Type 90
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Type 90 (Jepun: きゅうまるしき せんしゃ Kanji: 90式戦車) adalah kereta kebal utama terkini milik Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun (JGSDF). Ia telah dibina oleh Industri Berat Mitsubishi (Mitsubishi Heavy Industries) dan direka bagi menggantikan kesemua kereta kebal Type 61 dan sebahagian kereta kebal Type 74. Ia mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1990.
Isi kandungan
Pembangunan[sunting | sunting sumber]
Pada pertengahan 1970-an, Agensi Pertahanan Diri Jepun memulakan penyelidikan bagi kereta kebal baru bagi memenuhi keperluan bagi Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun. Ini dikenali sebagai TK-X MBT dan prototaip pertama disiapkan pada pertengahan tahun 1980-an. Ini kemudiannya diterima bagi perkhidmatan sebagai kereta kebal utama Type 90 dengan kenderaan pengeluaran pertama disiapkan pada tahun 1992.
Kontraktor utama adalah Industri Berat Mitsubishi, dengan Kerja Besi Jepun bertanggung jawab bagi meriam laras licin 120mm yang pada asasnya senjata Rheinmetall Jerman yang dihasilkan di bawah lessen dengan sistem kawalan tembakan berkomputer dibangunkan oleh Mitsubishi Eletrik.
Ruang pemandu berada di hadapan, turet di tengah dan pek kuasa dibelakang. Komander duduk di sebelah kanan turet dengan juru tembak di sebelah kakan. Pemuat tidak diperlukan dan digantikan dengan pemuat automatic bagi meriam laras licin 120mm yang menggunakan peluru HEAT-MP dan APFSDS-T dengan kes kelongsong separa terbakar.
Sistem kawalan tembakan berkomputer membenarkan samada komander atau juru tembak membidik dan menembak senjata utama samada ketika kereta kebal Type 90 bergerak atau berhenti dengan kemungkinan tinggi bagi ketepatan tembakan pertama. Satu mesingan 7.62mm dimuatkan sejajar dengan persenjataan utama dengan satu mesingan 12.7mm dipasang di atas bagi tujuan pertahanan udara. Pengesan laser dipasang di bahagian hadapan atap dan bilah jentolak boleh dipasang di hadapan kerangka.
Variasi[sunting | sunting sumber]
- Type 90 kembalik berperisai berdasarkan kerangka kereta kebal utama Type 90 dan memiliki sturktur utama dengan kren dipasang, disebelah kanan hadapan, bilah jentolak/penstabil dihadapan kerangka dan penarik berkuasa hidrolik.
- Type 91 AVLB berdasarkan kerangka kereta kebal utama Type 90 dan memiliki jambatan jenis gunting.
Status[sunting | sunting sumber]
Dalam pengeluaran. Berkhidmad dengan Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun.
Pengilang[sunting | sunting sumber]
- Industri Berat Mitsubishi, Tokyo, Jepun.
Pengguna[sunting | sunting sumber]
Jepun: 330-340 (2009-2010)
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Tangki kawasan sekitarnya
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Type 90. |
- [1] at Think Geek
- Type 90 tank at the Federation of American Scientists
- Type 90 Tank at Globalsecurity.org
- Main Battle Tank Type 90 at ArmsWorld
- Type 90 Main Battle Tank at Historyofwar
- Official unit cost data of Type 90 Main Battle Tank at Japan Ministry of Defense pdf file
- 120 mm L44 Tank Gun at Rheinmetall AG
- Official Video -Type90 Tank- at Channel J (product cooperation:JGSDF)
- Official Video -Calflex 2006-at United States Central Command (U.S.CENTCOM)
- YouTube Video1at YouTube
- YouTube Video2at YouTube
- YouTube Video3at YouTube
- YouTube Video4at YouTube