Two Women's Room

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Two Women's Room
Juga dikenali sebagai
The Women's Room
GenreMelodrama
Cinta
Dendam
Keluarga
Ditulis olehSeol Kyung-eun
PengarahLee Myung-woo
Dibintangi oleh
Park Eun-hye
Wang Bit-na
Kang Ji-sub
Kang Kyung-joon
Lagu penutup"Strong Love" nyanyian Woo Yi Kyung
Negara asalKorea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod119
Penerbitan
Penerbit eksekutifHan Jung-hwan
PenerbitSong Min-seok
PenyuntingNam Ah-young
LokasiKorea
SinematografiYoon Dae-young
Tempoh siaranapprox. 30-35 minutes
Mondays to Fridays at 08:30 (KST)
Syarikat penerbitan
Seoul Broadcasting System
Penyiaran
Saluran asalSBS
Format gambarHD
Julung kali ditayangkan di
Korea Selatan
Siaran asal5 Ogos 2013 (2013-08-05) – 17 Januari 2014 (2014-01-17)
Kronologi
MengikutiYour Lady
Diikuti olehYou're Only Mine
Rancangan berkaitan
Monalisa
Pautan luar
Laman sesawang

Two Women's Room (Hangul: 두 여자의 방; RRDu Yeoja-eui Bang) ialah sebuah drama Korea Selatan tahun 2013 dibintangi oleh Park Eun-hye, Wang Bit-na, Kang Ji-sub dan Kang Kyung-joon. Drama ini disiarkan menerusi saluran SBS bermula 5 Ogos 2013 sehingga 17 Januari 2014 pada hari Isnin sehingga Jumaat pukul 8:30 pagi sebanyak 119 episod.[1][2]

Plot[sunting | sunting sumber]

Min Kyung-chae (Park Eun-hye) ialah seorang Naib Presiden Hotel Mona Lisa, iaitu sebuah hotel yang mewah. Dia kemudian bertemu dengan seorang gadis miskin yang bernama Eun Hee-soo (Wang Bit-na). Bersimpati dengan nasib Hee-soo itu, dia mengajak Hee-soo dengan ibunya untuk tinggal di rumahnya. Yeo Ok-sun (Lee Hwi-hyang) iaitu ibu Kyung-chae kemudian mencurigai Hee-soo dan berasa bimbang suatu hari nanti mereka akan cuba mengambil alih rumah mereka. Kyung-chae kemudian menjelaskan bahawa ibunya salah faham dengan Hee-soo lalu meminta ibunya untuk melayani mereka dengan baik. Hee-soo yang terpesona dengan kehidupan mewah Kyung-chae bertekad untuk mengambil semuanya yang dimiliki Kyung-chae serta daripada keluarganya. Selepas dia berjaya mendapatkan kerja di hotel tersebut, Hee-soo kemudiannya berusaha untuk menggoda teman lelaki Kyung-chae, Han Ji-sub (Kang Ji-sub) untuk menjadi kekasihnya. Apabila Kyung-chae mengetahui semua itu, dia berasa sangat kecewa dan berasa dikhianati selepas melihat Hee-soo dan Ji-sub bercumbu di atas bumbung hotel itu.

Suatu hari, Hee-soo meminta pertolongan Ji-sub untuk membantunya menjatuhkan ayah Kyung-chae, Min Dong-chul (Han Jin-hee) yang merupakan Presiden Hotel Mona Lisa, dengan cara membuatkan Dong-chul ditahan pihak polis akibat kesalahan rasuah. Kyung-chae bertekad untuk mencari dalang di sebalik penangkapan ayahnya itu. Kemudian, dia mendapati Hee-soo ialah punca ayahnya ditangkap dan kemudian mereka mula menjadi musuh. Hee-soo bertindak memujuk ahli lembaga pengarah hotel untuk memecat Kyung-chae daripada memegang jawatan Naib Presiden Hotel Mona Lisa. Setelah itu, dia kemudian kembali ke rumah Kyung-chae untuk membakar rumah itu serta membunuh ibu Kyung-chae, Yeo Ok-sun yang separuh lumpuh. Kejadian itu membuatkan Kyung-chae, ayahnya serta adiknya, Eun-chae (Kim Da-ye) tidak mempunyai rumah lalu menjadi miskin. Ayah Kyung-chae dibebaskan kerana hilang ingatan dan masalah kesihatan. Kyung-chae beruntung apabila kawan yang dipercayainya, Jin Soo-hyuk (Kang Kyung-joon) menawarkannya untuk bekerja di restoran miliknya. Soo-hyuk sebenarnya ialah chef di Hotel Mona Lisa namun dia membuat keputusan untuk meletakkan jawatan setelah mengetahui kejadian yang menimpa Kyung-chae di hotel tersebut.

