Twicecoaster: Lane 1 (diolah sebagai TWICEcoaster: LANE 1 atau TWICEcoaster: LANE 1) ialah album mini ketiga (EP) oleh kumpulan wanita Korea Selatan, Twice. Album ini dikeluarkan secara digital dan fizikal pada 24 Oktober 2016 oleh JYP Entertainment dan diedarkan oleh KT Music. Ia mengandungi tujuh lagu termasuk lagu utama, "TT".[1]
Pada 10 Oktober 2016, JYP Entertainment mengeluarkan jadual untuk album mini ketiga Twice melalui laman sesawang dan SNS rasmi mereka yang menunjukkan jadual promosi kumpulan ini bermula 10 Oktober sehingga tarikh pengeluaran album pada 24 Oktober.[2] Ia disusuli dengan pengeluaran video pengenalan, senarai lagu serta teaser gambar album dan kumpulan pada beberapa hari berikutnya.[3] Dua versi album ini, aprikot dan neon magenta mewakili warna rasmi Twice yang diumumkan oleh mereka pada 23 September 2016.[4] Pada 17, 18 dan 19 Oktober, filem teaser individu setiap ahli dikeluarkan.
Sebagai sambutan terhadap ulang tahun pertama sejak kemunculan pertama mereka, kumpulan ini mendedahkan lagu ketujuh album, "One in a Million" melalui siaran langsung dalam Naver V Live bertajuk TWICE 1st Anniversary V pada 20 Oktober pukul 10:30 malam (waktu Korea Selatan).[5] Pada 22 Oktober, ia telah didedahkan bahawa album ini mempunyai sembilan kulit album secara rawak menampilkan sembilan ahli. Pada hari berikutnya, Twice mengeluarkan sorotan penting album yang menggariskan setiap lagu dalam album ini dan mengkreditkan setiap penerbit dan penulis lagu. Mereka juga memuat naik gambar teaser koreografi "TT" dalam laman sesawang mereka. Album ini secara rasmi dikeluarkan pada hari berikutnya. Ia juga dikeluarkan secara muat turun digital menerusi pelbagai portal muzik.[6]
Twice mengadakan persembahan pertunjukan untuk album mini ini pada 24 Oktober 2016 di Blue Square, Seoul. Mereka mempersembahkan lagu daripada album terdahulu: "Like Ooh-Ahh", "Do It Again", "Precious Love", "Cheer Up" dan "Candy Boy". Mereka juga mempersembahkan lagu "One in a Million", "Jelly Jelly" dan "TT" buat kali pertama dimana ia disiarkan secara langsung menerusi Naver V Live.[7]
Pada 27 Oktober 2016, Twice membuat persembahan pentas kemunculan kembali mereka dalam M Countdown di Jeju yang dihadiri 10,000 peminat tempatan dan antarabangsa.[8] Ia disusuli dengan persembahan pada 28 Oktober dalam Music Bank, Show! Music Core pada 29 Oktober dan The Show pada 1 November di mana mereka memenangi trofi program muzik pertama untuk lagu "TT". Kumpulan ini juga membuat persembahan buat pertama kali sejak kemunculan pertama mereka dalam Show Champion dan juga memenangi trofi dalam siaran 2 November program tersebut. Persembahan kemunculan kembali terakhir mereka adalah dalam siaran 6 November 6 Inkigayo. Twice mempersembahkan lagu "1 to 10" dan "TT" untuk kesemua persembahan kemunculan kembali mereka. Twice mempersembahkan lagu "Jelly Jelly" buat kali pertama dalam program muzik semasa siaran 27 November Inkigayo.[9]