Ufti

Ufti (daripada Jawi: اوفتي, daripada Sanskrit उत्पत्ति utpatti, “keuntungan, produktiviti”) ialah harta, selalunya dalam bentuk barangan, yang diberikan oleh satu pihak kepada pihak lain sebagai tanda ketundukan, kesetiaan atau penghormatan. Pelbagai negara purba telah mengenakan ufti daripada pemerintah tanah yang ditakluki oleh negara tersebut. Dalam hal perikatan, pihak yang lebih kecil mungkin membayar ufti kepada pihak yang lebih berkuasa sebagai tanda kesetiaan. Ufti berbeza daripada cukai kerana ia tidak dipungut secara rutin tetap seperti cukai.[1] Selain itu, ufti juga mesti menunjukkan pengakuan tunduk politik daripada pihak yang memberi kepada pihak yang menerima.[1]
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]Empayar Aztek ialah satu lagi contoh, kerana ia menerima ufti daripada pelbagai negara kota dan wilayah yang ditaklukinya.[2]
China Purba menerima ufti dari pelbagai negeri seperti Jepun, Korea, Vietnam, Kemboja, Borneo, Indonesia, Sri Lanka, Nepal, Myanmar dan Asia Tengah.[3][4]
Dalam sejarah Melayu
[sunting | sunting sumber]Pada abad ke-15 dan ke-16, beberapa negeri Melayu utara seperti Kelantan, Patani, Terengganu dan Pahang dikehendaki menghantar ufti kepada Ayutthaya sebagai tanda taat setia.[5] Ufti ini terkenal sebagai bunga mas dan perak, iaitu pokok kecil yang diperbuat daripada emas dan perak, disertai hadiah lain seperti kain, senjata dan hamba.
Sumber Sejarah Melayu mencatatkan beberapa ekspedisi ketenteraan Siam ke Semenanjung, namun penguasaan Ayutthaya selalunya bersifat tidak langsung. Setiap negeri diwajibkan menghantar kira-kira 600 gram emas sebagai ufti, dengan pegawai Ligor mengawasi kutipan tersebut.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaMichael Smith - ^ Berdan, Frances; Hodge, Mary; Blanton, Richard (1996). Aztec Imperial Strategies. Washington, D.C.: Dumbarton Oaks Research Library and Collection. ISBN 9780884022114.
- ^ Lockard, Craig A. (2007). Societies, Networks, and Transitions: A Global History: To 1500. Cengage Learning. m/s. 315. ISBN 978-0-618-38612-3.
- ^ Science, London School of Economics and Political. "Department of Economic History" (PDF). lse.ac.uk. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 10 January 2017. Dicapai pada 6 May 2018.
- ^ a b Andaya, BW; Andaya, LY (2017). "A History of Malaysia". doi:10.1057/978-1-137-60515-3. Cite journal requires
|journal=(bantuan)