Ubat nyamuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ubat nyamuk atau racun nyamuk merujuk kepada racun serangga yang khusus digunakan bagi membunuh nyamuk. Antara jenis ubat nyamuk yang popular adalah lingkaran ubat nyamuk yang dibakar, tetapi ubat semburan nyamuk dalam tin dan ubat nyamuk elektrik turut popular.

Kebanyakan ubat nyamuk bertujuan membunuh nyamuk, tetapi sesetengah daripadanya cuma menjauhkan nyamuk.