Pergi ke kandungan

U-Wei Haji Saari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada U-Wei)
U-Wei Haji Saari
Kelahiran
Zuhir bin Hj Saari[1]

(1954-05-13) 13 Mei 1954 (umur 70)
PekerjaanPengarah filem, penerbit filem, penulis
Tahun aktif1993—kini
AnugerahPengarah Terbaik (FFM) FFM 11
Pengarah Terbaik FFM 14
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (AIFFA 2023)

Zuhir "U-Wei" Haji Saari (lahir 13 Mei 1954) adalah seorang pengarah filem tersohor di Malaysia.[2] Beliau kali pertama mendapat perhatian antarabangsa selepas karyanya, Kaki Bakar (The Arsonist) menjadi filem Malaysia pertama yang menembusi Festival Filem Cannes pada 1995.[3]

Memulakan kerjaya seni sebagai pengarah. Beliau mula mengarah pada 1993, dengan menjadi pengarah drama televisyen sehingga tahun 1996.[4] Beliau melakukan langkah pertama dalam bidang filem dengan mengarah filem kontroversi era itu, Perempuan, Isteri dan..., sehingga menobatkan beliau sebagai Pengarah Terbaik FFM 11[5].

Beliau dianggap sebagai pengarah yang berbakat. Beliau membawa nama negara ke festival-festival luar negara. Antara karya beliau yang diiktiraf di luar negara ialah Jogho dan Kaki Bakar. Beliau sering dilihat menggunakan khidmat aktor Khalid Salleh dalam setiap filem beliau, dan mengangkat nama aktor tersebut menjadi pemenang Aktor Terbaik Festival Filem Asia Pasifik 1998.

Pada 2014, U-Wei menghasilkan filem berjudul Hanyut sebagai sebuah penghasilan bersama antara negara Indonesia, Malaysia, dan Australia. Filem ini berdasarkan novel karya Joseph Conrad berjudul Almayer's Folly, yang menceritakan tentang kehidupan masyarakat Melayu pada abad ke-19.

Pada 2022, beliau telah dilantik menjadi ketua juri di Festival Filem Antarabangsa Moscow bagi kategori filem dokumentari[6].

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Filem
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
1993 Perempuan, Isteri & .....?

Berjaya Film Production

  • Pengarah
  • Lakon Layar
  • Cerita Asal
1994 Black Widow - Wajah Ayu

Raja Azmi & HW Ent.

  • Pengarah
  • Lakon Layar
1999 Jogho

Gambar Tanah Licin

  • Penerbit
  • Pengarah
  • Lakon Layar
2001 Kaki Bakar

Satu Gitu & Gambar Tanah Licin

  • Penerbit
  • Pengarah
  • Lakon Layar
  • Filem Terbaik (kategori Bahasa Asing) Festival Filem Bebas Antarabangsa Brussel ke-17, 1995 (Belgium)
  • Anugerah Khas Juri 1st South-East Asian Biennial Film Festival, 1997 (Phnom Penh, Thailand)
2004 Buai Laju-Laju

Lebrocquy Fraser

  • Pengarah
  • Cerita Asal
2012 Hanyut

Gambar Tanah Licin

  • Penerbit Eksekutif
  • Pengarah
  • Lakon Layar
TBA Dendam Dari Pusara

Gambar Tanah Licin, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas & Primeworks Studios

  • Penerbit Eksekutif
  • Lakon Layar
  1. ^ U-Wei di Sinema Malaysia
  2. ^ Epilog: Merindui sentuhan terbaru U-Wei Berita Harian Online
  3. ^ "Recently there was a screening of the first Malaysian movie to make Cannes". The Daily Seni (dalam bahasa Inggeris). 9 October 2016. Dicapai pada 13 October 2016.
  4. ^ http://www.lebrocquyfraser.com/directors/uwei_bin_haji.htm
  5. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
  6. ^ Irwan Muhammad Zain (September 6, 2022). "U-Wei berucap, umum pemenang dalam Bahasa Melayu di Festival Filem Antarabangsa Moscow". Astro Awani. Dicapai pada 7 September 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]