UMNO Juara Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

UMNO Juara Rakyat telah dilancarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Tapak Ekspo Bandar Bukit Sentosa Bukit Beruntung , Hulu Selangor , Selangor pada hari Ahad. Seramai 50,000 pengunjung telah hadir dalam ekspo tersebut. Bilangan ini dijadikan penanda aras UMNO Juara Rakyat di peringkat negeri pada masa akan datang. Mereka terpaksa bayar sewa rumah walaupun telah berpindah. Penghuni flat Seri Anggerik dan Seri Cempaka amat gembira dengan pengumuman tersebut.[1]

Turut hadir ialah Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Pengerusi Pelaksana Program Juara Rakyat, Datuk Ahmad Maslan turut hadir.[2]

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM15.6 juta bagi membaiki bumbung pangsapuri Taman Bukit Sentosa yang rosak kerana dipukul ribut kira-kira 8 tahun lalu. Peruntukan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri. Hampir 52 blok menempatkan 5,000 unit flat rosak bumbungnya. Kebanyakan penghuninya telah berpindah, macam flat berhantu, macam tak ada orang duduk.

Dipertikai[sunting | sunting sumber]

Ahli parlimen Pokok Sena, Kedah , Mahfuz Omar mengemukakan kemusykilan. Semua projek dan program UMNO dalam siri kempen UMNO Juara Rakyat adakah menggunakan wang, kepakaran dan jentera Umno sendiri. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]