디오 세계 7위 기록"". Hakyung (dalam bahasa Korea). Korea Economic Daily. Dicapai pada November 15, 2018.
  52. ^ Kelley, Caitlin (November 8, 2018). "TWICE's 'Yes or Yes' Becomes The Seventh-Biggest 24-Hour YouTube Debut Of All Time". Forbes. Diarkib daripada yang asal pada November 8, 2018. Dicapai pada November 14, 2018.
  53. ^ Benjamin, Jeff (November 15, 2018). "TWICE Hit New Peak on YouTube Songs Chart With 'Yes or Yes'". Billboard. Diarkib daripada yang asal pada December 1, 2018. Dicapai pada December 1, 2018.
  54. ^ Herman, Tamar (December 12, 2018). "TWICE Get Reflective in Sweet New Video For 'The Best Thing I Ever Did': Watch". Billboard. Billboard. Dicapai pada December 17, 2018.
  55. ^ "TWICEの日本1stアルバム「BDZ」、"セツナUPテンポ"な新曲入りでリパッケージ". Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. October 22, 2018. Diarkib daripada yang asal pada October 22, 2018. Dicapai pada October 22, 2018.
  56. ^ "TWICE 2nd BEST ALBUM「#TWICE2」". Twice Official Japanese Website (dalam bahasa Jepun). Warner Music Japan. Dicapai pada April 28, 2019.
  57. ^ "TWICE、22万人を動員した初のドームツアーを完走 7月に2週連続シングル発表で第二章の幕開け 8日から出演CMもオンエア開始". Excite News (dalam bahasa Jepun). April 7, 2019. Dicapai pada April 7, 2019.
  58. ^ Herman, Tamar (March 21, 2019). "TWICE Make History as First K-Pop Girl Group to Hold Japanese Dome Tour". Billboard. Dicapai pada March 22, 2019.
  59. ^ Yoon, Min-sik (April 7, 2019). "Twice wraps up dome tour in Japan, amassing 220,000 fans". The Korea Herald. Herald Corporation. Dicapai pada August 21, 2019.
  60. ^ Herman, Tamar (April 7, 2019). "TWICE Announces 'Fancy You' Album and 2019 World Tour Dates". Billboard. Dicapai pada April 8, 2019.
  61. ^ Herman, Tamar (April 22, 2019). "Twice Get Bold in Video For 'Fancy': Watch". Billboard. Billboard. Dicapai pada April 24, 2019.
  62. ^ Kelley, Caitlin (April 30, 2019). "TWICE's 'Fancy' Becomes YouTube's Seventh-Biggest Debut In 24 Hours". Forbes. Forbes Media. Dicapai pada May 10, 2019.
  63. ^ Kim, Yeon-ji (April 26, 2019). "트와이스, 국내 음반 판매량 누적 375만장 돌파…韓日 누적 600만장". Naver (dalam bahasa Korea). Ilgan Sports. Dicapai pada April 28, 2019.
  64. ^ a b Kwak, Hyeon-soo (June 12, 2019). "트와이스, 일본 데뷔 2주년 기념 '이례적 앨범 프로모션'". Sports Donga (dalam bahasa Korea). The DongA Ilbo. Dicapai pada August 20, 2019.
  65. ^ Herman, Tamar (June 11, 2019). "TWICE Have a 'Happy Happy' 'Breakthrough' in Duo of New Music Videos: Watch". Billboard. Billboard. Dicapai pada August 20, 2019.
  66. ^ Woobin (July 15, 2019). "트와이스, 아시아 투어 마치고 북미 투어 돌입···17일 LA서 공연". Naver (dalam bahasa Korea). Ten Asia. Dicapai pada July 26, 2019.
  67. ^ Seon, Mi-gyeong (July 26, 2019). "트와이스, 첫 미주투어 4만 1천여팬 동원 대성공..'K팝 대표 걸그룹' 위상 증명". Naver (dalam bahasa Korea). OSEN. Dicapai pada July 26, 2019.
  68. ^ Benjamin, Jeff (August 19, 2019). "TWICE to Give Intimate Look at North American Tour in YouTube Original Series: Exclusive". Billboard. Dicapai pada August 25, 2019.
  69. ^ "TWICE announces Japanese leg of ongoing world tour". Yonhap News Agency. Yonhap News. July 17, 2019. Dicapai pada August 20, 2019.
  70. ^ Min-suk, Yoon (August 14, 2019). "[Anniversary Special] 21 years after 'Japanese invasion,' Korean pop culture stronger than ever". The Korea Herald. Herald Corporation. Dicapai pada August 20, 2019.
  71. ^ Herman, Tamar (September 23, 2019). "Twice 'Feel Special' On Inspiring New Single and EP: Listen". Billboard. Dicapai pada September 23, 2019.
  72. ^ Tan, Pakkee (September 23, 2019). "TWICE Is Back With A Sparkling Single To Make You 'Feel Special': Watch". E! Online. E! Entertaiment Television. Dicapai pada September 23, 2019.
