UiTM Cawangan Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Machang
UiTM
Logo Universiti Teknologi MARA
MotoUsaha Taqwa Mulia
JenisIPTA
Ditubuhkan pada1985
CanselorKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
Naib CanselorProf. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim
Pelajar20,386(anggaran)
LokasiMachang, Kelantan, Malaysia
Laman webhttps://kelantan.uitm.edu.my/

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) merupakan salah satu daripada cawangan Universiti Teknologi MARA yang terletak di dalam negeri Kelantan Darul Naim. Ia telah ditubuhkan pada bulan Julai 1985 sebagai kampus cawangan UiTM yang kesembilan di sebuah lokasi sementara berhampiran Kota Bharu. Kini, kampus UiTM cawangan Kelantan berada di lokasi tetapnya di Machang setelah mula berpindah pada bulan Januari 1996.

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

1985 (INSTITUT TEKNOLOGI MARA KEM KIJANG)[sunting | sunting sumber]

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan Kampus Machang yang dahulunya dikenali dengan Institut Teknologi MARA adalah kampus cawangan yang ke 9 telah dirasmikan penubuhannya pada 01 Julai 1985 oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Mohamad bin Yaakob, Menteri Besar Kelantan pada ketika itu.

Penubuhan UiTM adalah hasil daripada kerjasama erat di antara pihak UiTM dengan Kerajaan Pusat. Hasil daripada kerjasama ini, Kerajaan Pusat telah memperuntukkan tanah seluas 12 ekar di Kem Kijang yang terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Kota Bharu yang dimiliki oleh Majlis Pengakap Negeri Kelantan.

Kerja-kerja mengubahsuai beberapa bangunan lama dan pembinaan bangunan baru telah dibiayai oleh Kerajaan Pusat dengan menelan belanja sebanyak RM 1.5 juta. Kumpulan pertama seramai 185 orang pelajar telah mendaftar bagi semester Julai – Disember 1985 untuk mengikuti kursus-kursus Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Pengurusan Bank dan Diploma Sains Kesetiausahaan. Pada peringkat awal, bilangan kakitangan adalah seramai 71 orang iaitu 7 orang pensyarah dan 64 orang kakitangan bukan akademik.

1993 - SEKARANG[sunting | sunting sumber]

Pembinaan kampus tetap telah dimulakan pada tahun 1993. Kerajaan Pusat telah memperuntukkan tanah seluas 200.32 hektar di Bukit Anjing, Machang untuk dijadikan kampus tetap.

Diilhamkan dari Allahyarham Dato' Nik Abd. Rashid Nik Abd. Majid, bekas Pengarah ITM ketika itu, nama asal Bukit Anjing telah ditukarkan menjadi Bukit Ilmu sesuai dengan fungsi UiTM yang menyediakan peluang pembelajaran dalam pelbagai disiplin ilmu untuk Bumiputera.

Perpindahan rasmi ke Kampus Machang bermula pada 01 Januari 1996

ITM telah dinaikkan taraf menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 26 Ogos 1999. Kini, UiTM Cawangan Kelantan sedang berkembang pesat bagi memenuhi keperluan menjadi sebuah universiti terunggul di negeri Kelantan khususnya.

2007 (KAMPUS KOTA BHARU)[sunting | sunting sumber]

Penubuhan kampus Kota Bharu bermula daripada cetusan idea Menteri Pengajian Tinggi, UiTM dan juga Rektor Kampus bagi meningkatkan jumlah kemasukan pelajar ke UiTM di Kelantan.

Penubuhan UiTM Kampus Kota telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Mustapa Mohamad pada 18 Oktober 2006.

Pada tahun 2008, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Universiti seterusnya meluluskan penyewaan 2 blok bangunan 3 tingkat dengan keluasan lantai keseluruhan 19,200 kaki persegi yang telah beroperasi pada Julai 2009.

Pada 11 Ogos 2017, UiTM telah membeli 13 buah unit bangunan 3 tingkat di Lembah Sireh, Kota Bharu daripada Asiamet (M) Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Masterskill (M) Sdn Bhd). Selain daripada pejabat, kelas dan lain-lain, kampus ini juga mempunyai sebuah Big Data Lab yang telah ditubuhkan pada setiap kampus cawangan.

Big Data Lab dan UiTM Kampus Kota Bharu telah dirasmikan pada tarikh yang sama iaitu 29 October 2017 oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Idris bin Jusoh.

