USS Delaware (BB-28)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
USS Delaware
USS Delaware
USS Delaware
KerjayaUSN Jack
Mula dibina:11 November 1907
Dilancarkan:6 Februari 1909
Ditauliahkan:4 April 1910
Dibersarakan:10 November 1923
Nasib:dijual sebagai besi buruk
Ciri-ciri umum
Sesaran:20,380 t
Panjang:518' 9"
Panjang Pelancar85' 3"
Kedalaman:27' 4"
Kelajuan:21 knot
Anak kapal:933 pegawai dan kakitangan
Persenjataan:10 meriam 12-inci, 14 meriam 5-inci, 2 tube torpedo tenggelam 21-inci

USS Delaware (BB-28) keeenam Tentera Laut Amerika Syarikat ialah kapal perang serta juga kapal pertama kelas Delaware yang dilancarkan pada 6 Februari 1909. Perkhidmatannya ditamatkan pada tahun 1924, dengan kapal itu dijadikan sekerap.

Kapal Delaware dilancarkan oleh Newport News Shipbuilding Company, Newport News, Virginia, dan ditaja oleh Puan A. P. Cahall, anak saudara perempuan Gabenor Delaware. Ia ditauliahkan pada 4 April 1910 di bawah kuasa pemerintahan Kapten C. A. Gove.

Kapal Delaware melawat Wilmington, Delaware antara 3 Oktober hingga 9 Oktober 1910 untuk menerima pingat perkhidmatan perak daripada negeri tersebut. Selepas menyertai gerak latih tentera di Teluk Guantánamo, Cuba, kapal itu belayar dari Hampton Roads pada 1 November bersama-sama Divisyen Pertama, Armada Atlantik Amerika Syarikat untuk melawat Weymouth, England, dan Cherbourg, Perancis, sebelum kembali ke Norfolk, Virginia pada 18 Januari 1911. Kapal Delaware bertolak pada 31 Januari untuk mengangkut mayat Menteri Chile, ? Cruz, ke Valparaíso melalui Rio de Janeiro, Brazil, dan Punta Arenas, Chile. Selepas kembali ke New York pada 5 Mei, kapal Delaware belayar pada 4 Jun ke Portsmouth, England, dan dari 19 Jun hingga 28 Jun, ia mengambil bahagian dalam pemeriksaan armada yang diadakan sempena kemahkotaan Raja George V.

Dalam tempoh perkhidmatannya dengan Armada Tentera Laut Amerika Syarikat dari tahun 1912 hingga tahun 1917, kapal Delaware:

Kapal Delaware lulus dalam Pemeriksaan Tentera Laut di hadapan Presiden Taft dan Setiausaha Tentera Laut pada 14 Oktober 1912 dan pada tahun berikut, melawat Villefranche, Perancis semasa dalam pelayarannya bersama-sama kapal perang Wyoming (BB-32) dan Utah (BB-31). Pada tahun 1914 dan semula lagi pada tahun 1916, kapal Delaware belayar berhampiran Veracruz untuk melindungi rakyat dan harta Amerika Syarikat daripada gangguan politik di Mexico.

Dengan cetusan Perang Dunia I di Eropah, kapal Delaware kembali ke Hampton Roads selepas menyertai latihan ketenteraan di Caribbean. Tujuan kepulangannya adalah untuk melatih anggota tentera laut dan jurutera serta juga untuk menyertai gerak latih bagi menyediakan armada untuk perang. Pada 25 November 1917, kapal Delaware bertolak dari Lynnhaven Roads bersama-sama Divisyen 9 ke Scapa Flow, Scotland. Pada 14 Disember, selepas mengalami cuaca buruk di Lautan Atlantik Utara, kapal itu menyertai gerak latih Skuadron Perang Ke-6 British Grand Fleet bagi tujuan menyelaraskan operasi angkatan tentera Pihak Berikat.

USS Delaware di pelabuhan pada tahun 1909.

Pada 6 Februari 1918, Skuadron Perang Ke-6 bertolak, bersama-sama lapan buah kapal pembinasa British, untuk mengiringi sekumpulan besar kapal dagang ke Norway. Semasa belayar berhampiran Stavanger dua hari kemudian, kapal Delaware dua kali diserang oleh kapal selam, akan tetapi penanganan yang mahir membolehkan kapal perang itu mengelakkan sebarang torpedo. Skuadron itu kemudian kembali ke pangkalan di Scapa Flow pada 10 Februari. Kapal Delaware menyertai dua lagi pelayaran konvoi pada bulan Mac dan April, sebelum belayar dengan Grand Fleet untuk mengukuhkan Skuadron Penjajap Perang Ke-2 pada 24 April. Skuadron tersebut ketika itu sedang menjalankan tugas konvoi dan dijangka akan bersemuka dengan pihak musuh. Bagaimanapun, hanya kapal-kapal perlindungan barisan hadapan (advance screen) dapat membuat sebarang hubungan, dengan peluang untuk bertindak beransur hilang.

Dari 30 Jun hingga 2 Julai 1918, Skuadron Perang Ke-6 bersama-sama sebuah divisyen kapal pembinasa British sebagai pengiring, bertolak ke laut untuk melindungi kapal Amerika Syarikat yang berada di baraj periuk api Laut Utara. Pada 22 Julai, George V memeriksa kapal-kapal Grand Fleet di Rosyth, Scotland dan lapan hari kemudian, selepas tugasnya diambil allih oleh Arkansas (BB-33), kapal Delaware kembali ke Hampton Roads dan tiba pada 12 Ogos.

Kapal Delaware berkekalan di Sungai York sehingga 12 November 1918 lalu belayar ke Limbungan Tentera Laut Boston untuk menjalani baik pulih. Pada 11 Mac 1919, kapal itu menyertai Armada di perairan Cuba untuk mengambil bahagian dalam gerak latih. Selepas kembali ke New York pada 14 April, kapal Delaware meneruskan penyertaannya dalam latihan ketenteraan divisyen, skuadron dan armada, dan pada 28 April 1921, menyertai Pemeriksaan Armada Presiden di Hampton Roads. Ia kemudian membuat dua pelayaran latihan pegawai kadet kanan, iaitu:

Kapal Delaware memasuki Limbungan Tentera Laut Norfolk pada 30 Ogos 1923, dengan anak kapalnya dipindahkan ke Colorado (BB-45), kapal perang baharu yang ditugasi untuk mengambil alih peranan kapal Delaware dalam Armada. Selepas berpindah ke Limbungan Tentera Laut Boston pada bulan September, kapal itu dilucutkan daripada segala kelengkapan perang dan perkhidmatannya ditamatkan pada 10 November 1923. Kapal Delaware dijual pada 5 Februari 1924 lalu dijadikan sekerap supaya menepati Perjanjian Washington terhadap pembatasan persenjataan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Breyer, Siegfried (1973). Battleships and Battle Cruisers 1905–1970. Doubleday and Company. ISBN 0385-0-7247-0.
  • Rencana ini merangkumi teks domain awam, Dictionary of American Naval Fighting Ships. Bahannya boleh didapati di sini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]