  73. ^ Benjamin, Jeff (October 4, 2019). "TWICE's 'Feel Special' Hits No. 1 on World Digital Song Sales & Enters Canadian Hot 100". Billboard. Billboard. Dicapai pada October 6, 2019.
  74. ^ Kim, Ji-hye (September 30, 2019). "트와이스, 'Feel Special' 15만 4천장 판매고 돌파..걸그룹 초동 신기록 달성". Naver (dalam bahasa Korea). Herald Pop. Dicapai pada November 17, 2019.
  75. ^ Lee, Chang-kyu (October 17, 2019). "트와이스(TWICE) 일본 정규 2집 타이틀곡 'Fake & True' 두 번째 티저 공개…처음에 등장한 미나 후반부에 등장않는 이유는?". Topstarnews (dalam bahasa Korea). Topstarnews. Dicapai pada October 18, 2019.
  76. ^ Herman, Tamar (October 18, 2019). "Twice Offer Up Words Of Wisdom With New Japanese Single 'Fake & True': Watch". Billboard. Billboard. Dicapai pada October 19, 2019.
  77. ^ Editor (October 18, 2019). "'Fake & True' 뮤비 속 트와이스 F/W 헤어&메이크업". E-Graphy (dalam bahasa Korea). Graphy Magazine. Dicapai pada October 18, 2019.Selenggaraan CS1: teks ekstra: senarai pengarang (link)
  78. ^ Kim, Jin-woo (December 23, 2019). "2019 앨범 판매량 리뷰". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Association. Dicapai pada December 23, 2019.
  79. ^ Lee, Min-ji (December 19, 2019). "트와이스, 3년 연속 음반 판매량 100만장 돌파…역시 K팝 대표 걸그룹". Naver (dalam bahasa Korea). Newsen. Dicapai pada December 19, 2019.
  80. ^ a b "【オリコン年間ランキング 2019】年間アーティストトータルセールスランキング 1位~5位". Oricon News (dalam bahasa Jepun). Oricon ME Inc. Dicapai pada December 23, 2019.
  81. ^ "ビルボードジャパン 年間ランキング2019発表~【Hot 100】は日米初の2年連続米津玄師「Lemon」、【Hot Albums】は嵐『5×20 All the BEST!! 1999-2019』". Billboard Japan (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada December 23, 2019.
  82. ^ "ビルボードジャパン 2018年 年間ランキング発表~【HOT 100】は米津玄師「Lemon」、【Hot Albums】は安室奈美恵『Finally』が首位". Billboard Japan (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada December 25, 2018.
  83. ^ "Spotifyが2019年の日本・世界の音楽シーンを振り返るランキングを発表". Billboard Japan (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada December 24, 2019.
  84. ^ Park, Soo-in (December 24, 2019). "트와이스, 日 오리콘 연간 콘텐츠 판매액 차트 4위 'K팝가수 올해 최고 기록'". Naver (dalam bahasa Korea). Newsen. Dicapai pada December 24, 2019.
  85. ^ "TWICE WORLD TOUR 2019 'TWICELIGHTS' IN JAPAN 東京ドーム追加公演決定!". Twice Official Japanese Website (dalam bahasa Jepun). Warner Music Japan. Dicapai pada October 27, 2019.
  86. ^ "TWICE announces Tokyo Dome edition of world tour". Yonhap News Agency. October 28, 2019. Dicapai pada November 28, 2019.
  87. ^ Kim, Young-rok (October 28, 2019). "[공식]트와이스, 2년 연속 도쿄돔 선다…월드투어 추가 공연 발표". Naver (dalam bahasa Korea). Sports Chosun. Dicapai pada October 28, 2019.
  88. ^ Ahn, Jin-young (December 2, 2019). "트와이스, 2019 월드투어 서울에서 피날레 공연 개최". Naver (dalam bahasa Korea). Sports Chosun. Dicapai pada December 2, 2019.
  89. ^ "TWICELIGHTS in Seoul 'FINALE' 취소 관련". JYP Entertainment. February 24, 2020. Dicapai pada February 25, 2020.
  90. ^ Benjamin, Jeff (February 24, 2020). "JYP Entertainment & Republic Records Enter Strategic Partnership For Girl Group Twice: Exclusive". Billboard. Dicapai pada February 24, 2020.
  91. ^ "Twice's 'Seize The Light' Trailer: Watch". Billboard. April 14, 2020. Dicapai pada April 28, 2020.
  92. ^ Mendez, Michele. "Here's Everything We Know About TWICE's Next Comeback". Elite Daily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada April 26, 2020.
  93. ^ "트와이스, 6월 1일 컴백 "신곡은 '모어 앤 모어'"". m.isplus.joins.com. April 28, 2020. Dicapai pada June 8, 2020.
  94. ^ "[공식] 트와이스 'MORE&MORE', 선주문 50만장 돌파…발매전 '하프 밀리언셀러'". n.news.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada June 19, 2020.
  95. ^ "Twice". Billboard. Dicapai pada June 10, 2020.
  96. ^ "Twice". Billboard. Dicapai pada June 10, 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]