Uda dan Dara (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Uda Dan Dara merupakan lagu yang ditulis bersama oleh P. Ramlee dan Usman Awang. Lagu ini telah dimuatkan dalam piring hitam dengan tajuk Airmata di Kuala Lumpur hasil keluaran EMI/Regal. Lagu berirama keroncong ini kemudiannya telah menjadi cukup popular pada ketika itu hasil nyanyian P. Ramlee dan Saloma.

Berikutan perkara itu, tercetuslah idea untuk mengubah karya tersebut menjadi bentuk teater. Pada awalnya, P. Ramlee telah diminta untuk mencipta lagu bagi pementasan tersebut, tetapi semua itu tidak menjadi kenyataan apabila Seniman Agung itu meninggal terlebih dahulu.[1]

Rentetan daripada pementasan pertama itu, muncul pelbagai pementasan Uda dan Dara dalam pelbagai versi,[2] termasuklah versi muzikal.[3] Apa yang membezakan pementasan tersebut hanyalah dari segi skala dan sasaran khalayak ketika itu. Malah, Ahmad Yatim pernah mementaskan teater Uda dan Dara dalam bahasa Inggeris satu masa dahulu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sy Mussaddad Mahdi (2 Mei 2010). "Uda dan Dara merentasi masa". Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 Disember 2012.
  2. ^ "Uda dan Dara: Sanggup Berkorban Demi Cinta!". www.murai.com.my. 15 Julai 2010. Dicapai pada 23 Disember 2012. |first= missing |last= (bantuan)
  3. ^ "Muzikal Uda dan Dara". www.snusmanawang.com. 10 Julai 2010. Dicapai pada 23 Disember 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]