Ujian Pengalihan Asteroid Berganda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ujian Pengalihan Asteroid Berganda
Ilustrasi penghentam DART dan CubeSat sebelum menghentam Dimorphos
Jenis misiMisi pertahanan planet
PengoperasiNASA  / APL
COSPAR ID2021-110A
SATCAT №49497
Tapak webnasa.gov/planetarydefense/dart
dart.jhuapl.edu/Mission/index.php
Jangka masa misi11 bulan (jangkaan),
851 hari dan 4 jam (dalam perjalanan)
Ciri kapal angkasa lepas
Kapal angkasa lepas
Jenis kapal angkasa lepasDouble Asteroid Redirection Test
BasDART
PembuatMakmal Fizik Gunaan di bawah Universiti Johns Hopkins
Berat berlepasDART: 610 kg (1,340 lb),
LICIACube: 14 kg (31 lb)
DimensiDART: 1.8 × 1.9 × 2.6 m (5 ka 11 in × 6 ka 3 in × 8 ka 6 in)
ROSA: 8.5 × 2.4 m (27.9 × 7.9 ka) (setiap satu)
Kuasa6.6 kW
Permulaan misi
Tarikh pelancaran24 November 2021, 06:21:02 UTC
RoketFalcon 9 Block 5, B1063.3
Tapak pelancaranVandenberg, SLC-4E
KontraktorSpaceX
Peralatan
Didymos Reconnaissance and Asteroid Camera for Optical Navigation (DRACO)

Solar System Exploration
Europa Clipper

Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) ialah sebuah misi angkasa kendalian NASA bertujuan menguji kaedah mengelakkan hentaman asteroid ke objek-objek berhampiran Bumi. Pada September 2022, sebuah prob angkasa akan menghentam bulan planet minor Dimorphos milik asteroid ganda dua Didymos untuk menilai kebolehan hentaman prob angkasa untuk mengelakkan hentaman asteroid ke Bumi melalui pemindahan momentum.

DART ialah sebuah projek kerjasama antara NASA dengan Makmal Fizik Gunaan Universiti Johns Hopkins. Projek ini dikawal selia oleh Pejabat Koordinasi Pertahanan Planet serta beberapa makmal dan jabatan yang memberi bantuan teknikal. Rakan antarabangsa seperti Agensi Angkasa Eropah (ESA), Agensi Angkasa Itali (ASI) dan JAXA (Jepun) juga terlibat dalam projek-projek berkaitan atau susulan. Pada Ogos 2018, NASA memberi keizinan untuk memulakan fasa rekaan akhir dan pemasangan. Kapal angkasa DART berjaya dilancarkan pada 24 November 2021, dengan hemtaman dijangka berlaku dari 26 September hingga 2 Oktober 2022.[1][2]

Gambaran rinci[sunting | sunting sumber]

Pesawat ini ditimbang seberat 610 kg (1,340 lb)[3] tanpa kelengkapan lain selain suatu alat penderia matahari, penjejak bintang, suatu kamera beraperatur 20 sm iaitu Kamera Pengemudi Optik dan Pencari Didymos (Didymos Reconnaissance and Asteroid Camera for Optical navigation, DRACO).

Ia dijanakan penujah ion jenis elektrik suria NEXT.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SpaceX ready for first launch with NASA interplanetary mission". Spaceflight Now. 22 November 2021. Dicapai pada 24 November 2021.
  2. ^ "DART Launch Moves to Secondary Window". NASA. 17 February 2021. Dicapai pada 24 November 2021. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  3. ^ "Double Asteroid Redirection Test (DART)". NASA. 28 October 2021. Dicapai pada 5 November 2021. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  4. ^ Planetary Defense: Double Asteroid Redirection Test (DART) Mission NASA 2017 Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.