Kampus kekal di Lembah Sireh ini dilengkapi dengan 20 buah kelas, 3 buah makmal komputer, di mana salah sebuah makmal tersebut adalah Big Data Lab, 2 buah dewan iaitu dewan seminar/latihan dan dewan serbaguna.

Mengikut data terkini (Semester September 2019 – January 2020), jumlah bilangan pelajar adalah sebanyak 1079 orang manakala pada semester hadapan (Mac 2020) dianggarkan jumlah bilangan pelajar adalah sebanyak 1431 orang.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Menyediakan peluang maksimum kepada kaum bumiputera bagi mengikuti pendidikan bertaraf professional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan, seni dan kemasyarakatan.
  • Menyediakan program pengajaran yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak pasaran dan pelanggan disamping mendokong dasar pembangunan negara.
  • Mewujudkan program pembangunan kemanusiaan sebagai alat menerapkan sistem nilai dikalangan masyarakat UiTM.
  • Memastikan produk UiTM bukan sahaja dapat memenuhi pasaran gunatenaga manusia tempatan, malah juga bersedia berkhidmat di peringkat global.
  • Menjadikan UiTM sebuah organisasi cemerlang yang menjamin pengurusan sumber manusia, kewangan dan harta benda yang berkesan dan cekap untuk mencapai matlamat pendidikan UiTM serta memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan masyarakat

Moto, Visi, Misi & Falsafah[sunting | sunting sumber]

Moto[sunting | sunting sumber]

"Usaha, Taqwa, Mulia"

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia  supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi[sunting | sunting sumber]

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Falsafah[sunting | sunting sumber]

Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara

Senarai Kampus UiTMCK[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua buah kampus yang bernaung di bawah UiTM Cawangan Kelantan:

Bil. Kampus Lokasi
1. Machang Bukit Ilmu, 18500 Machang, Kelantan Darul Naim
2. Kota Bharu Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

Akademik[sunting | sunting sumber]

Fakulti[sunting | sunting sumber]

Terdapat 6 buah fakulti yang bernaung di bawah kampus Machang:

1) Fakulti Sains Komputer dan Matematik

2) Fakulti Pengurusan Perniagaan

3) Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi

4) Fakulti Pengurusan Maklumat

5) Fakulti Perakaunan

6) Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

Program yang Ditawarkan di UiTM Cawangan Kelantan (Kampus Machang)[sunting | sunting sumber]

PRA-DIPLOMA[sunting | sunting sumber]

BIL PROGRAM KAMPUS MODE PENGAJIAN
1 Pra-Perdagangan - PD002 Machang Sepenuh Masa

FAKULTI PERAKAUNAN[sunting | sunting sumber]

BIL PROGRAM KAMPUS MODE PENGAJIAN
1 AC110 - Diploma Perakaunan Machang Sepenuh Masa
2 AC220 - Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) Machang Sepenuh Masa

FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI[sunting | sunting sumber]

BIL PROGRAM KAMPUS MODE PENGAJIAN
1. AM110 - Diploma Pentadbiran Awam Machang Sepenuh Masa

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN[sunting | sunting sumber]

BIL PROGRAM KAMPUS MODE PENGAJIAN
1 BA111 – Diploma Pengajian Perniagaan Machang Sepenuh Masa
2 BA118 - Diploma Pengurusan Dan Teknologi Pejabat Machang Sepenuh Masa
3 BA119 – Diploma Pengajian Perbankan Machang Sepenuh Masa
4 BA232 – Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat Machang Sepenuh Masa
5 BA240 – Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Pemasaran) Machang Sepenuh Masa
6 BA242 – Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Kewangan) Machang Sepenuh Masa
7 BA249 – Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Perbankan Islam) Machang Sepenuh Masa
8 BA250 – Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Ekonomi) Machang Sepenuh Masa

FAKULTI SENI LUKIS DAN SENI REKA[sunting | sunting sumber]

BIL PROGRAM KAMPUS MODE PENGAJIAN
1 AD111 – Diploma Seni Lukis & Reka (Grafik & Media Digital) Machang Sepenuh Masa
2 AD112 – Diploma Seni Lukis & Reka (Seni Reka Tekstil) Machang Sepenuh Masa
3 AD113 – Diploma Seni Lukis & Reka (Seni Reka Logam Halus) Machang Sepenuh Masa
4 AD118 – Diploma Seni Lukis & Reka (Seni Halus) Machang Sepenuh Masa
5 AD242 - Sarjana Muda Seni Lukis & Reka (Seni Reka Tekstil) (Kepujian) Machang Sepenuh Masa