Sementara itu, Hee-soo dilantik menjadi Naib Presiden Hotel Mona Lisa yang baharu. Dia kemudiannya berkahwin dengan Ji-sub. Hee-soo kini menetap di rumah Kyung-chae yang sudah pun diubah suai semula. Kyung-chae dan Soo-hyuk berjaya kembali ke hotel tersebut apabila Soo-hyuk menjadi Presiden Hotel Mona Lisa yang baru, manakala Kyung-chae menjadi wakil rakan kongsi Hotel Mona Lisa, iaitu Lubyni. Tujuan sebenar mereka adalah untuk membongkar segala kejahatan Hee-soo, manakala Kyung-chae ingin mendapatkan semula apa yang telah dirampas oleh Hee-soo daripadanya. Hubungan Hee-soo dengan mentuanya mulai bermasalah apabila dia memalsukan kehamilannya lantas membuatkan ibu mentuanya hilang kepercayaan terhadap dirinya. Ji-sub sering menasihati Hee-soo agar menghentikan segala rancangan jahatnya itu sebelum terlambat namun tidak diendahkan oleh Hee-soo. Pihak bank memaklumkan Hee-soo bahawa jika dia gagal untuk membayar kembali pinjaman yang telah dibuat tepat pada waktunya, rumahnya akan dilelong. Disebabkan tekanan dan menjadi buntu, Hee-soo kemudian mencuba untuk mendapatkan bantuan daripada peguamnya namun akhirnya peguamnya sendiri mengkhianati dirinya.

Selepas berjaya mendapatkan bukti yang kukuh, Kyung-chae bertindak untuk menyaman Hee-soo dan membawanya ke mahkamah. Hee-soo akhirnya mengakui segala kesalahannya lantas menyebabkan dia meringkuk dalam penjara seumur hidup. Hee-soo kemudian mengetahui bahawa dia menghidap penyakit yang membawa maut. Kyung-chae yang mengetahui penyakit Hee-soo itu segera bergegas untuk menemui Hee-soo melihat keadaannya itu. Namun, Hee-soo mengatakan bahawa dia tidak akan sesekali memohon maaf daripada Kyung-chae. Sesudah itu, Hee-soo jatuh pengsan. Kemudian, Hee-soo digegaskan ke hospital di mana dia hanya terbaring lemah dan penat di katil. Kemudian, Hee-soo menziarah ibu Kyung-chae yang sudah meninggal di rumah krematorium untuk memohon kemaafaan. Tidak lama kemudian, Soo-hyuk membawa Kyung-chae untuk melawat ibu Kyung-chae lalu menyarungkan cincin di jari Kyung-chae di hadapan makam ibu Kyung-chae. Pada malam harinya, Hee-soo menghubungi Kyung-chae untuk bercakap dengannya. Setelah selesai bercakap, Hee-soo meninggal dunia manakala ibunya pula meringkuk dalam penjara.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Watak sokongan[sunting | sunting sumber]

Keluarga Kyung-chae[sunting | sunting sumber]

Keluarga Hee-soo[sunting | sunting sumber]

Keluarga Ji-sub[sunting | sunting sumber]

Keluarga Soo-hyuk[sunting | sunting sumber]

Watak lain[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Buatan semula[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2018, drama bersiri popular Korea ini telah diadaptasi semula di Malaysia. Drama tersebut berjudul Monalisa yang dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal iaitu Zara Zya, Mona Allen, Nazim Othman, Hafreez Adam dan ramai lagi. Drama ini ditayangkan di saluran Astro Prima dan Astro Maya HD melalui slot Tiara, menggantikan drama Syurga Yang Kedua yang telahpun tamat siarannya.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Acara Kategori Penerima Keputusan
2013 Anugerah Drama SBS ke-21 Anugerah Pelakon Cemerlang Wang Bit-na Menang
Pelakon Terbaik Dalam Drama Harian/Mingguan
Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lee, Mi-na (1 Ogos 2013). 빛나는 인생 둘러싼 박은혜·왕빛나의 사투...'두 여자의 방'. OhmyNews (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 4 Ogos 2013.
  2. ^ Kim, Joy (1 Ogos 2013). "Two women's room's production report to be held". BNTNews. Dicapai pada 4 Ogos 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]