Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari UMCCed)
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
MotoMemperkasakan Modal Insan Melalui Pendidikan Sepanjang Hayat
JenisAwam
Ditubuhkan pada1998; 26 tahun yang lalu (1998)
Institusi induk
Universiti Malaya (UM)
CanselorSultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah
Naib CanselorProfesor Dato' Ir. Dr. Mohd. Hamdi Abd. Shukor
Lokasi, ,
3°07′15″N 101°39′23″E / 3.12083°N 101.65639°E / 3.12083; 101.65639Koordinat: 3°07′15″N 101°39′23″E / 3.12083°N 101.65639°E / 3.12083; 101.65639
Laman sesawangwww.umcced.edu.my

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (bahasa Inggeris: University of Malaya Centre for Continuing Education,[a] dikenali secara kolektif sebagai UMCCed) ialah sebuah pusat akademik di dalam Universiti Malaya (UM).[1][2][3] Ditubuhkan pada 1998, UMCCed ialah sebuah pusat di bawah Canseleri Universiti Malaya yang menawarkan program latihan dan pendidikan khusus untuk bekerja di peringkat Diploma Profesional dan Eksekutif, Sijil dan kursus pendek dalam pelbagai bidang.[4][5]

UMCCed juga merupakan satu-satunya pusat universiti awam yang merintis perkhidmatan dan latihan kejurulatihan yang ditawarkan khusus kepada eksekutif, pegawai pentadbiran, usahawan, jurulatih serta perunding profesional sebagai kaedah yang berkesan dalam meningkatkan produktiviti dan mencapai kecemerlangan organisasi. Selain itu, ia juga menyediakan peluang latihan kepada peserta antarabangsa melalui bengkel, lawatan sambil belajar dan kursus pendek serta berkhidmat sebagai urusetia dan penganjur dalam pengurusan persidangan dan seminar untuk pelanggan tempatan dan antarabangsa.[6][7] Kelayakan yang ditawarkan oleh UMCCed diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).[8]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

UMCCed merupakan Pusat Tanggungjawab (PTj) akademik di bawah Canseleri Universiti Malaya yang ditubuhkan pada 1998, khusus untuk mempelopori konsep "Pendidikan Sepanjang Hayat" dengan menawarkan pelbagai program pendidikan dan latihan untuk semua lapisan masyarakat.[9] Program ini termasuk Diploma dan Diploma Eksekutif, Sijil Profesional dan kursus pendek dalam pelbagai bidang.[1][10]

Bagi tujuan mempromosikan pendidikan sepanjang hayat dalam kalangan orang dewasa yang bekerja, kebanyakan program yang ditawarkan dijalankan secara separuh masa dan disesuaikan mengikut keperluan individu dan korporat.[1] UMCCed turut menyediakan perkhidmatan perunding perniagaan khusus kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).[11]

Di peringkat antarabangsa, UMCCed turut menyediakan peluang latihan kepada peserta luar negara melalui lawatan sambil belajar dan kursus pendek yang disesuaikan khusus dengan keperluan peserta. Program latihan jangka pendek ini turut ditawarkan di luar negara termasuk di Filipina, Hong Kong dan Indonesia.[1]

Program Diploma Eksekutif[sunting | sunting sumber]

Sehingga kini, UMCCed menawarkan 9 program diploma eksekutif:

  1. Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)
  2. Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)
  3. Diploma Eksekutif Pengurusan (Perniagaan)
  4. Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  5. Diploma Eksekutif Kaunseling
  6. Diploma Eksekutif Pentadbiran Perakaunan
  7. Diploma Eksekutif Teknologi Maklumat
  8. Diploma Eksekutif Pengajian Syariah
  9. Diploma Eksekutif Pengajian Usuluddin

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Juga ditulis sebagai Universiti Malaya Centre for Continuing Education di laman web rasminya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "About us" (dalam bahasa Inggeris). UMCCed. Dicapai pada 18 April 2022.
  2. ^ Aqilah Mior Kamarulbaid (29 Oktober 2020). "Pilihan warga kota sambung pengajian". Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 April 2021.
  3. ^ "Achieve your dreams with UMCCED" (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. 8 November 2020. Dicapai pada 12 Jun 2022.
  4. ^ "UM offers lifelong learning for working adults" (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. 6 September 2020. Dicapai pada 18 April 2021.
  5. ^ "UMCCed pilihan warga kerja". Harian Metro. 8 Disember 2008. Dicapai pada 18 April 2021.
  6. ^ Subashini Selvaratnam (16 November 2008). "Weekend way to advance your career" (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. Dicapai pada 18 April 2021.
  7. ^ "UMCCED offers local executive diplomas" (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post. 25 September 2011. Dicapai pada 18 April 2018.
  8. ^ Sonia Ramachandran (25 Januari 2009). "Students knew full well, says UM centre" (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. Dicapai pada 18 April 2021.
  9. ^ "UMCCed bantu capai kejayaan". Berita Harian. 9 November 2009. Dicapai pada 18 April 2021.
  10. ^ "UMCCed tawar kemahiran vokasional". Harian Metro. 24 Mac 2001. Dicapai pada 18 April 2021.
  11. ^ Norliza Abdullah (5 Ogos 2004). "UMCCed sedia khidmat perunding perniagaan PKS". Berita Harian. Dicapai pada 18 April 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]