Udo Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Udo Omar
Udo Omar.jpg
KelahiranOmar Hitam
Meninggal dunia20 Februari 1980
PekerjaanPelakon

Udo Omar atau nama sebenarnya Omar Hitam merupakan seorang pelakon filem Melayu Malaysia sekitar 1950-an. Sungguhpun hanya sering diberi watak pembantu tapi lakonannya menonjol dan dianggap sebagai pelakon serba-boleh kerana mampu untuk membawa pelbagai watak seperti inspektor polis, penghulu, orang kampung, raja atau sultan. Beliau juga adalah antara pelakon kesukaan P Ramlee dan banyak terbabit dalam filem arahannya seperti Penarek Becha, Hang Tuah, Nujum Pak Belalang dan Tiga Abdul.[1]

Penonton mungkin mengenali lakonannya sebagai watak Haji Bakhil atau `tagline' "sekali aku lesing, baru kau tau.." dalam filem Labu Labi. tapi kurang mengenali pembawa watak, iaitu Udo Omar atau nama sebenarnya Omar Hitam.

Penglibatan dan kerjaya seni[sunting | sunting sumber]

Udo Umar dikatakan rapat dengan seniman P. Ramlee dan sering berlakon dalam filem terbitan Malay Film Productions Ltd. (MFP) arahan P. Ramlee seperti filem Penarek Becha, Hang Tuah, Nujum Pak Belalang dan Tiga Abdul.

Beliau turut berlakon dalam banyak filem sezaman dengan P. Ramlee. Udo Umar bekas pelakun MFP meninggal dunia pada Februari 1980.[2]

Dia paling dikenali dengan watak Haji Bakhil atau `tagline' "sekali aku lesing, baru kau tau.." dalam filem Labu Labi. Walaupun hanya sering diberi watak pembantu tapi lakonannya menonjol dan dianggap sebagai pelakon serba-boleh kerana mampu untuk membawa pelbagai watak seperti inspektor polis, penghulu, orang kampung, raja atau sultan. Beliau juga adalah antara pelakon kesukaan P Ramlee dan banyak terbabit dalam filem arahannya seperti Penarek Becha, Hang Tuah, Nujum Pak Belalang dan Tiga Abdul.[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1955 Penarek Beca Orang Kaya Marzuki
1956 Hang Tuah Tun Ali
1957 Pancha Delima Karma
1958 Serangan Orang Minyak ASP Anuar
1959 Nujum Pak Belalang Ahli Nujum Negeri Masai
Musang Berjanggut Datok Bendahara
1960 Che Mamat Parang Tumpul ASP Anuar Kemunculan khas
1962 Labu dan Labi Haji Bakhil bin Haji Kedekut
1963 Nasib Si Labu Labi
Masuk Angin Keluar Asap Tok Penghulu
Pilih Menantu Encik Udo
1964 Tiga Abdul Guru Anak-Anak Yatim Piatu Kemunculan khas
Siapa Besar Hitam bin Tahi Besi bin Marican Ketol Arang
1966 Dua Kali Lima Kulop Kechil
Anak Dara Penghulu Kassim
1968 Raja Bersiong Menteri
1979 Gila-Gila Mulok

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]