Pergi ke kandungan

Uday Chopra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Uday Chopra
Chopra di majlis pelancaran 'YOMICS' pada Julai 2012.
Kelahiran (1973-01-05) 5 Januari 1973 (umur 53)
PekerjaanPelakon, pengarah, penerbit
Tahun aktif1992 – 2014
Ibu bapaYash Chopra
Pamela Chopra
SaudaraAditya Chopra (abang)

Uday Chopra (lahir 5 Januari 1973) ialah pelakon, penerbit, penulis skrip dan penolong pengarah India. Beliau adalah anak kepada mendiang Yash Chopra[1] dan abang Aditya Chopra. Kakak iparnya ialah pelakon Rani Mukerji dan sepupunya ialah pengarah filem Karan Johar dan penerbit filem Vidhu Vinod Chopra. Chopra bekerja sebagai penolong pengarah di sebilangan filem bapanya dan abangnya di bawah Yash Raj Films.[2] Chopra ialah pemilik-pengurus (CEO) YRF Entertainment dan pengurus Yash Raj Films bersama ibunya Pamela Chopra dan saudaranya Aditya Chopra, yang memiliki syarikat itu.

Chopra membuat penampilan pertamanya dalam bidang lakonan menerusi drama romantik muzik 2000 Mohabbatein dan muncul dalam beberapa filem terkenal termasuk Mere Yaar Ki Shaadi Hai (2002), Dhoom (2004), Dhoom 2 (2006) dan Dhoom 3 (2013). Pada Julai 2012, Chopra mengasaskan syarikatnya sendiri, Yomics, yang mencipta komik tentang filem terkenal Yash Raj termasuk Hum Tum, Dhoom dan Ek Tha Tiger.[3]

Chopra menerima pencalonan Anugerah Emmy untuk Filem Televisyen Cemerlang untuk menerbitkan Grace of Monaco di Anugerah Emmy Primetime ke- 67.[4]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
TahunTajukPerananCatatan
1991Lamhe – Pembantu pengarah
1993Parampara – Pembantu pengarah
1993Darr – Pembantu pengarah
1994Yeh Dillagi – Penerbit
1995Dilwale Dulhaniya Le Jayenge – Pembantu pengarah
1997Dil To Pagal Hai – Pembantu pengarah
2000Mohabbatein Vikram Kapoor/OberoiDicalonkan – Anugerah Filmfare untuk Debut Lelaki Terbaik
2002Mere Yaar Ki Shaadi HaiSanjay Malhotra
2003Mujhse Dosti Karoge!Rohan VarmaPenerbit
SupariAryan Pandit
Kal Ho Naa HoDay 6 AnnouncerKemunculan khas
2004Charas: A Joint OperationAshraf
DhoomAli Khan
Hum Tum – Pembantu pengarah
2005Neal 'n' NikkiGurneal 'Neal' Ahluwalia
2006Dhoom 2Ali Khan
2009Dil Bole Hadippapenunggang basikal dalam lagu "Ishq Hi Hai Rab"Kemunculan khas
2010Pyaar ImpossibleAbhay SharmaPenerbit dan penulis
2011Ladies vs Ricky Bahl – Penulis skrip
2013Dhoom 3Ali Khan
2014Grace of Monaco – Penerbit
2014The Longest Week – Penerbit
  1. ↑ "Uday Chopra engagement". Oneindia.in. 25 June 2007. Dicapai pada 19 January 2010.
  2. ↑ "In Candid Conversation with Uday Chopra". The Economic Times. 9 January 2010. Dicapai pada 19 January 2010.
  3. ↑ http://www.yomics.in/
  4. ↑ http://m.emmys.com/bios/uday-chopra

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]