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK[sunting | sunting sumber]

BIL PROGRAM KAMPUS MODE PENGAJIAN
1 CS110 – Diploma Sains Komputer Machang Sepenuh Masa
2 CS111 – Diploma Statistik Machang Sepenuh Masa
3 CS143 – Diploma Sains Matematik Machang Sepenuh Masa
4 CS241 – Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Statistik) Machang Sepenuh Masa
5 CS249 – Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Matematik) Machang Sepenuh Masa
6 CS240 - Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Machang Sepenuh Masa

FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT[sunting | sunting sumber]

BIL PROGRAM KAMPUS MODE PENGAJIAN
1 IM110 – Diploma Pengurusan Maklumat Machang Sepenuh Masa
2 IM245 – Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian) (Pengurusan Sistem Maklumat) Machang Sepenuh Masa

Program yang Ditawarkan di UiTM Cawangan Kelantan (Kampus Kota Bharu)[sunting | sunting sumber]

SEPENUH MASA[sunting | sunting sumber]

BIL PROGRAM KAMPUS MODE PENGAJIAN
1 CS241- Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik Kota Bharu Sepenuh Masa
2 BA240 - Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran Kota Bharu Sepenuh Masa
3 BA242 - Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan Kota Bharu Sepenuh Masa
4 BA249 - Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perbankan Islam Kota Bharu Sepenuh Masa
5 BA240 - Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Ekonomi Perniagaan Kota Bharu Sepenuh Masa

INSTITUT PENDIDIKAN NEO (iNED): PLK & ePJJ[sunting | sunting sumber]

BIL PROGRAM KAMPUS
1 AC110 - Diploma Perakaunan Kota Bharu
2 AM110 - Diploma Pentadbiran Awam Kota Bharu
3 BA111 - Diploma Pengajian Perniagaan Kota Bharu
4 BA240 - Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran Kota Bharu
5 BA242 - Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan Kota Bharu
6 CS291 - Sarjana Muda Keusahawaan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) Kota Bharu

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH[sunting | sunting sumber]

BIL PROGRAM KAMPUS
1 AC700 - Sarjana Perakaunan Kota Bharu
2 AA701 - Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Eksekutif) Kota Bharu
3 AA901 - Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) Kota Bharu
4 AA995 - Doktor Falsafah Pengurusan Perniagaan (PHD Mixed Mode) Kota Bharu
5 BA950 - Doktor Falsafah (Pengurusan Perniagaan) (PHD) Kota Bharu

Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

Bahagian Penyelidikan, Industri & Alumni ditubuhkan pada 01 Januari 2007 yang mula beroperasi dan beroperasi sebagai unit kecil, Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU). Selama bertahun-tahun ia telah diperluas sebagai salah satu bahagian utama UiTM Cawangan Kelantan yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk menyokong program dan aktiviti pengembangan akademik seperti penyelidikan, penulisan, penerbitan, perundingan dan pengkomersialan produk penyelidikan pensyarah.

Fungsi utama Bahagian PJIA adalah untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan penyelidikan, penulisan, penerbitan, keusahawanan, perundingan, alumni, perlindungan harta intelek dan pengkomersialan. Bahagian PJIA juga diberi kepercayaan untuk membantu para akademik dalam bidang penulisan dengan meningkatkan Selain itu, bahagian PJIA juga bekerjasama dengan agensi pemerintah, organisasi swasta dan komuniti untuk menyediakan program yang dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan, menjana peluang penyelidikan dan memberikan khidmat masyarakat kepada nilai tambah hasil penyelidikan untuk diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi terhadap masyarakat.

Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut, sila layari Halaman Rasmi Facebook Bahagian PJI UiTM Cwangan Kelantan: https://www.facebook.com/groups/196803667444766


2018

Geran: RM504,440

Penerbitan high impact: 10/113


2019

Geran: RM531,200

Penerbitan high impact: 33/113


2020

Geran: RM517337

Penerbitan high impact: 25/107

Reputasi/ Pencapaian /Pengantarabangsaan[sunting | sunting sumber]

Reputasi[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pengantarabangsaan[sunting | sunting sumber]

Alumni[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]