Ujian Sihir yang Sangat Meletihkan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari USSM)

Ujian Sihir yang Sangat Meletihkan atau U.S.S.M. ialah peperiksaan awam bagi pelajar tahun sihir ketujuh Sekolah Sihir Hogwarts. U.S.S.M ialah terjemahan Melayu bagi N.E.W.T. (Nastily Exhausting Wizarding Tests). Ujian ini merupakan langkah pertama pelajar ke arah pekerjaan yang ingin mereka ikuti dalam hidup mereka. Walau bagaimanapun, tidak semua perlu mengambil atau lulus peperiksaan ini. Mereka masih boleh mengambil kerja dengan menggunakan keputusan P.S.B.

Seseorang pelajar itu harus menduduki P.S.B. dalam subjek-subjek yang ditawarkan untuk menerusan pembelajaran ke tahap U.S.S.M. Kebanyakan pengajar menerima pelajar yang mendapat gred "Melepasi Jangkaan" dalam P.S.B. untuk membenarkan mereka meneruskan kelas itu; walau bagaimanapun, sesetengahnya, seperti Severus Snape, hanya membenarkan pelajar yang mendapat gred "Cemerlang" dalam P.S.B. mereka untuk menduduki kelas Posyennya untuk ke tahap U.S.S.M.

U.S.S.M. boleh dibandingkan dengan peperiksaan Muggle iaitu S.T.P.M iaitu tahap yang sama bagi pendidikan di Malaysia yang juga merupakan pilihan dengan mengambil masa pembelajaran selama dua tahun selepas menduduki peperiksaan S.P.M.

Pelajar yang diketahui lulus U.S.S.M[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]